EIZRAY membuka matanya dan dia melihat siling yang putih. Berkerut dahinya sebelum dia bangun. Dia tertidur lagi kah?
Seluruh kawasan pejabat itu sudah gelap menandakan semua pekerja sudah pulang.
Kenapalah tiada yang mengejutkannya? Eizray menguap seketika dan mengambil telefonnya. Sudah jam 9.30 malam.
Kaki melangkah keluar dan melihat pejabat yang sunyi sepi. Sedang dia keluar ke kereta, jejaka itu terhenti melihat sehelai kertas terselit di cermin keretanya. Kertas itu dicabut.
Main location DD99.
10 pm.*lambat sesaat, Eva mati.
Regards,
Someone***
RIDYARD melihat kereta Audi yang meluncur laju dihadapannya. Sedaya upaya dia mengekalkan jarak diantara keretanya dan Eizray agar lelaki itu tidak perasan bahawa Ridyard mengekori Eizray. Tapi kelajuan Eizray memang tidak boleh ditandingi, akhirnya Ridyard terlepas jejak kereta Eizray apabila kereta lelaki itu berdesup melanggar lampu isyarat yang menunjukkan lampu merah.
"Macamana?" Soal seseorang di hujung talian.
"Lost. Aku dah full speed tapi aku masih tak boleh kejar dia, dia laju gila!" Ridyard mengeluh.
"Tak apa, jangan risau. Semua pun dah berkumpul ni. Kau datang ke sini terus je." Ujar suara itu lagi.
"Okey."
Suara itu mematikan talian dan memandang manusia yang berada dibelakangnya.
"Clear."
***
EIZRAY mengetap rahang. Pistolnya diambil lalu diletakkan di dalam blazer. Dia berjalan malas ke dalam bangunan itu.
"Hisy, malas aku nak membunuh malam malam macam ni. Aku nak balik rehat pun tak senang. Esok kerja tahu tak?!" Jerit Eizray apabila kakinya masuk ke dalam bangunan itu. Dia mara ke arah suis lampu lalu dia terus membuka tapi yang peliknya, tiada cahaya yang keluar. Aik? Blackout ke apa?
Shit.
Dia melangkah sambil tangannya memegang pistol. Mungkin ni rancangan gerangan yang meninggalkan kertas di keretanya itu supaya Eizray tidak dapat melihat secara jelas.
Tiba tiba tangannya terpegang sesuatu yang agak licin tapi besar. Eizray mengerutkan dahi seketika sebelum mengambil benda itu.
Pow!!
"Happy birthday!!" Jerit beberapa manusia sambil lampu didalam tempat itu tiba tiba menjadi terang.
Terpempan Eizray apabila terdengar hilaian tawa daripada tingkat atas. Kelihatan Ridyard, Ezlyana, Anastasia, dan Evarya sedang gelakkan dia.
Eizray hanya diam namun tangannya sudah menekan pemicu pistol.
Bang!bang!bang!bang!
"Woo.. bro chill, benda boleh bincang kan?" Ridyard bersuara setelah terkejut dengan peluru yang hampir mengenai dadanya. Nasib baik tak kena. Eizray ni bukan boleh buat main. Aci tembak je.
"Kau buat apa ni?" Soal Eizray bengang lalu dia menoleh apabila terasa ada sesuatu tangannya yang mencuitnya dari belakang. Dia berpaling dan melihat Anastasia yang asyik tersengih dari tadi. Bila pulak minah ni turun?
"Apa kau?"
"Kenapa muka you pucat? You takut belon ke?" Anastasia menyoal.
Eizray merenung tajam ke arah Ridyard yang memandang ke siling sambil membuat muka -aku-tak-salah-.
Aku bunuh kau nanti Rid. Sumpah aku bunuh.
"Buang masa aku." Eizray menolak Anastasia dan berpeluk tubuh. Tajam matanya memandang sekeliling yang dipenuhi dengan belon belon.
Anastasia menahan tawa. Sungguhla tidak dijangka yang Eizray ni takut belon. Macam budak kecik.
Evarya melempar belon dari tingkat atas ke bawah, terus Anastasia menyambut belon yang di baling dari tingkat atas. Sengaja mereka meniup banyak belon.
"Jauhkan benda gemuk tu dari aku." Ujar Eizray mendatar. Anastasia buat tak endah sambil tangannya memegang jarum.
"Argh!"
Anastasia terjerit apabila Eizray mencengkam tangannya sekaligus membuatkan belon ditangan terlepas.
"Kau berani pecahkan belon tu, aku bunuh kau." Eizray bersuara keras. Anastasia meneguk liur. Agak janggal dengan kedudukan mereka yang sangat rapat, dan wajah mereka juga kian rapat sehingga dia dapat melihat mata Eizray yang bercahaya jernih itu.
"Happy birthday." Ucap Anastasia. Eizray kelihatan terkaku seketika sebelum tangan Anastasia dilepas kasar dan dia berundur.
***
EIZRAY menyuap kek ke dalam mulut. Suasana amat rancak dengan bunyi bualan manusia disitu namun satu topik pun tidak menarik perhatiannya.
"Dia memang tak suka sambut hari lahir. Dari kecil lagi dia takut belon. Lagi lagi kalau belon tu besar, dia takut belon tu meletup." Ezlyana ketawa dan disambut oleh manusia lain.
Eizray menjeling sekilas manusia yang suka gelakkan dia.
Anastasia merapat sedikit dengan Eizray dan menghala sudu kepada jejaka itu.
Eizray berkerut dahi.
"Nah. I tak suka strawberi. So you kena makan." Ujar Anastasia sambil menghulur lagi sudu berisi strawberi kepada jejaka itu.
Eizray membuka mulut.
"Wuuu.." sorakan perlahan manusia disitu kedengaran. Ridyard tersenyum sumbing.
"Inilah kali pertama aku lihat Eizray akur kepada wanita. Tasy tak payah ulang, memang Eizray akan akur je. Aku bau nasi minyak lah." Ridyard bersuara.
"Taknaklah I. Dia ni garang." Anastasia bersuara. Eizray berkerut dahi.
Dia garang ke?
Evarya dalam diam memerhati Eizray dan Anastasia. Bibir tersenyum. Apa yang dikata Ridyard benar. Eizray tidak pernah akur kepada mana mana wanita asing tetapi apabila berada bersama Anastasia, jejaka itu hanya turut sahaja apa yang disuruh Anastasia.
![](https://img.wattpad.com/cover/142215016-288-k431327.jpg)