MAIM 7

16.1K 803 35
                                        

Eizray melangkah ke depan. Baru sahaja dia ingin membuka mulut, ada sesuatu jatuh ke bumi. Betul betul dihujung kasutnya.

Dahi jejaka itu berkerut.

Siapa pulak yang jatuhkan gula gula getah ni? Dia mengutip lalu diperiksa. Terlihat dari atas Evarya sedang tersengih diatas bumbung sambil tangannya memegang senjata api dan mulutnya mengunyah gula gula getah.

Sibuk je la minah ni.

Eizray mengoyak kertas gula gula itu sebelum dia menunduk sedikit.

BANG!

"Kau tembak siapa tu?" Sindir Eizray sambil memandang ke tingkap yang pecah. Dia memegakkan kembali badannya sambil mengunyah gula gula yang diberi oleh Evarya. Kelihatan R.A Mafia semakin menghampiri. Tangan kesemuanya memegang pistol dan senjata lain.

Eizray melangkah ke arah Dark Death 99 dan membelakangi R.A Mafia.

"Kerjakan diorang tapi pastikan tiga orang terkuat dalam kumpulan tu tak mati. Aku nak mereka hidup hidup. Dan, tolong jaga Evarya." Eizray berkata sambil menunjuk ke atas dimana Evarya berada. Tangannya menggosok pisau. Bibirnya tersenyum sinis.

"Move!" Sepatah kata daripada Eizray dan Dark Death 99 mara ke hadapan. Semuanya melepaskan tembakan namun tidak menyasarkan kepada R.A Mafia. Sengaja buat begitu bagi mengenalpasti siapa yang paling kuat dalam kumpulan itu. R.A Mafia juga turut melepaskan tembakan.

BANG BANG BANG!

Bunyi tembakan bertalu talu datang dari kedua dua arah.

Salah seorang lelaki yang berada di belakang R.A. Mafia mula mengeluarkan sebiji bom tangan sebelum bom itu dilempar ke arah kelompok Dark Death 99.

Ahli Dark Death 99 pantas menjauh dan berselindung dari ledakan bom yang agak kuat itu.

BOOMMM

Kelihatan seorang lelaki yang botak sedang tersenyum sinis kearah Dark Death 99. Eizray hanya memerhati.

"Aku nak yang botak tu."

Anak anak buahnya yang lain terus angguk apabila terdengar arahan ketuanya melalui earpiece. Yang pasti, Dark Death 99 tak boleh membunuh botak tu, kalau tak habislah mereka pula yang akan gantikan botak tu dalam sesi 'pembelajaran akan datang'.

Setelah itu, Dark Death 99 melepaskan tembakan untuk mencari 2 orang lagi yang terkuat bagi 'sekolah' yang Eizray ingin tubuhkan.

"Rid, aku nak headhunter diorang. Kau settle yang kat bawah tu. Biar aku settle headhunter diorang. Kau cari yang paling kuat. Aku nak seorang lagi."

Ridyard mengangguk lalu mengambil rifle dan mara ke hadapan. Eizray memerhati kawasan bangunan itu. Heh, bodoh ke apa datang kawasan pihak lawan pastu menyorok kat bangunan pihak lawan?

Eizray naik ke atas apabila mengenal pasti kedudukan headhunter R.A Mafia. Kelihatan lelaki yang berparut di dahi itu sedang mentargetkan sasaran.

"Dah dapat ke sasar? Kau ni lembab la." Eizray mengerutkan dahi sambil menggeleng. Siap buat bunyi cicak lagi. Lelaki berparut itu membuka mulut tanpa memandang Eizray.

"Sabarlah. Kau ingat Dark Death 99 ni senang ke nak tembak?"

"Susah sangat ke? Mehla, aku tolong tembakkan." tawar Eizray.

"Kau reti ke? Budak entah mana mana datang nak sibuk ambil tugas orang. Pergi main jauh jauh." Halau lelaki itu.

Eizray memuncung sambil berdiri di tepi lelaki itu.

1 | Mr Assassin Is MineTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang