"EIZ! Tunggulah!" Jerit Ridyard apabila perasan bahawa Eizray semakin mempercepatkan langkahnya. Ridyard kemudian berlari dan memaut tangan Eizray.
"Tunggu.. aku semput ni.." ujar Ridyard sambil menarik dan menghembus nafas.
"Nak apa?" Soal Eizray dingin. Ridyard melepaskan pautan apabila terperasan akan mata mata yang memandang serong ke arah mereka.
"Eiz.. Aku tahu kau sayang sangat pada Ezuerdo tu, jadi kami tak ada pilihan lain selain berharap kau akan tahu sendiri kebenarannya nanti. So kitorang taknak bergaduh dengan kau. Maafkan aku dan adik beradik kau. Dah, aku taknak Eiz yang asyik dingin ni. Aku nak kau yang dulu." ujar Ridyard lagi. Eizray hanya diam sebelum tiba tiba dia menolak Ridyard dan Ridyard tersungkur di atas tanah.
Bang! Bang!!
Ridyard membulatkan mata. Kelihatan Eizray cuba menembak sesuatu dari jarak jauh.
"Woi! Kau buat apa tu?!" Jerit Ridyard. Eizray menoleh sebelum baring di tepi Ridyard.
"Kau dah kenapa!"
"Tak boleh lawan lah.. Dia guna sniper. Aku tak bawa senjata." Ujar Eizray selamba lalu menutup mata. Tangan diletakkan di bawah telinga. Ridyard ternganga.
"Okey. Aku taknak Eiz yang ini. Aku lebih rela nak Eiz dingin. Eiz, kalau kau nak buat lawak pun agak agak la! Dior.."
Bang! Bang!!
"Pergi." Ujar Eizray dengan mata yang masih terkatup. Ridyard mengerutkan dahi.
"Ha ha, lawak, setan. Habistu kau?" Ejek Ridyard.
Bang!
Ridyard sekali lagi ternganga apabila peluru itu hampir tepat mengenai bahunya. Jarak itu hanya seinci je.
"Aku cakap pergi, setan!" Suara Eizray naik dua oktaf namun, matanya masih tertutup. Ridyard tanpa kata terus berlari.
DEBUMMMM!!
Ridyard menoleh. Kelihatan kawasan tempat Eiz tidur tadi penuh dengan asap sehingga mengaburkan pandangan. Ridyard terkaku.
"Eiz...?"
***
"EIZ!"
Ridyard masuk ke dalam kepulan asap dan kakinya terhenti melihat Eizray.
"Mencari gaduh dengan aku, sehari selepas hari perkahwinan aku.. itu adalah tindakan yang sangat berani." Eizray tersengih dan mencengkam rambut seorang lelaki dan kepala itu didongakkan kasar.
Kemudian kepala Eizray menoleh ke arah Ridyard.
"Betul tak?" Soal Eizray. Ridyard hanya diam. Jantungnya berdegup laju melihat kepala manusia ditangan Eizray yang sudah terputus dari badan dengan daging yang bersepai ditanah.
Eizray memang gila.
"Aku rahsiakan tentang perkahwinan aku dari kalian kerana aku menjangkakan hal ini. Tapi malangnya, Tasy rosakkan segalanya. Tasy bertemu dengan kalian dan bagitahu bahawa kami akan berkahwin kan? Dan Evarya turut mendengar. Sebab itulah, aku diserang hari ini."
Eizray memandang mata mata yang kelihatan tajam merenung dirinya dari dalam semak.
"Kerana Evarya.. adalah Don. Dan R.A Mafia adalah musuh kita." Tangan Eizray melempar guli ke dalam semak samun.