"RYA.."
"Rya.."
"Look in my eyes, my lovely grandchild."
"Argh!" Evarya membuka mata dan drastik menarik nafas. Cuba menstabilkan nafas yang semput tadi.
Rya. namanya yang khas untuk 'Don'. Tiba tiba pintu biliknya terkuak.
Dia memandang ke pintu. Apabila terasa ada derapan tapak kaki. Semakin lama, bunyi itu semakin dekat dan jantungnya berdegup laju apabila figura lelaki sedang berdiri dihadapan pintu.
Eizray.
Ditangan lelaki itu tergenggam kemas sebilah pisau dan wajah Eizray memandang dirinya tanpa riak.
Eizray menutup pintu bilik Evarya perlahan sebelum melangkah ke arah katil. Pisau dipegang kemas. Mata Eizray hanya tertumpu pada Evarya yang sudah menggigil.
"Eiz.. bawak mengucap Eiz.."
"Diam." Eizray semakin melangkah sehingga dia berdiri betul betul di hadapan Evarya.
"Apa salah aku dan Ely sampai kau sanggup culik dia dan buat dia begitu? Kau tahukan dia adik aku? Adik kau? Kau sanggup nak bunuh Ely yang selama ni berkorban demi kita? Rela jadi polis semata mata taknak kita ditangkap." Eizray bersuara. Matanya setia menikam mata Evarya.
"Kau belot kami. Rupanya kau adalah ketua R.A Mafia yang selama ini menentang kami. Sekarang ni kau bagitau aku apa yang kau nak aku buat? Kau nak tengok aku mati depan kau? Kau nak tengok ketua DD99 mati depan kau?" Eizray berkata dengan suara mendatar. Pisau ditangannya diangkat lalu perlahan lahan dihala ke lehernya sendiri. Matanya masih menikam mata Evarya yang sudah semakin kuat menangis.
"Eiz.."
"Ini yang kau nak, kan?" Kelihatan darah mula membasahi lantai.
"Eizray!" Jerit Evarya sekuat hati. Dia bangun lalu memegang tangan Eizray yang sedang bertindak gila itu. Badan Eizray dipeluk. Kedengaran pintu dibuka. Ezlyana, Ezyqa dan Anastasia muncul didepan pintu.
***
"EIZRAY!" Ezyqa yang baru sampai dari New York terus menoleh ke tingkat atas. Ezlyana dan Anastasia yang baru menjemput Ezyqa juga turut memandang ke atas. Anastasia pantas berlari ke atas dan merempuh bilik Eizray.
Kosong, lelaki itu tiada.
"Eva!" Ezlyana pula berlari ke bilik Evarya. Pintu dibuka kasar.
"Tolonglah percayakan aku.. aku tak ada niat nak culik Ely dan buat dia begitu. Dia adik aku. Adik kita. Takkan aku nak bunuh dia.. Eiz.." Evarya menarik pisau ditangan adiknya lalu menilik luka di leher Eizray.
"Aku tak sedar. Aku tak sedar masa tu! Tolonglah percayakan aku." tersedu sedu Evarya cuba menjelaskan. Dia memandang Eizray yang berwajah beku. Sangat beku, seolah olah tidak terkesan dengan perjelasan dan kelakuannya yang hampir meragut nyawa sendiri tadi. Eizray terdiam. Ezyqa melangkah ke arah Eizray.
"Eiz, Eva tak berbohong. Dia tak sedar masa tu. Dia.."
"Dia apa? Kena pukau?" Soal Eizray keras. Matanya tajam menikam mata Ezyqa.
"Yes."
***
ANASTASIA menggigit bibir. Nak masuk ke tak, nak masuk ke tak? Nak ma..
"Kau nak apa?"
Anastasia tekulat sendiri. Dia memandang Eizray yang berada di pintu. Rambut lelaki itu agak serabai sedikit menandakan dia baru bangun tidur. Anastasia mengerling bahagian luka di leher Eizray yang masih tidak dibalut.
Setelah Ezyqa cuba untuk menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku, Eizray pantas memotong dan memberitahu dia tidak ingin diganggu.
"I bawa first aid." Anastasia menghulurkan kotak merah itu kepada Eizray. Eizray hanya memandang.
"For what?"
"Luka tu.."
"Kau ingat aku budak kecil? Setakat luka remeh ni sekejap je boleh sembuh. Tapi luka kat sini.." Eizray menunjuk ke arah dadanya sambil menarik nafas.
"Memerlukan first aid daripada seseorang." Eizray kembali melangkah masuk namun.
"Eiz." Kedengaran suara wanita memanggil.
Caroline.
"Siapa benarkan kau masuk ke rumah aku?" Soal Eizray bengang. Caroline terkelip seketika. Baru datang dah kena marah.
"I dengar you sakit. So I nak rawat you." Ujar Caroline yang terkedek kedek berlari ke arah Eizray. Eizray menjongket kening. Mentang mentang rumah dia ini tidak berkunci, dia buat macam homestay pula suka suka jiwa nak datang.
"Tak perlu. Aku tak perlukan manusia yang suka hati je inject orang tanpa permit tuan punya diri."
Bum!!
Caroline dan Anastasia sama sama terkejut sebaik sahaja bunyi pintu dihempas oleh Eizray tadi kedengaran.
"Macamana dia tahu aku inject dia?" Gumam Caroline sendiri. Anastasia tergelak kecil.
"Well, you kan berkemahiran tinggi." Anastasia juga berlalu sambil sedaya upaya menahan tawa apabila melihat muka Caroline yang macam baru lepas tertelan ubat gegat itu.
"OMG.. kenapa kau bodoh sangat Caroline..?" Caroline menepuk dahi sendiri.
Anastasia akhirnya ketawa. Gadis itu ingat Eizray bodoh, tidak tahu siapa yang suka hati mencucuk ubat tidur kepadanya?
