Mereka bertiga berjalan-jalan di sekitar zoo itu tanpa bersuara antara satu sama lain. Hanya Jimin dan Eunji sahaja yang bersuara sewaktu itu. Kenapa dengan Minji? Dia ada masalah ke yang tak bagitahu kepada Jimin?
"Wahhh papa! Tingginya binatang tu!" Mata anak lelaki itu membulat besar lalu kepalanya di dongakkan ke atas melihat haiwan itu. Jimin tersenyum kecil lalu mendekatkan dirinya dengan kandang haiwan itu.
"Itu Zirafah. Leher dia panjang kan" katanya kepada anak lelaki itu. Park Eunji mengangguk kemudian memandang ke sebelahnya dengan dahi yang berkerut.
"Eunji cari apa?" Tanya Jimin ingin tahu setelah Eunji yang ada di dalam dukungannnya itu asyik melihat ke kiri dan ke kanan.
"Mama" petah si kecil itu berkata. Jimin yang baru sahaja perasan akan ketiadaan Minji di sebelahnya itu terus memandang ke sekeliling tempat.
"Mana mama eh?" Soal Jimin kepada Park Eunji. Anak lelakinya itu hanya menggeleng lalu mengangkat bahunya ke atas.
"Tadi bukan ke mama dekat sebelah kita?" Tanya Park Jimin lagi.
"Tadi ada tapi sekarang dah tak a--"
"Tu mama!" Jarinya ditundingkan ke arah belakang bapanya itu. Jimin yang mendengar akan suara itu terus melihat ke belakangnya dengan dahi yang berkerut. Ternampak akan seorang wanita yang sedang duduk di atas bangku dan berada di bawah sebuah pokok yang redup.
"Jom kita pergi dekat mama, kesian mama duduk seorang" ujar Jimin kemudian memandang mata anaknya itu. Eunji mengangguk atas apa yang bapanya katakan.
"Awak kenapa?" Soal Jimin sebaik sahaja sampai di bawah pohon itu. Minji menggeleng kemudian menyandarkan dirinya. Satu perkataan pun tidak dikeluarkan olehnya.
"Sakit ke?" Tanya Jimin lalu duduk di sebelah isterinya. Eunji dilepaskan dari dukungannya itu. Tapak tangan lelaki itu terus diletakkan pada dahi Kim Minji. Wanita itu hanya memandang suaminya sahaja.
"Tak panas pun" tutur Jimin dengan kening yang terangkat. Isterinya menggeleng lalu menongkatkan dagunya melihat ke arah kandang haiwan yang ada di hadapan mereka.
"Dah tu kenapa awak nampak macam tak happy je?" Jimin terus menongkatkan dagunya ke sebelah kiri untuk melihat wajah isterinya itu. Minji tersenyum kecil.
"Tak ada apa" akhirnya Minji bersuara. Park Jimin yang ada di sebelahnya itu terus mengeluarkan iphone7 nya kemudian menangkap gambar Minji yang sedang bermasam muka itu.
"Jangalah" tangan Jimin ditolak ke belakang. Lelaki itu tertawa kecil kemudian kembali menyimpan telefonnya semula. Wajahnya kembali menatap wajah wanita yang berada disebelahnya.
"Cuba cerita, ada masalah ke?" Jimin terus mendekatkan dirinya sedikit ke arah isterinya. Minji yang ada disebelah hanya memandangnya tajam sahaja.
"Kenapa sayang?" Kata Jimin sambil menongkatkan dagunya. Minji yang mendengar itu secara tiba-tiba menelan air liurnya.
'Gulp'
Mata wanita itu sekaligus memandang Jimin sambil dikerdipkan untuk beberapa kali. Jimin tersenyum lebar kemudian kembali memandang tepat mata isterinya itu.
"Awak kenapa?" Soal Minji kepada Jimin dengan dahi yang berkerut. Kenapa tiba-tiba dia jadi moody?
"Saya tanya awak kenapa, awak tanya balik saya kenapa?" Ujar Jimin kemudian menghelakan keluhan yang kecil. Park Eunji yang sedang duduk disebelah bapanya itu hanya mendiamkan diri sahaja kerana tidak mahu dimarahi oleh ibunya itu.
"Saya cakap saya okey, saya okeylah" kasar wanita itu menjawab lalu bingkas berdiri dengan secepat mungkin tanpa memandang suami dan anaknya itu.
"Awak" tangan Minji diraih sebaik sahaja dia ingin berjalan. Jimin yang tadi duduk kini berdiri bersebelahan dengan Minji. Badan wanita itu dipusingkan kebelakang untuk menghadapnya.
YOU ARE READING
TIKET CINTA WITH MAMAT MaChO P•J•M
Fanfiction"Kau ingat aku kesah?", Seorang lelaki yang berkaca mata hitam. "Bayar lah balik Mamat Berlagak Macho!" "Never" Start - 2/3/2018 End - 11/5/2018 1st Fanfictions by me!