MAIM 25

10.9K 547 23
                                    

EIZRAY pulang apabila tiba lewat malam. Ezuerdo ada menawarkan untuk dia bermalam di rumah datuknya itu tetapi ditolak.

Kaki melangkah masuk ke dalam rumah dan dia terhenti melihat figura seseorang yang tertidur diatas sofa.

Evarya.

Butang teratas kemejanya dilepaskan dan Eizray menyinsing lengan kemeja ke siku sebelum dia mendekati sofa. Baru sahaja dia ingin mengangkat Evarya untuk dibawa ke bilik gadis itu, tindakan terhenti apabila melihat mata Evarya terbuka sedikit.

"Eiz. Pergi mana?" Soal Evarya mamai sambil bangun dari baringnya.

"Kenapa kau tidur disini?" Soal Eizray pula. Evarya menggeleng.

"Aku risau, kau tak pulang lagi tadi. Lewat kau pulang?" Soal Evarya. Eizray hanya diam dan mula bangun namun dia terjatuh kembali ke sofa apabila lengannya ditarik.

"Kau dah kenapa?" Eizray bengang.

"Luka tu, kenapa tak sapu ubat?" Soal Evarya sambil melihat kesan luka di leher Eizray. Eizray mengacip gigi dan menolak tangan Evarya yang menyentuh lukanya.

"Tak sakit."

"Sakit tak sakit pun kena sapu ubat juga. Duduk sini." Evarya bangun dan berlalu. Seketika kemudian gadis itu kembali bersama kotak ubat dan dia menyapu kapas ubat itu di leher Eizray.

Eizray tidak menolak apabila dirawat oleh Evarya.

"Aku minta maaf." Ujar Evarya perlahan sambil menunduk. Eizray terdiam. Lama.

"Aku takkan guna pukau aku untuk buat kau berterus terang. Jadi tolong jujur. Kenapa kau culik dan seksa Ely?"

"Aku tak sedar waktu tu! Ezuerdo tu gunakan aku. Dia pukau aku supaya ikut cakap dia dan aku.."

"Jadi Rya?" Soal Eizray memotong percakapan Evarya. Evarya hanya diam sebelum perlahan lahan mengangguk.

Rya.. Rya adalah gadis yang mempunyai identiti lain yang dikawal oleh Ezuerdo. Rya juga lebih agresif dan tidak punya hati perut apabila otaknya dikawal oleh Ezuerdo. Dia tidak akan rasa belas kasihan meskipun mangsa itu adik beradiknya sendiri.

Kali ini, Evarya hanya diam dan terus merawat luka Eizray hingga ke titik penghujung.

***

EIZRAY ingin masuk ke biliknya namun dia terhenti apabila melihat si gadis yang sedang membawa beg sandang di belakang.

"Kau nak ke mana waktu waktu begini?" Jam yang sudah menunjukkan angka 5 pagi dilihat.

"I nak balik. Lusa dah kena kerja malam, jauh pula kalau I nak berulang alik. Rumah I lagi dekat dengan tempat kerja I." Anastasia. Hampir seminggu dia berada di rumah keluarga Eizray dan rasanya dia sudah ingin pulang.

Eizray mendekati gadis itu dan beg sandang Anastasia diambil.

"Eh!" Anastasia berkerut dahi melihat Eizray berjalan ke kereta jejaka itu dan beg sandangnya diletakkan di dalam kereta Eizray.

"Kau tu perempuan. Bahaya memandu sendirian, masuk." Eizray membuka pintu tempat penumpang untuk Anastasia.

Anastasia terkelip seketika.

"Kau nak masuk ke tak?" Eizray bersuara geram. Anastasia pantas angguk dan berjalan masuk ke dalam kereta Eizray.

Sepi sepanjang perjalanan. Sesekali Anastasia menoleh melihat Eizray yang sedang memandu. Wajah lelaki itu tiada senyuman.

Dan, sangat jarang Anastasia melihat Eizray senyum. Jejaka itu hanya senyum dengan keluarganya sahaja.

Eizray memberhentikan kereta dihadapan rumah Anastasia.

"Terima kasih. You taknak masuk dulu? Minum sekejap?" Soal Anastasia. Eizray diam. Riaknya seperti terkejut seketika sebelum berubah seperti biasa.

"No. Kau memang suka ajak lelaki masuk ke rumah kah?" Soal Eizray jengkel. Anastasia menggeleng.

"Tak! I cuma ajak you je, sebab sekarang dah pagi. You pun nampak penat. Kalau you taknak then tak apa, I.." Anastasia terjeda apabila Eizray melangkah keluar dari kereta dan membuka pintu buat Anastasia.

"Kopi pekat. Tanpa gula. Dan panas. Jangan bagi suam."

Anastasia angguk laju.

***

EIZRAY membuka matanya laju. Terus jejaka itu bangun dan melihat ruangan bilik yang asing.

Wajah diraup. Dia tertidur di rumah inikah? Pintu dibuka dan Eizray melihat Anastasia yang bersiap untuk ke kerja.

"Good morning. I made breakfast for you, scrambled eggs je. Kalau you tak makan, you masaklah apa apa je dalam peti tu." Anastasia bersuara.

Eizray menggeleng.

"I'm sorry. Mesti you penat sangat kan sampai tertidur disini?" Anastasia bersuara dengan rasa bersalah. Semalam selepas menghidangkan air untuk Eizray, dia terus pergi mandi sekejap. Dan selesai mandi dia melihat Eizray sudah lena di atas sofa.

Bersusah payah dia mengheret jejaka itu kedalam bilik kosong didalam rumahnya.

Eizray masih diam. Anastasia tidak pelik, tahu sikap Eizray yang anti sosial itu. Beg tangannya diambil dan dia meletakkan kunci rumah diatas meja.

"I kena pergi kerja, ini kunci rumah. Nanti I balik kerja I ambil kunci ini dirumah you." Anastasia bersuara sebelum berlalu keluar.

Eizray melihat gadis yang semakin jauh itu lalu nafasnya dihela. Lehernya digosok seketika dan dia melihat makanan diatas meja.

Selesai makan, Eizray melihat telefonnya diatas meja di ruang tamu itu.

Habis bateri.

Jejaka itu terus menghidupkan telefonnya apabila dicas didalam kereta.

Ridyard - 45 missed calls.

Dahi Eizray berkerut.

1 | Mr Assassin Is MineWhere stories live. Discover now