MAIM 8

16.2K 811 21
                                    

Anastasia menarik nafas geram.

"Habistu macamana sekarang ni? Kau kata anak anak buah kau semua bagus bagus.. and now? Mana yang bagusnya? Semua mati! Kalau ada yang hidup pun tak lama lagi mesti akan mati jugak!" Jerit Anastasia bengang. Don di hujung talian hanya tersenyum sinis.

"Chill la sis, kau ingat anak anak buah aku memang lemah macamtu ke? Itu anak anak ayam je la.."

"Anak anak ayam?"

"Yes. Aku ni tak adalah bodoh sangat sampaikan nak hantar anak anak buah aku yang kelas atasan. Itu aku nak buat stok." Don tergelak melalui corong telefon.

"Aku nak Dark Death 99 mati." Ujar Anastasia penuh dendam. Matanya sedikit berapi.

"Don't worry babe. Just put your trust on me." Pujuk Don. Anastasia mengeluh. Perlahan lahan dia mengangguk.

Ezlyana yang dari tadi mendengar disebalik pintu tersenyum sinis. Tak sangka Tasy pun pembelot juga. dia lupa agaknya, siapa yang selamatkan dia dulu. Dasar tak kenang budi.

Takpe Tasy. Kau nak bermain dengan api? Jadi mari lihat berapa lama kau mampu menahan kepanasan api itu.

Nasib baik Tasy tak tahu status Ezlyana yang sebenar. Dalam hati Ezlyana terselit juga rasa kecewa kerana tidak mendengar suara Don semasa bercakap dengan Anastasia melalui telefon tadi. Jadi dia tidak dapat mengecam siapa Don. Ezlyana berlalu dari situ.

"Watch out. You're in danger. Eizray. Perempuan ini licik." Ezlyana berkata seorang diri.

***

EIZRAY memandang siling.

Aku benci!

Kenapa aku susah sangat nak tidur ni! Aku dah malas la nak telan pil tu lagi.

Eizray bangun dan berjalan ke arah tingkap bilik. Mata merenung segenap bandar yang berkerlipan cahaya dari kediaman masing masing. Jam sudah menunjukkan angka 2.45 pagi.

***

Flashback

Eizray memegang tangan yang luka. Dia tercebik ingin menangis. Memang tak dinafikan, dalam ramai ramai adik beradik, dialah yang paling manja. Nama je lelaki.

"Ray.. oo Ray.. Ray kat mana ni?" Eizray pantas berlari ke arah kakaknya. Dia menunjukkan luka ditangannya sambil tercebik. Esakannya perlahan lahan kedengaran. Ezyqa menghampiri Eizray dan menggosok kepala adiknya.

"Laa.. Ray main kat mana sampai luka ni? Ni mesti ikut Kak Yaya kan?" Eizray mengangguk.

"Yaya dah cakap jangan ikut nak ikut jugak. Padan muka." Evarya menyandar di pokok sambil memeluk tubuh.

"Yaya..."

"Iqa, kan Yaya dah cakap Yaya dah suruh dia duduk rumah dia nak jugak ikut Yaya joging. Bukannya Yaya tolak dia, dia jatuh sendiri." Evarya memandang adiknya dengan pandangan tajam. Eizray hanya diam. Tidak lagi menangis namun mulutnya masih tercebik.

"Adik pergi mana?" Soal Ezyqa apabila kelibat adik bongsunya, Ezlyana tiada.

Pow!!

Eizray, Ezyqa dan Evarya serentak menoleh kearah datang nya bunyi itu. Kelihatan Ezlyana sedang melastik burung.

"Ish, terlepas lagi!" Ezlyana mengambil batu lain lalu dilastik lagi. Ezyqa dan Evarya hanya menggeleng. Eizray menarik lengan baju Ezyqa yang leka memerhatikan Ezlyana melastik burung.

"Kak Iqa... tangan Ray sakit ni.." adunya sambil mencebik. Nak menangis lagi! Ezyqa tersenyum manis sambil mencium tangan adiknya yang luka.

"Sakit lagi tak? Nanti kak Iqa sapu ubat. Okey?"

Eizray menggeleng.

"Tak payah la, Ray nak lastik burung jugak! Lagipun tadi kan Kak Iqa dah cium. Jadi dah tak sakit la.. adik!! Abang Ray nak lastik jugak!!" Jerit Eizray sambil berlari ke arah adiknya. Ezlyana yang melihat terus lari.

"Ahh! Ni adik punya!! Abang Ray nak pergila cari sendiri!"

"Ala adik!!"

"No!!"

***

SALAHKAH jika dia tidak dapat lupakan semua tu? Masih berharap agar Ezyqa hidup lagi?

Dia rindukan Ezyqa. tidak dinafikan rindunya pada Ezyqa sedikit terubat apabila melihat Evarya kerana Ezyqa dan Evarya adalah kembar seiras namun perangai kedua dua kakaknya itu berbeza. Sangat berbeza. Ezyqa lemah lembut tapi Evarya..

Perangai tak ubah macam babi. Ikut kepala sendiri je.

Akhirnya setelah beberapa minit di balkoni, Eizray mengelap air mata yang menitis. Entah bila dia menangis. Dia kembali ke dalam bilik dan membuka laci.

Pil tidur diambil.

.
.
.

"IBU!! Tengok abang Ray, dia ambik lastik adik!" Ezlyana sudah menangis. Eizray tidak menghiraukan lalu terus melastik..

Buah rambutan?

Pap!!

"Woo.. merahnya. Ni mesti dah masak ni." Eizray mengambil rambutan yang jatuh itu lalu dibuang kulitnya dan dimakan.

Ezyqa menggeleng kecil. Hailah budak berdua ni.

"Ray.."

"Eh, Kak Iqa!! Marilah makan buah ni. Manis, baru je Ray lastik tadi." Eizray menghulurkan rambutan kepada Ezyqa.

"Ray, tak baik tau ambik orang lain punya. Kan adik tengah main lastik tu." Eizray hanya tersengih. Dia kemudiannya memandang Ezlyana yang masih menangis dalam pelukan umi. Eizray rasa bersalah tiba tiba.

"Ha ah la.. kesian adik. Takpelah, Ray nak pergi bagi buah rambutan ni kat adik. Kak Iqa kalau nak makan rambutan ambiklah. Ada lagi tu." Eizray terus masuk kedalam rumah bersama setangkai rambutan.

"Adik. janganla nangis.. ni Abang Ray ada rambutan ni, kita kongsi okey? Kejap Abang Ray buang kulit dulu." Dengan tekun Eizray membuang kulit rambutan dan menyuakan kepada Ezlyana yang sudah tidak menangis. Ezlyana menyambut buah itu seraya tersenyum. Dia menyandarkan kepala di bahu Eizray dan mula memakan buah rambutan itu. Eizray pula membelai lembut rambut Ezlyana yang panjang melepasi bahu itu.

"Jangan nangis lagi tau!"

Ezlyana mengangguk.

"Sayang Abang Ray.."

Dari kejauhan Ezyqa mula melakar senyum manis.

1 | Mr Assassin Is MineWhere stories live. Discover now