Masa berpusing mengikut waktunya, tibalah waktu untuk bersiap-siap ke tempat kerja.
Minji yang ada di dapur itu sedang menyapukan roti dengan jem anggur lalu duduk di atas kerusi. Wanita itu terus memakannya tanpa menghiraukan sesiapa.
"Hai awak", Jimin datang berjalan sambil membetulkan jam di tangan kirinya. Senyuman yang ada di bibirnya tidak lekang untuk diberikan kepada Minji. Wanita itu hanya menjelingnya lalu membuat tidak tahu akan kehadiran lelaki itu.
"Saya nak makan boleh?", tanya lelaki iti lalu duduk di depan Minji. Wanita itu menolak roti yang ada di dalam beg plastik dan jem anggur itu kepadanya. Jimin tersenyum lalu mengambil roti itu.
"Harini saya nak pergi kerja sendiri", jawab Minji dan terus meminum air yang ada di dalam gelas itu. Jimin yang tadi sedang menyapukan jem anggur di atas roti terus berhenti dan memandang wajah wanita itu.
"Kenapa? Kitakan satu tempat kerja", lelaki itu bersuara. Minji mengangguk tetapi matanya tidak diendahkan kepada Jimin.
"Mulai harini, saya tak nak awak hantar saya lagi.", Minji terus bangun dan mencapai begnya di atas sofa ruang tamu. Pintu rumah dibuka dan ditutup olehnya. Jimin hanya memandang akan wanita itu serta merta mood makannya hilang.
******
Minji sampai ke pejabat terlebih dahulu. Dia duduk di atas kerusi kemudian matanya meliau melihat burung-burung yang sedang berkicauan di luar tingkap. Wanita itu hanya tersenyum.
"Kan seronok kalau hidup aku macam burung-burung tu. Bebas", Mata Minji masih lagi terpapat di bahaigan tingkap pejabatnya. Sebaik sahaja burung burung itu pergi, tangannya terus sibuk membuat kerja yang masih lagi berbaki.
"Banyaknya, macam mana nak habiskan semua ni dalam satu hari", rungutnya. Itulah, orang cakap nak senang kena usaha. Sabar Minji, mula-mula memang banyak cabaran lama-lama nanti kau akan senang juga.
"Okey. First sekali kita buat yang ni", file putih dicapainya. Sebaik sahaja dia sampai di rak yang penuh dengan file di tepi cermin kaca biliknya, terus bayang Jimin ternampak. Lelaki itu berhenti di bahagian rak file itu lalu melihat Minji yang sedang berjengket untuk mengambil file yang terletak di bahagian atas rak itu.
"Ini kalau jatuh, tak pasal-pasal masuk hospital", lelaki jtu menggelengkan kepalanya dari luar. Minji yang dari tadi berjengket untuk mencapai alat itu terus memandang Jimin dan mengalihkan pandangannya semula ke arah file itu. Lelaki itu terus masuk ke dalam bilik Minji.
"Tepi saya buat, nanti jatuh awak juga yang sakit", badan wanita itu dialihkan ke tepi. Minji hanya akur dengan arahan suaminya itu dan membiarkan Jimin mengambil file yang diingininya itu.
"Nah", file putih diberikan kepada Minji dengan muka yang tersenyum. Wanita itu hanya mengangguk lalu kembali ke mejanya untuk menyambung kerja.
"Minji, awak marahkan saya lagi ke?", tanya Jimin ingin tahu. Wanita itu hanya mendiamkan dirinya lalu suara lelaki itu tidak diendahkan olehnya. Jimin mengangguk faham dan kemudian keluar dari bilik itu lalu berjalan pergi ke biliknya.
Minji terus melihat akan Jimin yang sedang berjalan keluar itu tanpa bercakap apa-apa.****
Sudah hampir pukul 11 pagi. Kerja yang datangnya dari file putih itu telah pun di siapkan. Minji meletakkan file itu ketepi lalu mengambil file yang berwarna lain untuk disiapkan.
"Macam mana aku nak ambil ni..", bibirnya diretapkan. Matanya meliau ke sekeliling tempat sambil tangannya mengetuk antara satu sama lain.
"Takkan aku nak panjat, haishh bahaya.", kepalanya terus di dongakkan ke atas untuk melihat bahagian file yang lebih kurang tinggi suaminya itu. Minji hanya mengeluh lalu menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
YOU ARE READING
TIKET CINTA WITH MAMAT MaChO P•J•M
Fanfiction"Kau ingat aku kesah?", Seorang lelaki yang berkaca mata hitam. "Bayar lah balik Mamat Berlagak Macho!" "Never" Start - 2/3/2018 End - 11/5/2018 1st Fanfictions by me!