Minji menonton televisyen di ruang tamu. Jimin pula masuk ke bilik tidurnya untuk berehat.
TingTong! TingTong!
Minji yang tadi sibuk menonton tv itu terus memandang ke arah pintu rumahnya. Minji terus bangun dan perlahan-ii membuka pintu itu untuk melihat orang yang datang ke rumahnya pada waktu malam.
"Huh..", Minji terus terkejut apabila melihat perempuan yang sedang menyilangkan tangan sambil menjeling melihatnya. Muka perempuan itu sangat dikenali olehnya.
"Jimin mana?", tanya perempuan itu. Minji hanya mendiamkan dirinya.
"Aku tanya Jimin mana?", perempuan itu mengetuk pintu rumah itu dengan kuat. Minji memandang perempuan itu dan memberikan satu jelingan kepadanya. Perempuan itu terus tertawa jahat.
"Apa kau nak dengan dia?", tanya Minji lalu menyilangkan tangannya.
"Bukan masalah kau. Kau ingat, aku ni Seulgi. Seulgi! Sekarang aku tanya mana Jimin!", perempuan yang sama suka membuat orang marah ialah Seulgi. Dia menolak Minji ke belakang dan kebelakang sehingga terhentuk di dinding.
"Kau dah kenapa! Kau datang rumah orang tak boleh ke hormat sikit! Sekarang kau balik!", Minji menolak Seulgi untuk keluar dari rumahnya semula. Seulgi menepis tangan Minji.
"Argh kesah apa aku! Aku datang sini nak jumpa Jimin bukannya kau! ", Seulgi memandang Minju dengan tajam. Minji hanya mengeluh. Mata Minji dan Seulgi terus besar apabila ternampak akan Jimin yang sedang berjalan menuju ke arah ruang tamu itu.
"Awak!", Seulgi terus menolak Minji ke tepi lalu masuk semula ke dalam rumah itu dan memeluk Jimin. Minji yang di tolaknya itu terus tersandar di dinding dan terjatuh kerana terlanggar wayar bateri laptop yang sedang dicas itu.
Haih, lepas satu-ii. Kepala bertampal, kaki berbalut. Ni apa? Nak suruh Minji jadi Mumia pula ke?
"Minji!", Jimin menolak Seulgi yang sedang memeluknya itu dan pergi ke arah Minji.
"Awak okey? Ada sakit mana-ii?", Jimin memegang kaki Minji yang masih lagi berbalut itu. Minji menggeleng dan memaut bahu Jimin untuk berdiri semula. Jimin terus meletakkan lengan kiri Minji di sebalik tengkoknya lalu berdiri di tepi pintu rumah itu.
"Kau nak apa datang sini? Kan aku cakap tak payah datang", Jimin menjeling Seulgi. Seulgi terus menyilangkan tangannya manakala Minji hanya berdiri dengan senyap di tepi Jimin sambil tangan kiri yang diletakkan pada tengkok Jimin di pegang olehnya.
"I datang nak jumpa you. Rindulah...", Seulgi berjalan perlahan-ii ke arah Jimin dan memegang bahu Jimin. Jimin terus menggelengkan kepalanya. Minji hanya menundukkan kepalanya ke bawah.
"Lepaslah! Kau pergi balik sekarang!", Jimin terus berjalan ke hadapan manakala Minji di papah olehnya. Seulgi hanya menjeling merek berdua.
"Awak, jom masuk bilik", Jimin membiarkan Seulgi lalu berjalan di sebelah Minji.
"Jimin, i'm pregnant", kata-ii Seulgi itu terus membuat langkah Jimin dan Minji terhenti. Terus cuak Jimin dibuatnya. Minji yang mendengar akan perkataan itu terus memandang Jimin dengan terkejut dan melepaskan lengan yang ada di leher Jimin itu. Jimin terus memusingkan badannya kebelakang sambil mencekak pinggangnya.
"Dah tu apa kena mengena dengan aku?", Jimin mencebik sambil menjelingnya. Seulgi terus datang dekat dengan Jimin lalu tersenyum manis. Minji yang sedang berdiri di belakang Jimin itu hanya melihat mereka berdua.
"Anak you", Seulgi terus memeluk Jimin. Jimin yang mendengar akan ayat itu terus terkejut. Matanya terbeliak dan jantungnya mula berdegup dengan laju. Air mata Minji terus jatuh berderai membasahi pipinya. Tangan Minji terus menggeletar apabila terdengar akan percakapn Seulgi dengan Jimin.
YOU ARE READING
TIKET CINTA WITH MAMAT MaChO P•J•M
Fanfiction"Kau ingat aku kesah?", Seorang lelaki yang berkaca mata hitam. "Bayar lah balik Mamat Berlagak Macho!" "Never" Start - 2/3/2018 End - 11/5/2018 1st Fanfictions by me!