MAIM 29

10.6K 508 20
                                        

"BERAMBUS semua.." ujar Eizray dengan nada yang perlahan dan tersekat sekat.

"Eiz.." ujar Ridyard sambil mencuba untuk mendekati Eizray.

"Aku kata berambus sebelum aku bunuh semua!" Pistol sudah diacu pada semua yang ada dalam bilik itu. Rahangnya bergerak gerak. Mereka semua berpandangan sesama sendiri sebelum perlahan lahan keluar.

Eizray terduduk kembali. Air matanya perlahan lahan menitis sambil dia meramas rambutnya kuat.

"Eiz.." Ujar Anastasia sambil memegang bahu Eizray. Eizray tidak mengangkat muka.

"Berambus. Korang nak pergi sangat kan? Berambus lah!" Sedaya upaya Eizray cuba menahan suaranya daripada ketahuan yang dia menangis tapi esakan kecil tetap keluar.

"Eiz, I taknak pergi. I tak cakap pun yang I nak pergi tadi. I tak menyampuk pun." Ujar Anastasia sambil duduk ditepi Eizray.

"Kau berambus je lah. Tak payah nak jaga hati aku sangat." Ujar Eizray dingin. Mukanya dipalingkan ke arah lain.

"I tahu you tak bodoh."

Eizray masih diam.

Anastasia menarik kepala Eizray agar berlabuh di bahunya dan dia mengusap rambut jejaka itu. Bahunya yang kering mula basah dan badan Eizray terhinjut hinjut.

Anastasia melakar senyum manis. Wajah Eizray yang inilah yang menjadi titik perkenalan mereka dahulu. Wajah Eizray yang tidak ditutup oleh emosi.

***

DUA TAHUN LEPAS...

"Argh! Aku dapat kerja!" Anastasia melompat apabila penempatannya ke pejabat polis akhirnya diterima. Gadis itu tersengih sengih dan berjalan pulang ke rumah sambil mata tertancap di kertas tawaran.

BUK!

"Auch!" Anastasia menggosok bahunya dan mendongak. Mata melihat seorang lelaki yang berdiri dihadapannya.

Terus dahi berkerut.

"Kenapa you menangis?" Soal Anastasia terkejut apabila wajah lelaki itu kelihatan sembap dan matanya merah berair.

Eizray semakin sebak mendengar soalan itu. Air matanya semakin laju mengalir.

"Hari ini.. hari lahir aku."

Anastasia mula panik. Aduh, nak pujuk macamana ni?

"Eh, encik! Jangan menangis. Jom, jom, duduk dulu." Anastasia membawa lelaki itu ke kerusi berdekatan dan memujuk Eizray untuk masa yang agak lama. Setelah itu barulah esakan Eizray semakin surut.

"Are you okay?" Soal Anastasia. Eizray angguk.

"Aku rindukan ibu dan ayah. Dulu jika hari lahir aku, pasti mereka akan sambut dengan kek yang cantik." Eizray bersuara perlahan. Anastasia turut simpati mendengar suara Eizray yang jelas menahan tangis itu.

"Ibu dan ayah you dah tiada?" Soal Anastasia. Eizray angguk perlahan.

Dan disitulah, titik perkenalan mereka. Anastasia akhirnya menjadi rakan Eizray. Atau lebih tepat, menjadi manusia yang melihat sisi lain lelaki itu.

***

SAMA seperti sekarang. Anastasia melihat Eizray yang hanya diam dan bersandar di bahunya.

"I tahu you takkan percaya apa yang I nak cakap, tapi I perlu cakap juga. Datuk you nak bunuh I."

Eizray mengangkat kepalanya dan menentang mata Anastasia.

"What?"

"I tak kurang ajar dengan datuk you, tapi dia yang marah marah I dan cakap nak bunuh I. I takut apa yang akan jadi nanti jika I terus berada di sisi you." Ujar Anastasia.

Eizray terkedu.

"He wouldn't say that. Aku kenal datuk aku."

"Yes. Sebab itulah I tahu, you takkan percaya kata kata I ni. So I dah buat keputusan untuk pergi dari sini. I taknak jadi mangsa datuk you."

Eizray berubah riak wajahnya.

"Kau nak tinggalkan aku juga?" Soal lelaki itu.

"I have no choice. You berpihak pada datuk you, dan jika dia sudah jadikan I target dia, bila bila masa sahaja I boleh mati. And I love myself more than anything." Anastasia bersuara.

Gadis itu bangun dan ingin pergi namun langkahnya terhenti apabila ada tangan menghalang.

"Jangan pergi."

Anastasia memandang Eizray kembali.

"Tolong.. jangan pergi. Aku akan lindungi kau, jika benar datuk aku ingin membunuh kau."

Gadis itu terkedu.

"What?"

Eizray menggenggam kedua tangan Anastasia. Riaknya menunjukkan segalanya. Segala emosi yang tertanam didalam lelaki itu akhirnya tidak mampu disembunyikan lagi.

Anastasia duduk kembali dan mengusap pipi Eizray.

"Aku akan jaga kau." Ucap Eizray lagi. Seperti sebuah janji. Anastasia diam. Wajah ini, wajah yang dia ingin jatuhkan.

Wajah yang membunuh ayahnya.

"Okay." Anastasia bersuara.

1 | Mr Assassin Is MineTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang