EIZRAY melihat gadis yang duduk dihadapannya.
"Perempuan lagi." Eizray menghela nafas. Gadis itu mengerutkan dahi.
"What?"
"Nothing. Jadi apa yang kau boleh tawarkan pada aku?" Soal Eizray sambil berpeluk tubuh. Gadis itu tersenyum manis.
"Nama I Caroline. I adalah salah seorang ahli unit penyelidikan dan risikan. Jika you bantu I dari segi kewangan, I akan bantu you untuk cari tahu siapa yang sakitkan adik perempuan you." Caroline menghulurkan kertas proposal kepada Eizray. Jejaka itu memandang dingin kertas diatas meja.
"Ketua kau hantar kau?" Soal Eizray. Caroline angguk laju.
"Yes. Jangan pandang rendah pada dia, sebelum I terpilih untuk bantu you, kami dah menjalani ujian dan I lulus semuanya dengan cemerlang. Atau dengan erti kata lain, I adalah ahli terhandal dalam kalangan mereka. So how?" Soal Caroline.
Eizray mengambil pen. Mata melihat kertas perjanjian diatas meja dan tandatangan diturunkan.
"Pastikan kau tahu tugas kau. Kerana aku tidak pernah menyimpan manusia yang tidak berguna sebagai pekerja aku."
Caroline angguk laju.
***
JUWITA mengetap gigi.
Bodoh! Bodoh! Kau bodoh! Takkan lelaki macam Eiz tu pun kau tak boleh nak tawan? Eiz tu pernah cintakan kau lah. Mesti dia takkan lupakan kau, Ju! Kau bodoh!
"Diamm!" Jerit Juwita sambil menutup telinganya sendiri. Nafasnya juga tercungap cungap. Tiba tiba, telefon nya berbunyi nyaring.
"Hello,"
"Hello, Ju.. ni I, Caroline. Best friend you." ujar Caroline dengan penuh sinis. Juwita terpempam.
"Caroline?"
"Yes.. I nampak you dan Eizray berbual tadi dihadapan kafe. Dan dia terlihat sangat tidak berminat dengan you. You jangan ingat lepas you rampas Han dari I, you boleh hidup bahagia dengan Eiz. Never. I akan pastikan Eiz jadi milik I.. you.." sengaja Caroline meleretkan suara
"Back off, bitch."
"Bangsat! Kau jangan cabar aku!" Jerit Juwita geram. Caroline tergelak besar dan menutup telefonnya.
Bermatian dia berusaha untuk terpilih sebagai pembantu Eizray bagi memikat jejaka itu. Agar dia dapat membalas dendam kepada Juwita yang merampas kekasihnya dahulu.
May the best woman wins.
***
EZLYANA terdiam. Fikiran Ezlyana menerawang cuba mengingati apa yang pernah berlaku dalam hidupnya sehingga terasa sakit di kepalanya.
"Please jangan ingat kuat sangat, jangan paksa diri." Ujar Anastasia lembut. Ezlyana menghela nafas perlahan.
"Tasy? Boleh tak kalau aku nak tanya kau something?"
"Tanyalah."
"Aku polis kan?" Anastasia terkejut sebelum wajahnya bertukar ceria.
"Kau ingat?" Soal Anastasia teruja. Ezlyana mengangguk.
"Aku ingat aku polis. Tapi jika aku polis, kenapa Eizray penjenayah?" Soal Ezlyana lagi. Anastasia menggaru kepala yang tidak gatal sama sekali.
"Panjang ceritanya."
"Bagitahu semuanya. Aku nak dengar."
Anastasia menghela nafas.
***
EIZRAY meneliti segenap ruang rumah terbiar itu. Kesan darah di tangga masih ada. Darah Ezlyana dan Ridyard. Menurut anak buahnya, disinilah lokasi Ezlyana sewaktu dia diselamatkan oleh Ridyard. Dia meneliti juga kaca tingkap yang pecah. Eizray menarik laci yang berdekatan katil itu lalu dibuka.
"Siapa.....?" Soal Eizray keliru bercampur terkejut apabila melihat gambar itu.
Orang sama... orang sama!!
Eizray terduduk sambil mengepal kertas gambar tadi. Dia terduduk di tepi laci. Sungguh dia terkejut melihat gambar didalam laci rumah terbiar itu.
"Fine, kau nak bermain. Jadi mari kita bermain." Rahangnya diketap kuat.
Anastasia melangkah keluar dari kereta apabila melihat kereta Eizray berada berdekatan dengan rumah terbiar tidak jauh dari hospital.
"Eiz, I dan Ely tunggu you tapi you tak datang pun ke hospital. Kami.." bicara Anastasia terhenti. apabila melihat Eizray yang terduduk di tepi laci. Dia menghampiri Eizray dan mengambil kertas gambar di tangan lelaki itu.
"Gambar siapa ni?" Soal Anastasia apabila melihat gambar itu.
Eizray tidak menjawab.
Anastasia merenung gambar pasangan didalam gambar. Rupa mereka seakan sama dengan Eizray.
Gadis itu pantas berpaling. Ada air mata sedikit di tubir mata Eizray.
"Ini parents you?" Soal Anastasia lembut.
Eizray memekup mukanya dan hanya diam. Anastasia terus memeluk bahu Eizray.
"Jom. Balik. Ely dah boleh keluar hospital." Anastasia lembut. Secara sembunyi dia menyimpan gambar yang ditemui Eizray tadi ke dalam poket.
Agak lama Eizray berdiam diri sebelum jejaka itu bangun lalu mereka melangkah keluar dari rumah terbiar itu.