Minji memusingkan kepalanya dan dia ialah JIMIN.
"Apa kau nak?", Minji terus memandang ke arah muka Jimin dengan air mata yang penuh. Jimin memandangnya semula.
"Aku tak nak apa2 tapi aku nak kau tahu yang papa kau buat macam tu untuk kebaikan kau jugak. Bukannya saja2", Jimin melihat Minji sambil tersenyum. Minji mula pelik.
"Yang kau tiba2 jadi baik dengan aku ni asal? Ni aku nak tanya kau, kalau papa aku nak bagi kebaikan dekat aku tapi kenapa dia halang semua apa yang aku nak?", minji mengelap air matanya lalu melihat Jimin yang sedang duduk di tepinya itu. Jimin terus duduk dengan tegak dan tangannya ada di atas lutut.
"Okay kau dengar elok2 eh. Tak semestinya apa yang kita fikir benda tu buruk tapi buruk sebenarnya. Tak semestinya apa benda yang kita fikir baik, baik sebenarnya.", Jimin melihat Minji sambil tersenyum. Dahi Minji berkerut kerana tidak faham akan ayat Jimin.
"Hah?", Minji.
"Maksud aku, maybe papa kau cakap macam tu untuk masa depan kau juga. Memang dia gunakan kau sebab syarikat tapi benda itulah yang akan tolong kau nanti waktu dia dah tak ada... so, kau tunaikan jelah apa yang dia nak", Jimin melihat Minji.
"Dah tu, takkan aku nak tunaikan apa yang dia nak termasuklah kahwin dengan kau? Kau nak ke? Kau nak berpisah dengan Seulgi?", Minji memandang Jimin dengan pelik lalu mengelap air matanya. Jimin tersenyum.
"Seulgi? Haha kau kenal mana Seulgi ni? Memanglah dia tu girlfriend aku tapi aku tak adalah minat dia sangat. Dia tu biasa2 je...", Jimin melihat Minji sambil tersenyum lalu menggosok kepala Minji.
"So?", Minji memandang Jimin dengan pelik.
"So, kau terima jelah..", Jimin tersenyum manis. Minji terus tergamam.
"Kau nak aku terima yang kau jadi laki aku? Kau gila ke apa Jimin? Kau tau tak yang kita ni suka gaduh? Tak nak aku", Minji menggelengkan kepalanya lalu lihat ke depan. Jimin terus tersenyum lalu menarik dagu Minji. Minji hanya melihatnya dengan muka blur.
"Kau nak derhaka dengan papa kau ke?", Jimin memandang Minji sambil tersenyum senget. Kata2 Jimin membuatkan Minji tersentap seketika.
S
K
I
P
M
A
S
A"Apa?! Kau kena kahwin dengan Jimin?! Mamat Berlagak Macho tu?!", Dahyun terus terkejut sehingga popcorn yang dia makan itu bersepah di atas lantai. Minji mengangguk sambil menonton Tv.
"Dah tu kau terima?", Dahyun melihat Minji. Minji hanya mengangguk. Dahyun terus pelik.
"Ouhh.. nak kahwin dah kawan aku ni.. aku je yang belum lagi..", Dahyun memuncungkan mulutnya ke depan manakala Minji memeluknya.
"Aku terpaksa bukannya nak pun", Minji membaringkan kepalanya di atas bahu Dahyun. Dahyun hanya menepuk kepala Minji.
"Tak pa lah.. nanti kalau ada masalah kau datanglah jumpa aku..", Dahyun tersenyum. Minji hanya membalas senyumannya.
Keesokan paginya, Minji pergi ke pejabat. Dia terus masuk lalu membuat kerja. Tanpa perasan, Jimin sedang memerhatinya dari luar.
"Oh mak kau!", Minji terkejut apabila memusingkan kerusinya kebelakang. Jimin hanya menyilangkan tangannya lalu tersenyum.
"Jom", Jimin memandang Minji dengan pelik.
"Pergi mana? Kau tak nampak aku ada kerja?", Minji menunjukkan tangannya ke arah komputer.
"Fitting baju pengantin", Jimin bercakap lalu menolak cermin mata hitamnya rapat ke mata. Minji yang tadi dengar akan suara itu terus terkejut.
"Lain kali boleh tak? Aku nak habiskan kerja aku", Minji teruskan membuat kerjanya tanpa menghiraukan Jimin. Jimin terus menarik tangannya.
YOU ARE READING
TIKET CINTA WITH MAMAT MaChO P•J•M
Fanfiction"Kau ingat aku kesah?", Seorang lelaki yang berkaca mata hitam. "Bayar lah balik Mamat Berlagak Macho!" "Never" Start - 2/3/2018 End - 11/5/2018 1st Fanfictions by me!