"MISS Ezlyana masih perlu ditahan di hospital, tapi kesan luka dikepalanya menyebabkan berlaku gegaran dan kemungkinan besar, ingatannya tidak akan sama seperti sebelum ini." Perkataan yang keluar daripada mulut Dr.Azwan itu sudah cukup untuk buat Ridyard rasa nak pitam.
Eizray disebelah sudah menggenggam erat penumbuk. Tanpa diduga, Eizray mencekik leher Dr. Azwan lalu dihentakkan didinding.
"No matter what, aku nak adik aku sembuh. Kalau tak, aku letupkan hospital ni." Eizray melepaskan tangannya lalu Dr. Azwan terbatuk. Lehernya bergaris merah kebiruan sedikit.
"Tapi master.."
"Aku tak kira! Kau kenal aku siapa kan?"
Dr.Azwan mengangguk pantas dan menelan liur. Agak seram dengan ugutan lelaki itu.
***
EIZRAY berlalu dan masuk ke dalam wad persendirian itu. Dia melabuhkan duduk. Tangannya mengusap kepala Ezlyana yang masih lena.
"Argh!! Lepas!" Jerit Ezlyana apabila terasa ada sesuatu merayap di atas kepalanya. Dia pantas bangun dan duduk.
"Ely. Jangan risau okey? Aku abang kau." Eizray berkata lembut. Ezlyana menjauhkan sedikit jaraknya dan memeluk lutut. Rambutnya agak berserabai. Mana perginya Ezlyana, Siblings of Dark Death 99?
"A..aku.. n..nak.. ba..lik..." ujar Ezlyana perlahan. Bibirnya terketar ketar. Eizray naik ke birai katil namun Ezlyana pantas bertindak dengan menolak abangnya sehingga Eizray jatuh ke lantai.
Maka, dengan ini jatuhla sebiji nangka busuk.
"Jangan..dekat.."
Eizray hanya tersenyum perit sambil menggosok pinggangnya. Dia kemudiannya bangun apabila sudah tidak terasa sakit di pinggangnya.
"Kau kena jalankan rawatan."
"Taknak! Aku nak balik faham tak?!" Ezlyana sudah naik satu oktaf. Eizray meraup muka. Kalau tak mengenangkan gadis dihadapannya itu adalah adiknya, dah lama arwah budak tu.
"Kau tahu rumah kau kat mana?"
Ezlyana menggeleng perlahan.
"Dah tu? Kau nak balik ke mana?" Ezlyana menggigit bibir.
Bodohnya aku...
"Balik.. erm ha, balik hotel je lah."
"Duit?"
Erk! Ezlyana memandang Eizray yang tersenyum sinis.
"Kau taknak sponsor ke..?" Eizray menahan tawa. Pintu dikuak dan Evarya melangkah masuk.
"Kau baik jangan mitak dia sponsor. Dia kedekut taik idung masam. Kau balik rumah kitorang je. Okey?" Cadang Evarya. Jika Ezlyana setuju maka mereka boleh menjaga Ezlyana sendiri di rumah. Upah doktor.
"Tak boleh aku taknak. Korang hantar aku ke masjid je lah. Boleh?"
Tersentak Evarya dan Eizray apabila Ezlyana berkata sebegitu. Gila apa nak tinggal budak ni kat masjid?
"Kau ada tudung tak?" Soal Ezlyana tiba tiba kepada Evarya.
Ha?
Evarya mula rasa serba salah dan terasa satu perasaan kesal dihatinya kerana tidak berhijab.
"Kenapa nak telekung?" Soal Eizray
"Sebab Islam haramkan lelaki ajnabi macam kau tengok aurat aku. Rambut aku."
"Aku bukan lelaki ajnabi bagi kau, setan. Berapa kali aku nak cakap aku abang kandung kau?" Eizray berkerut dahi.
"Aku tak percaya. Lagipun aku tak solat lagi ni, dah nak zohor dah ni. Aku nak ambil wudhuk dulu. Er.. kau keluar boleh? Sebab kau tak boleh tengok aurat aku."
Eizray meraup wajah sekali lagi sebelum dia melangkah keluar dengan hati sebal. Apa budak tu mimpi masa koma satu minggu lepas sebenarnya? Evarya menahan tawa. Dia memandang Ezlyana yang sedang duduk di kerusi roda dan menuju ke tandas.
"Nak aku tolong?"
"Tak menyu.."
"Tak. Tak menyusahkan langsung." Pintas Evarya pantas. Setelah membantu Ezlyana berwudhuk, dia membuka mulut.
"Kau nak tudung jenis apa? Biar aku beli." Ujar Evarya. Ezlyana tersenyum riang.
"Mana mana pun okey tapi jangan yang atas dada, beli yang paras bawah dada."
Evarya menggangguk. Setelah Evarya keluar, Ezlyana mula solat di atas katilnya.
Tanpa salam sebab dia bukan Islam, Ridyard masuk dan matanya terpaku melihat Ezlyana solat. Apa dia buat tu? Ridyard akhirnya menunggu Ezlyana selesai solat.
"Errmm.. encik siapa ya?" Soal Eleesa setelah selesai solat. Dan Ridyard sekali lagi terpaku. Wajah Ezlyana nampak sangat cantik. Dan kenapa sehingga hari ini dia tidak pernah melihat gadis itu sebegini?
"Encik?"
"Oh, aku Ridyard. Kawan Eiz, abang kau."
"Betul ke dia abang saya?"
Ridyard mengangguk.
"Muka kau dengan dia sama lah."
Ezlyana terdiam sebelum dia memalingkan muka ke arah lain apabila perasan yang Ridyard asyik merenungnya.
"Ely.. boleh tak kalau aku nak tahu kau buat apa tadi tu? Yang kau tunduk sikit, lepastu kau bangun duduk tegak balik."
"Oh, itu. Saya solat."
"Solat? Apa tu?"
"Perkara wajib bagi orang Islam." Ezlyana tersenyum sedikit. Ridyard mengangguk kecil. Dia bangun.
"Tak apa lah, aku nak keluar dulu."
Ezlyana mengangguk. Ridyard keluar dan mencapai telefon."Solat dalam Islam.." dia membelek telefonnya seketika.
"Gotcha!" Dia tersenyum sendirian sebelum mendail nombor Eizray.
"Eiz. Aku off dua minggu, nak ke Kedah." Eizray mengerutkan dahi.
"Kau nak buat apa kat sana?"
"Belajar tentang Dia."
"Dia? Siapa?"
"Alah, tak perlu tahu la. Nanti aku balik aku bagitau. Bye."
Tut!
Talian dimatikan. Ridyard terus melangkah keluar dari hospital.