MAIM 18

12.3K 619 19
                                    

EIZRAY melihat si gadis yang sedang menyarung kasut tumit tinggi dan agak gopoh gapah itu.

"Kau nak ke mana?"

"Argh!" Anastasia terenjat seketika sebelum menoleh. Dahi berkerut.

"Apa you buat disini?"

"Ely dah sedar."

"Tahu. Eva bagitahu I tadi. I nak pergi jenguk dia lah ni." Anastasia menutup pagar rumahnya. Setelah mendengar segala kebenaran dari Don, Anastasia akhirnya sedar bahawa Eizray dan Ezlyana mempunyai wajah yang seiras. Kenapalah dia tidak terfikir sebelum ini bahawa Eizray dan Ezlyana adalah adik beradik?

Fakta bahawa Ezlyana bekerja sebagai polis bagi menutup jenayah abangnya juga sangat mengejutkan Anastasia.

Setelah mendengar semuanya, Anastasia memutuskan untuk tidak lagi berurusan dengan R.A Mafia.

Tetapi tidak bermaksud dia sudah tidak berdendam dengan DD99. Dia masih punya dendam dan dia akan laksanakan itu.

Tanpa bantuan dari mana mana pihak.

Eizray memerhati gadis yang berjalan ke kereta itu sebelum lengan Anastasia ditarik.

"Eh! Lepaslah!" Anastasia meronta. Eizray membuka pintu keretanya dan tubuh Anastasia ditolak masuk.

Anastasia melihat jejaka yang masuk ke tempat pemandu.

"Apa masalah you?"

"Aku pun nak ke hospital juga. Kita pergi sama sama." Eizray bersuara dan mula memandu pergi.

***

"IQA tak boleh lama kat sini. Iqa kena ikut datuk balik." Ujar Ezyqa lembut sambil memandang Eizray yang sudah tidak puas hati itu.

"Tapi apa salahnya datuk tinggal kat sini lebih lama? Aku baru jumpa dia." Eizray masih tak puas hati.

"Eiz sayang.. datuk kena balik. Kena uruskan perniagaan di New York. Nanti kalau ada yang masalah di sana macamana?" Soal Ezuerdo lembut.

"Tapi.."

"Dah kalau nak balik tu balik je la, Eiz tu tua. Bukan 6 tahun nak pujuk pujuk bagai. Blah la."

Eizray memandang Evarya yang nampak meluat.

"Kau ni kenapa? Cakap kasar begitu dengan datuk? Sibuk je."

"Kalau dia balik awal lagi bagus. Tak menyemak kat sini! Harap harap boleh mati terus!" Evarya terus masuk ke dalam bilik. Eizray pelik seketika. Kenapa Evarya macam benci sangat dengan datuknya ni?

"Okay fine. Tapi datuk jangan lupakan Eiz tau? Selalu selalu lah datang kesini. Nanti Eiz rindu. Eiz sayang datuk. Sayang Iqa juga." Eizray tersenyum manis. Ezyqa juga tersenyum. Dalam hatinya turut bimbang apa yang bakal terjadi di hari nanti bila Eizray tahu segala kebenarannya.

***

"KAU memang tak ingat aku siapa?" Ezlyana menggeleng perlahan. Anastasia tersenyum kecil.

"Tak apalah. Insya Allah kau boleh sembuh. Apa kata kau balik rumah aku? Dalam rumah tu ada banyak barang kenangan kita. Mungkin, semua itu boleh bantu kau."

Ezlyana nampak sedikit ragu.

"Jangan risau. Aku tinggal seorang diri saja. Tak ada lelaki ajnabi macam mamat tu dalam rumah aku." Anastasia menunjuk ke arah Eizray yang sedang bermain telefon. Entah apa yang dimain.

"Aku. Bukan. Lelaki. Ajnabi. Ely. Aku. Ajnabi. Kau. Sial." Ujar Eizray sepatah sepatah. Matanya tertumpu pada skrin telefon lagi.

"Detect.. yes! Gotcha!" Eizray tersengih.

"Tasy, kau tunggu kejap boleh?"

"You nak ke mana?"

"Somewhere."

"Tapi.."

"Sejam je. Jangan banyak bunyi boleh tak? Aku suruh tunggu tu tunggu je lah."

Anastasia mencebik sebelum dia memandang ke arah lain. Eizray melangkah ke pintu. Tangannya mencapai tombol pintu.

"Make sure aku balik, korang masih ada kat sini kalau taknak lelaki AJNABI ni ceroboh rumah korang." Pintu ditutup kasar. Anastasia dan Ezlyana saling berpandangan.

"Dia memang perangai begitu kah?" Soal Ezlyana keliru.

***

EIZRAY menutup pintu kereta dan bersandar seketika. Bunyi tapak kasut semakin hampir tapi dia tidak menoleh mahupun berminat untuk melihat siapa gerangan itu.

"Eizray?"

Eizray angguk sedikit. Gadis itu tersenyum.

"Tak sangka you masih ingat I."

"Aku ingat kau, kerana kau adalah satu satunya manusia yang aku tak ingin berjumpa lagi. Jika kau berambus dari mata aku, bukankah itu lebih baik?" Soal Eizray sinis.

Gadis itu mengetap bibir.

"Kenapa you berubah sehingga begini, Eiz? Eiz yang I kenal bukan sebegini. Eiz yang I kenal adalah seorang lelaki yang ikhlas cintakan I dan.."

"Dan sanggup jadi bodoh untuk kau. Kau dan aku, dah tak ada apa apa lagi Juwita. Sekali lagi kau tunjukkan muka kau di hadapan aku, kau tahu akibatnya." Eizray menunjal kepala gadis bernama Juwita itu sebelum melangkah pergi apabila ada yang memanggil namanya.

Juwita mengacip gigi.

Eizray adalah lelaki yang dia kenal sewaktu belajar dahulu. Lelaki itu sangat kacak sehingga membuatkan dia jatuh cinta. Dan cintanya sempurna kerana Eizray juga menyambut cinta dia. Mereka bercinta sehingga sama sama tamat belajar.

Sehinggalah, dia membuat sesuatu yang merosakkan segalanya. Dia terlanjur dengan rakan lelakinya dan akhirnya membuat Eizray memutuskan hubungan mereka.

Juwita menghela nafas dan memandang lelaki yang semakin jauh itu.

1 | Mr Assassin Is MineWhere stories live. Discover now