Bab 47 (pen)

78 7 0
                                    

Jimin masuk ke dalam ward yang dihuni oleh Minji. Masuk ini sudah tiga kali wanita itu memasuki ward. Mungkin lebih?

"Minji..", panggil Jimin dan matanya melihat Minji yang sedang terlantar di atas katil hospital. Lelaki itu terus menundukkan kepalanya kerana sudah penat akan hal-hal ini.

"Awak, bangunlah.", pujuk Jimin. Minji yang tadi pengsan sampai sekarang masih lagi tidak sedar. Jimin melentokkan kepalanya ditepi katil isterinya dan memejamkan matanya. Dalam beberapa minit sahaja lelaki itu terlelap di tepi katil.

****

"Hmmmm", omel Jimin apabila terasa akan hidungnya dicuit untuk beberapa kali. Minji yang sudah sedar itu terus mengacau Jimin yang sedang tidur itu dan tersenyum jahat.

"Psssttt", bisik Minji ke arah telinga Jimin. Lelaki itu hanya menggelengkan kepalanya kerana geli akan angin itu.

"Ji....min...", perlahan-lahan suara Minji dilaungkan kepada Jimin. Terus lelaki itu tersedar kemudian menggosok matanya.

"Hmmmm awak...", ujar Jimin dengan muka yang sedang mamai. Minji yang sedang duduk menyandar di atas katil itu hanya tersenyum kecil.

"Kenapa tak balik tidur dekat rumah je?", tanya Minji apabila melihat Jimin yang sedang menongkatkan kepalanya di atas katil itu.

"Nak teman awak", dengan suara yang serak-serak basah lelaki itu berkata. Wanita yang ada di hadapannya itu terus tertawa kecil.

"Pergilah balik... saya okey je ni, tak sakit sangat", tutur Minji dengan muka yang manis. Jimin yang tadi menongkatkan dagu terus memandang Minji dengan muka yang ketat.

"Tak nak. Awak tahu tak yang awak bleeding banyak tadi?", kata lelaki itu dan serta merta membuatkan Minji berasa bersalah. Salah dia juga, kenapa dia perlu berlawan dengan Seulgi.

"Awak tahu tak yang awak hampir gugur tadi?", kata Jimin dengan tegas. Minji hanya menundukkan kepalanya kerana kehilangan kata.

"Saya tahu Seulgi tu cari pasal dengan awak tapi awak tak boleh buat macam tu. Biarkan je dekat dia.", Jimin yang tadi tenang kini kembali marah. Matanya terus membulat besar apabila memandang Minji yang ada di depannya itu.

"Sorry", kata Minji dengan perlahan-lahan. Jimin hanya melihatnya dan melepaskan satu keluhan kecil.

"Lepas ni hati-hati. Jangan buat macam tu, saya risau tau tak. Saya hampir mati bila tengok awak lemah macam tu. Saya sayangkan awak tahu.", ujar Jimin dan membuatkan Minji terkedu dengan kata-kata yang diberikan oleh Jimin. Terasa bersalah menyerabuti otaknya, dengan perasaan sedih terus air matanya mengalir.

"Itu nasib saya ada, kalau saya tak ada tadi siapa yang nak tolong awak? Saya tak kesah kalau saya sakit ke saya penat ke tapi jujur saya cakap saya tak boleh tengok awak macam tu.", tutur Jimin lalu memandang tepat mata Minji. Wanita itu hanya menundukkan kepalanya kebawah.

"Saya bukannya marah awak tapi saya risaukan awak.", lelaki itu terus mencekak pinggangnya dan memandang Minji yang ada di atas katil itu dan berpakaian hospital yang bercorak bunga-bungaan.

"Tapi saya nak tanya satu benda dekat awak.", kata Jimin dan membuatkan tangisan Minji terhenti. Dengan muka yang takut dia memandang Jimin.

"Seulgi tu cakap apa dekat awak sampai dia tolak awak jatuh tadi?", soalan yang paling takut didengari oleh Minji. Wanita itu hanya mendiamkan diri dengan sedu tangisan yang masih lagi berbaki.

"Jawablah", arah Jimin dengan tegas. Minji terus senyap dan mengalihkan pandangannya ke luar apabila ternampak akan pintu wadnya terbuka.

"MINJI!", Terlihat seorang wanita yang berambut panjang berlari ke arah Minji bersama dengan seorang lelaki. Terus badan Minji didakap olehnya.

"Minji, kau okey?", tanya Dahyun dengan dahi yang berkerut. Minji yang tadi berhenti menangis kini tangisannya disambung semula. Daniel yang sedang berada di belakang Dahyun itu hanya melihat mereka berdua.

