Bab 80 (ending)

166 10 4
                                    

Kalender yang ditandakan oleh Kim Minji semakin hampir dengan tarikh terakhir yang ditandanya. Hari yang digeruni kini telah pun tiba.

"Awak, dah siap ke belum?" Tanya Jimin yang ada di ruang tamu itu. Minji yang berada di dalam bilik itu masih lagi tidak keluar.

"Hiksss tolong, tuhan tolong bagi aku hidup. Jangan tarik nyawaku harini hiksss." Terketar-ketar Minji berdiri di hadapan cermin biliknya. Hidung yang kerap kali berdarah, batuk yang semakin menjadi-jadi dan muka yang sudah pucat pada wajah Minji.

"A-aku tak sanggup. Tolong bagi aku hidup. Aku sayangkan suami dan anakku. Hikss" ujar Minji lagi sambil menundukkan kepalanya kebawah. Tidak semena-mena air matanya jatuh ke atas meja.

Tok! Tok! Tok!

"Minji? Awak okey tak kat dalam?" Panggil suaminya itu, Park Jimin. Wanita itu terus mengelap air matanya dengan secepat mungkin takut diperasan oleh Jimin.

"S-saya okey. Ahok!" Sekali dia membuka tapak tangan, adanya percikan darah di atasnya. Berlari wanita itu ke tandas untuk membasuh.

"Awak! Saya masuk boleh?" Laung Jimin dari luar.

"J-jangan! Jangan masuk! Ahokk!" Boleh dikatakan air yang mengalir di sinki itu adalah darah yang keluar dari mulut Minji.

"Cepatlah, bersiap apa lama sangat tu. Dah pukul 3 ni!" Kata Jimin untuk kali yang kedua. Tiba-tiba pintu bilik itu dibuka oleh Minji. Tercegat wanita itu di depan pintu memandang suaminya.

"Eh, muka awak basah ni kenapa?" Soal Jimin sebaik sahaja ternampak akan wajah isterinya yang basah itu. Kim Minji menggeleng sambil memegang sehelai napkin di tangannya.

"Jom, kita dah lambat ni." Ajak Jimin lalu tangan Minji ditariknya. Wanita itu hanya mengangguk dan mengekori Jimin dari belakang.

***

Ting tong! Ting tong!

"Mama!!" Jerit Eunji yang berada di dalam pagar itu. Minji hanya tersenyum dari jauh sambil mendepakan tangannya. Pintu pagar elektronik itu dibuka dengan automatiknya dan ternampak akan Kim Taehyung sedang berjalan keluar.

"Eunji... anak mama macam mana? Sihat?" Soal Minji sambil mengusap lembut rambut anaknya itu.

"Sihat. Mama... kenapa muka mama nampak pucat? Mama sakit ke?" Tanya Eunji hairan. Kim Minji menggeleng lalu memandang ke hadapannya.

"Abang Tae" kata Minji perlahan-lahan. Kim Taehyung tersenyum kecil sambil menyelupkan tangannya ke dalam poket seluar.

"Papa mana?" Soal Jimin apabila Taehyung mula menghampiri mereka.

"Papa ada dekat belakang tengah prepare tempat pembakar. Jom lah masuk." Ajak Taehyung kepada Minji dan Jimin. Mereka hanya tersenyum dan mengangguk. Tangan Eunji dipegang erat oleh Minji.

"Ehh Jimin, awal kamu sampai?" Soal bapa mertuanya itu. Park Jimin tersenyum lalu menyuakan tangannya kepada lelaki yang berusia 40-an itu. Mereka berjabat tangan bersama.

"Hahaha sajalah... boleh tolong buat apa-apa yang patut. Takkan kitorang datang nak makan terus." Ujar Jimin kemudian mencekakkan pinggangnya. Mata lelaki itu terus memandang ke arah arang yang ada di dalam beg kertas itu.

"Ini papa nak gunakan jadi pembakar ke?" Soal Jimin. Bapa mertuanya itu mengangguk lalu meletakkan arang-arang itu di dalam tempat membakar.

"Ah, Jimin kalau kamu tak ada kerja, pergi tolong Taehyung cuci ayam dekat paip tu. Lagi cepat dia siap lagi cepat kita boleh makan hahah" kata lelaki itu. Park Jimin hanya akur dan mengangguk.

TIKET CINTA WITH MAMAT MaChO  P•J•MWhere stories live. Discover now