MAIM 13

12.6K 884 22
                                    

ANASTASIA berpeluk tubuh.

"Apa hubungan you dengan Ely?" Anastasia memandang lelaki yang sedang berada dihadapannya.

"Bukan hal kau." Jawab Ridyard

"Okey fine.. kalau you tak nak bagitau, I pun takkan bagitau kat mana Ely sekarang ni."

"Jadi betullah kau yang culik Ely?!" Bentak Ridyard sambil matanya mencerlung memandang gadis dihadapannya.

"Sorry, I tak culik dia okey? Tapi I tahu dimana lokasi dia. Kalau you taknak bagitau I apa hubungan Ely dengan DD99, I pun akan diam juga." Anastasia menjongket kening kanannya sambil memandang Ridyard. Tanpa kata, Ridyard terus bangun.

"Kau nak tahu sangatkan? Ikut aku." Ujar Ridyard sambil berjalan ke kereta BMW miliknya. Anastasia mengekor dari belakang.

***

EIZRAY membuka mata perlahan lahan. Terkelip kelip matanya memandang sekeliling. Lama dia memandang biliknya dan dirinya yang sudah berbalut di dahi, siku,pipi dan kaki sebelum dia menghela nafas perlahan.

Ezlyana. Dia perlu cari adiknya.

Eizray bangun lalu mengambil senjata yang diperlukan lalu diletakkan didalam beg kecil.

Kemudian jejaka itu melangkah ke dapur dan membuka peti. Sebotol air diambil lalu air itu diteguk rakus sebelum dia keluar dari masion miliknya.

R.A Mafia.. here I come!

***

"YOU nak buat apa bawa I datang sini ni?" Soal Anastasia apabila mereka tiba di sebuah lorong yang kecil dan sunyi.

"Aku nak tahu lokasi Ezlyana." Ujar Ridyard dingin. Anastasia tergelak sinis.

"You bagitau dulu apa kena mengena Ely dengan korang." Ridyard melangkah ke arah Anastasia lalu berdiri di depan gadis itu. Tangannya diletakkan di dinding belakang Anastasia sekaligus mengunci gadis itu. Wajah mereka dekat.

"Bagitau aku kalau kau nak selamat." Ujar Ridyard dengan mata merenung tajam ke arah Anastasia. Gadis itu meneguk liur.

Aduh, sunyi pula lorong disini.

"Apa yang you akan buat?" Soal Anastasia. Masih mencabar. Ridyard tersenyum sinis dan mengeluarkan pisau kecil yang tersisip di stokinnya.

"Masih lagi ingin tahu?" Soal Ridyard sambil menghala hujung pisau berkilat itu ke leher Anastasia.

Gadis itu mengacip gigi. Pastilah tenaga perempuannya tidak mampu melawan Ridyard masa ini.

"Okay I lied to you. I pun tak tahu Ely dimana. I pun sedang cari dia." Ujar Anastasia. Terpaksa mengalah. Ridyard terdiam lalu mula menjauhi Anastasia. Otaknya ligat memikirkan sesuatu.

Buat masa sekarang, tiada sesiapa yang bermusuh dengan Ezlyana. Kebanyakan mereka bermusuh dengan Eizray, terutama R.A Mafia tu.

R.A Mafia?

Ridyard membulatkan mata.

"Shit."

"Kenapa?"

***

"TAK boleh ke laju sikit?" Jerit Evarya geram.

"Kau sabarlah!" Marah Ridyard pula. Tadi setelah Evarya mendapati adiknya tiada di bilik, terus dia menelefon Ridyard memberitahu. Dan Ridyard pun sedar bahawa Eizray sudah tahu R.A Mafia menculik Ezlyana.

1 | Mr Assassin Is MineWhere stories live. Discover now