MAIM 16

12.1K 635 11
                                    

EZUERDO tergelak sinis.

"Kau sedar ke kau berdua nak bunuh siapa? Aku ini datuk kau sendiri tau." Kata lelaki tua itu.

"Kenapa datuk nak culik Ely? Dia cucu datuk!" Evarya mengacip gigi.

"Sebab aku tak anggap dia sebagai cucu pun. Kau orang juga. Hanya Eizray sahaja cucu aku. Dia juga satu satunya manusia yang boleh bunuh aku. Tapi kau berdua yakin Eizray akan bunuh atuk kesayangan dia ni? Aku rasa tak.. Entah entah kau yang akan dibunuh, Evarya."

Evarya terdiam.

"Datuk, jangan buat Yaya tertekan boleh tak?" ujar Ezyqa geram. Ezuerdo mengherotkan bibir.

"Aku tak stresskan dia, aku cuma cakap benda fakta sahaja."

Evarya terus bangun dan menampar Ezuerdo. Menggigil tangannya menahan marah yang mencengkam diri.

"Kau menghilang bertahun tahun, dan kau bawa kembar aku lari dari kami semua dan sekarang kau gunakan aku untuk kepentingan diri kau. Kau ingat aku ni apa?!" Jerit Evarya sekuat hati.

Tiba tiba pintu terkuak.

Eizray.

Evarya memalingkan wajah dari lelaki itu dan mengelap air matanya.

"Eh? Datuk? Kenapa tak cakap nak datang sini?" Soal Eizray pelik. Ezuerdo tersenyum sinis ke arah Evarya sebelum dia tersenyum manis ke arah Eizray.

"Saja je datuk nak surprise kan cucu datuk yang kacak ni. Eiz apa khabar?"

"Okey je tapi..." Eizray menggantung ayat.

"Tapi apa?" Soal Ezuerdo lembut.

"Ely."

"Ye, datuk tahu. Eva dah bagitahu semuanya pada datuk. Eiz jangan risau okey? Kita cari dia sama sama." Ezuerdo menepuk bahu Eizray perlahan. Dia melihat kearah Evarya yang sedang mengepal penumbuk.

"Eiz, datuk ada bawa seseorang. Tu.."

Eizray melihat ke arah yang ditunjukkan Ezuerdo.

Mulutnya ternganga dan matanya membulat.

"E..Ezyqa..?"

***

DON tergelak. Dia memandang Ezlyana yang tidak sedarkan diri. Perlahan lahan tangannya mengusap pipi Ezlyana.

"Kesian kau kan? Habis lebam. Kena tumbuk eh? Kesiannya." Ezlyana membuka matanya sedikit. Wajah Don hanya samar samar.

"R.." pantas Don memekup mulut Ezlyana.

"Shush.. diam.. jangan bazirkan tenaga kau, sebab lepasni lagi banyak aku nak seksa kau." ujar Don perlahan.

Don mencapai pisau lalu ditekan di lengan Ezlyana. Ezlyana tidak meraung kerana dia sudah terlalu lemah. Don tergelak lagi.

Ktak!

Bunyi kunci pintu dibuka. Don memandang ke pintu dengan wajah cemas. Sial mana pulak yang ada kunci bilik ni? Dia bangun dan memecahkan tingkap bilik itu.

"Ezlyana!" Jerit Ridyard yang baru membuka pintu bilik. Dia memangku Ezlyana yang hanya nyawa nyawa ikan itu.

"Ely.. please jawab. Ely kau dengar tak? Ely!" Ridyard menepuk nepuk pipi Ezlyana. Entah kenapa terasa remuk hatinya melihat keadaan Ezlyana ketika ini.

"R..Rid.. lelaki itu..." mulut Eleesa ditutup dengan jari.

"It's okay. Kau simpan tenaga, aku bawa kau ke hospital. Please stay Ezlyana. Ambulans dah dalam perjalanan kesini."

"Ja..ga.. Ab..ang.. Ray..."

"No! Aku taknak jaga dia kalau kau tinggalkan dia. Please. Ely.. be strong.." bunyi siren ambulans kedengaran. Ridyard segera mencempung Ezlyana yang sudah tidak sedarkan diri ke ambulans.

Tangga dituruni namun dalam perjalanan, terasa dirinya ditolak dan menyebabkan dia jatuh dan pegangannya dengan Ezlyana terlepas. Dia terasa dirinya jatuh dari tangga sebelum Ridyard juga tidak sedarkan diri.

"Impressive. Tak sangka kau boleh tahu aku disini."

***

"APA masalah dia ni?!!" Jerit Eizray semakin berang. Tangannya menghentak meja dengan kuat. Sudah beberapa kali nombor Ridyard didail dan setiap kali itulah tidak dapat.

"Kenapa Eiz?"

Eizray memandang kearah Ezyqa yang masuk dengan dua biji mug. Satu diberikan kepada Eizray.

Setelah mendengar cerita Ezyqa bahawa dia dijaga oleh datuknya, Eizray terasa dadanya lapang dan tenang seketika kerana kakaknya ini masih hidup.

"Aku call Rid. Dari pagi tadi keluar sampai sekarang tak balik balik." Eizray mencapai kunci kereta dan dompet. Pistol dan pisau juga dibawa bersama. Pintu dibuka dan dia terus keluar tanpa menunggu balasan dari Ezyqa. Ridyard juga dianggap seperti keluarganya jadi dia perlu mencari Ridyard.

Ezyqa masih lagi diam. Ridyard tak balik lagi?

Sebelum dia bertemu Evarya dan Eizray, Ezyqa terlebih dahulu bertemu jejaka itu. Ridyard memang sudah memberitahunya bahawa dia ingin mencari Ezlyana seorang diri dulu kerana bimbang Eizray akan mengamuk bila tahu keadaan Ezlyana.

Eizray kan memang pantang ada manusia yang calarkan adik beradiknya. Oleh itu, Ridyard ingin mencari Ezlyana secara rahsia dulu dari Eizray.

Dan sekarang apa yang sudah terjadi kepada Ridyard?

1 | Mr Assassin Is MineWhere stories live. Discover now