Tiga hari berlalu kini Kim Minji boleh pulang ke rumahnya bersama Jimin.
"Awak duduk dulu, biar saya ambilkan air." Kata Jimin selepas memimpin Minji masuk ke dalam rumah condo itu. Minji hanya mengangguk kemudian menyandarkan dirinya kepada sofa tersebut. Matanya dipejamkan untuk seketika untuk berehat.
"Aku takut. Aku tak boleh. Tapi macam mana? Patutkah aku?"
"Awak?"
"Aku tak nak. Mungkin dia boleh."
"Awak...?"
"Maafkan aku. Aku tak sanggup tapi aku perlu."
"Minji?"
"Mungkin minggu ini. Maaf sekali lagi."
"Sayang?"
"Jimin, saya terpaksa maafkan saya."
"Sayang!!"
"Hah, ye kenapa?" Tersedar Minji dari kelelapan yang hanya seketika. Terkejut wanita itu apabila bahunya tiba-tiba sahaja digoncangkan oleh Jimin.
"Kenapa, kenapa apanya. Awak okey tak ni?" Dahinya mula berkerut melihat Minji. Wanita itu menggeleng lalu melentokkan kepalanya ke atas bahu Jimin secara tiba-tiba.
"Awak, kalau saya minta sesuatu dari awak boleh?" Kata Minji dengan suara yang lembut. Jimin terus memandang ke atas bahu kanannya.
"Cakaplah nak apa. Nanti saya tolong belikan." Balas Jimin lalu tangan Minji dipegangnya. Minji menggeleng.
"Bukan itu maksud saya. Tapi... benda lain."
"Ouh, apa?" Tanya Jimin kemudian tangan Minji diusap lembut.
"Kalau jadi apa-apa dekat saya, awak kahwin dengan Sohyun, boleh?" Kata Minji dengan spontan. Jimin terus terkejut lalu menarik wajah Minju dekat dengannya. Mata Minji ditatap dengan tepat.
"Awak demam ke?" Soal Jimin kemudian belakang tangannya diletakkan di dahi Minji. Wanita itu hanya mencebik kemudian menolak tangan Jimin ketepi. Terus pinggang Jimin dipeluknya erat.
"Kalau awak sayangkan saya. Tolong kahwin dengan Sohyun." Ulang wanita itu untuk kali yang kedua. Park Jimin tertawa kecil kemudian memandang Minji yang sedang memeluknya itu.
"Awak ni macam-macam lah. Buat apa saya nak kahwin dengan dia sedangkan saya ada kakak dia? Cukuplah awak seorang dah boleh buat saya bahagia." Tepi bahu Minji ditepuk perlahan-lahan oleh Jimin dan membuatkan Minji mula tersebak.
"Tapi ini untuk awak juga. Saya tak nak tengok awak keseorangan. Kalau saya pergi nanti awak dah ada peneman hidup. Saya tak suka tengok awak seorang-seorang." Ujar isterinya lagi kemudian wajahnya mula memandang Jimin. Suaminya itu mula terkedu kemudian tersengih.
"No never, saya cintakan awak seorang dan saya tak akan kahwin dengan orang lain kecuali awak. Awak cakaplah apa pun, saya tetap tak nak." Bantah lelaki yang bernama Park Jimin itu. Minji terus memuncungkun mulutnya sambil mata dikerdipkan.
"Awak tak sayang saya lah tu." Ucap Minji lalu menyilangkan tangannya. Jimin mula tertawa kecil melihat gelagat isterinya itu.
"Tak lah, yang awak tiba-tiba suruh saya kahwin dengan adik awak tu buat apa? Buang tebiat?"
"Bukan macam tu... tapi..." badannya dipusingkan kearah Jimin semula. Park Jimin mengangkat keningnya ingin tahu.
"Tapi awak tahu kan penyakit saya tak ada ubat? Saya boleh pergi bila-bila masa je. Sebelum terlambat, saya harap awak tunaikan." Minta Minji dengan nada yang perlahan. Wanita iti tahu yang permintaan itu sungguh berat bagi Jimin.
YOU ARE READING
TIKET CINTA WITH MAMAT MaChO P•J•M
Fanfiction"Kau ingat aku kesah?", Seorang lelaki yang berkaca mata hitam. "Bayar lah balik Mamat Berlagak Macho!" "Never" Start - 2/3/2018 End - 11/5/2018 1st Fanfictions by me!