ANASTASIA melangkah laju kedalam sebuah bilik yang menempatkan manusia yang menjadi ketua R.A Mafia.
Pintu dibuka kasar.
"Apa motif kau culik Ely? Dia tak bersalah!" Bentak Anastasia geram. Don hanya tersenyum sinis.
"Oh well, dia lah yang bersalah sebenar nya. Kau je yang tak kenal dia."
"Aku kenal dia. Dia kawan sekerja aku dan kami dah tinggal bersama lebih dari dua tahun!" Anastasia menentang mata lelaki itu.
"No, dia lebih dari tu."
Anastasia berkerut dahi.
"Apa maksud kau?"
"Dia.."
***
RIDYARD hanya memandang. Tiada rasa ingin masuk campur.
"Kesian dia tau? Apa punya orang la ni tak bagi kucing makan. See.. dah kurus dah dia.." ujar Eizray sambil membelai bulu kucing yang dijumpai dari tempat R.A Mafia tadi. Setelah dia memastikan Anastasia okey, dia kembali ke tempat itu untuk mengambil barang barangnya yang digunakan untuk membunuh, secara tidak sengaja terjumpa kucing ni sedang main dengan tikus.
Apalagi, dia ambil bawa baliklah.
"Hmm.. Dah tu? Pergilah bagi makan sana!" Marah Ridyard. Tengok ekor kucing sahaja sudah buatkan bulu romanya naik 90 darjah.
Tanpa dijangka semasa Eizray bangun, kucing itu melompat dan selamat mendarat ke arah Ridyard.
"Arghh!!!" Jerit Ridyard sambil bangun dan melompat ke atas kerusi. Eizray terus mengambil kucing yang menggesel di kaki kerusi itu.
"Ini kucing je la. Chill la" ujar Eizray sambil membelai lagi bulu kucing itu.
"Bawak pergi sanalah, setan!" Jerit Ridyard lagi. Eizray hanya akur.
"Apa punya jantan la takut kucing." gumam Eizray. Perlahan saja. Tapi telinga yang Ridyard pinjam dari lintah ni memang dengar.
"Kau pernah rasa tak macamana perasaan kena tembak dengan machine gun? Baik kau zip je mulut tu sebelum aku.."
"Apa? Nak tembak aku?"
"Siapa cakap? Aku tahu kau tidak takut kepada kematian. Oleh itu, aku akan ambil kau punya musuh." memang Ridyard sudah maklum dengan sifat Eizray yang turut mempunyai sifat takut terhadap sesuatu.
"Berani kau ambik, aku tendang kau ke dalam kubur." Ujar Eizray berbaur ugutan. Dia segera keluar dari bilik itu dengan memegang kucing. Ridyard menghela nafas lega.
"Kenapa mesti setiap kali aku nak hidup tenang kena ada benda alah tu kacau? Haih. Kucing.. kucing.. tak faham aku dengan orang yang suka bela kau ni." Bebel Ridyard seorang diri tanpa sedar bahawa ada seseorang sedang memerhatikannya.
Terhinjut hinjut bahu Evarya menahan tawa.
"Patutla haritu kau naik atas meja." Ejek Evarya.
"Eva!"
Evarya terus berlari apabila tidak dapat menampung tawanya. Namun lariannya terhenti apabila dia terlanggar seseorang dari arah hadapan.
BUK!!
Evarya menggosok belakangnya yang sakit akibat terjatuh. Dia memandang gerangan yang dilanggarnya tadi.
"Aduh! Eiz! Kau.." Bicara Evarya terhenti. Matanya membulat serta mulutnya ternganga. Figura yang dilanggar tadi bukan Eizray.
"Ezyqa?!"
***
"JADI selama ni kau tak mati? Selepas kau ditembak, kau sempat terima rawatan? Habistu kau tinggal dengan.." Evarya tidak dapat menghabiskan kata katanya.
"Iqa tinggal dengan datuk kita." Jawab Iqa perlahan. Evarya terkedu.
"So, apa tujuan kau datang sini? Apa yang orang tua tu nak?"
"Dia nak jumpa Ridyard Avvendris. Orang kanan DD99. Yaya boleh tolong Iqa?"
"Jangan panggil aku Yaya boleh tak? Aku tak kenal siapa Yaya tu!" Ujar Evarya bengang.
"Yaya tahu tak siapa yang culik Ezlyana? Yaya tahu siapa Don R.A Mafia? Tahu?" Ujar Ezyqa geram. Evarya terdiam.
"Kenapa dia nak jumpa Ridyard dan bukannya Eizray? Ridyard orang suruhan dia ke?"
"No. Ridyard tiada kaitan dengan dia. Lagipun Ridyard takkan belot DD99."
Sekali lagi Evarya terdiam.
"Ketua R.A Mafia adalah seorang perempuan."