"Hik H-hyun..hik aku t-takut", teresak-esak Minji di dakapan Dahyun. Kawannya itu terus menggosok badan wanita itu dan cuba untuk menenangkannya. Jimin yang ada di atas kerusi itu  hanya memandang mereka bertiga.

"Jimin", panggil Dahyun dan membuatkan Jimin memandangnya. Lelaki itu terus mengangkat kening lalu melihat Dahyun dengan hairan.

"Keluar kejap", arah kawan baik kepada Minji itu. Suami Minji itu mengangguk lalu bangun dari kerusi yang berada di dalam bilik itu. Daniel yang ada di dalam turut mengekori Jimin keluar dari bilik itu.

"Dah, cuba cerita dekat aku apa yang jadi", muka Minji diraih oleh Dahyun, wanita itu hanya memandang Dahyun dengan mata yang berair.

"Aku takut.. hiks", ujar Minji kepada Dahyun dan membuatkan kawannya itu tidak faham akan apa yang wanita itu cuba utnuk katakan.

"Kau takut apa? Bagitahu aku, manalah tahu buat-buat aku boleh tolong.", minta Dahyun sambil duduk di sebelah katil Minji. Wanita itu terus menggelengkan kepalanya dan mengusap kuku-kukunya.

"A-aku takut aku t-tak boleh nak teruskan hidup aku ni..", kata Minji dengan penuh sayuan. Dahyun yang mendengar itu mula terkejut dan menepuk paha Minji.

"Apa kau cakap ni!", Terkejut Dahyun sehingga paha kawan baiknya ditepuk dengan kuat. Wanita yang ada di atas katil itu terus merungut kesakitan lalu mengusap pahanya.

"Haa kan dah kena dengan aku. Apa yang kau merapu ni ha Kim Minji? ", soalnya kepada Minji. Wanita itu hanya mengeluh dengan linangan air mata.

"Aku tak kuat, aku takut aku kena pergi tinggalkan Jimin.", tutur Minji kemudian memandang kawan baiknya semula. Dahyun yang faham akan perasaan itu terus bebola matanya berair. Badan Minju dipeluknya semula.

"Aku tahu kau kuat Minji. Aku kenal kau..kau tak pernah serah kalah senang macam tu je, hik", dalam kata-kata semangat Dahyun itu adanya juga kesedihan yang didengari. Minji terus mengangguk lalu tangannya memegang rambut Dahyun.

"K-kalau ditakdirkan aku pergi dulu, kau tolong jagakan Eunji. Aku tak nak dia besar keseorangan.", kata Minji dan sekaligus membuatkan Dahyun tersentap. Matanya terus mengeluarkan titisan cecair yang jernih lagikan panas itu.

"Hah? Apa kau cakap ni, tak.. kau takkan pergi.. kau akan duduk dengan Jimin dan Eunji.", petah Dahyun dengan senyuman yang kecil.

"Please", rayu Minji dengan tangisan yang banyak. Dahyun yang tidak mampu melihat Minji merayu-rayu kepadanya itu hanya mengangguk.

*****

"Awak, jom balik", kata Dahyun sebaik sahaja keluar dari bilik yang dihuni oleh Minji itu kepada Daniel. Lelaki itu terus bangun dan mengangguk.

"Dahyun", panggil Jimin dan membuatkan langkah wanita itu terhenti. Dahyun terus menolehkan kepalanya ke belakang dengan hati yang berdebar.

"Minji cakap apa?",tanya lelaki itu. Dahyun yang masih lagi dengan kematian ayat itu hanya terdiam dan matanya mula berair.

"A..aa..t-tak ada apa", tangan kiri Daniel ditarik olehnya.

"Jimin, aku pergi dulu", kata Daniel dan terus mengikut Dahyun pulang. Jimin yang ingin mengetahui hal itu hanya mengangguk kemudian masuk ke dalam bilik itu semula. Jimin masuk dan melihat Minji yang sedang terbaring dan memalingkan badannya ke arah tingkap luar.

"Minji", panggil Jimin tetapi Minji tidak memandangnya. Jimin terus melihat ke arah meja yang ada di tepi katil, lelaki itu ternampak akan pen yang berwarna hitam di atasnya.

"Awak", panggil Jimin lagi.

"Hmmm", jawab Minji acuh tak acuh. Terus langkah lelaki itu diaturkan kearah Minji. Jimin berjalan ke hadapan Minji dan menghalang kelihatannya pada tingkap di dalam bilik itu. Minji terus memandang Jimin pelik.

"Kenapa?", tanya Minji. Lelaki itu membongkokkan badannya sedikit dan melihat Minji dengan lebih dekat.

"Awak okey?", soal Jimin ingin tahu. Wanita itu mengangguk kemudian menutup matanya tanpa bercakap panjang bersama Jimin.

-bersambung-

TIKET CINTA WITH MAMAT MaChO  P•J•MWhere stories live. Discover now