Bab 22 (Kanser)

133 8 0
                                    

"Hepatoma atau dikenali sebagai kanser hati sangat berbahaya kepada pesakit. Tetapi bagi isteri Tuan, dia masih lagi pada peringkat awal. Jadi senang bagi pihak hospital untuk melakukan rawatan agar boleh menyebuhkannya semula"

"Tapi doktor, masa yang dia akan ambil berapa lama?", Jimin yang duduk di depan doktor itu terus memandangnya.

"Itu saya tidak pasti. Dia bergantung kepada kekuatan seseorang. Kalau Minji kuat, mungkin lebih cepat penyakit itu akan hilang tetapi kalau tidak, tahap yang dia lalui akan lebih tinggi hingga boleh menyebabkan jangka hayat seseorang itu tidak panjang. ", Jawab doktor Haemin, doktor perempuan yang merawat Minji.

Jimin hanya mengangguk lalu memandang ke arah belakang. Dia tahu bahawa Minji sedang mendengar perbualannya bersama doktor Haemin. Minji yang sedang baring di atas katil disebalik langsir biru itu hanya mendengar dan berasa sedih akan penyakit yang berbahaya itu.

"Ubat apa yang boleh rawat Minji?", Jimin memandang doktor itu semula.

"Pilihan untuk individu yang mengalami kanser hati tahap awal seperti Minji ialah pembedahan. Pakar bedah kerana mereka mungkin akan menyingkirkan seluruh hati atau hanya bahagian yang mengalami kanser. Jika seluruh hati disingkirkan, organ ini akan diganti dengan tisu hati sihat daripada penderma (pemindahan hati).", jawab doktor Haemin. Jimin yang dengar tentang pembedahan itu terus terkejut.

"Tak ada cara lain ke selain bedah doktor?", Jimin mengemam mulutnya dan cuba untuk menahan air matanya.

"Ada, tetapi masa yang diambil sangat lama. Mungkin rawatan yang lain dari pembedahan tidak sesuai untuk Minji. Bagi saya, rawatan untuk tahap awal seperti Minji, saya sarankan membuat pembedahan. Jika kita lewat membuat pembedahan tersebut, mungkin tahap kanser Minji akan naik ke tahap yang lebih tinggi."

"Bila sebaiknya kita buat pembedahan tu?", Jimin meletakkan tangannya di atas meja doktor itu lalu memandang doktor itu dengan penuh risau.

"Secepat yang mungkin. Kalau Tuan setuju, esok kita akan mula proses pembedahan tersebut. Jadi, harini pihak hospital menahan Minji untuk memulakan proses.", Doktor itu mengeluarkan sebatang pen biru kepada Jimin. Jimin terus menundukkan kepalanya dan cuba untuk menahan kesedihannya lalu melihat doktor itu semula.

"Ermmm... boleh saya bincang dengan isteri saya dulu?", Jimin terus bangun lalu melihat doktor itu. Doktor Haemin mengangguk lalu menyilakan tangan Jimin ke arah langsir itu.
Jimin mengangguk lalu membuka langsir biru itu dan menutupnya. Sebaik sahaja Jimin membuka langsir itu, dia nampak akan Minji yang sedang menangis melihatnya.

"Awak kenapa ni?", Jimin mengusap rambut yang ada di dahi Minji kebelakang.

"Saya takut", setitis demi setitis air mata Minji mengalir dan menyebabkan Jimin mula berasa kasihan melihatnya.

"Saya ada. Saya akan teman awak. Jangan nangis, nanti mata awak bengkak.", Jimin mengelap air mata Minji dengan tangannya. Minji mengangguk.

"Awak, kita teruskan rawatan tu nak?", Jimin melihat Minji lalu mengelap air matanya yang masih lagi tidak henti-ii itu. Minji hanya berdiam diri.

"Awak?", Jimin memandang Minji dengan dekat lalu melihat ke arah matanya. Minji terus menggerakkan matanya ke arah Jimin.

"Saya boleh hidup ke?", Minji menelan air liurnya. Jimin tersenyum.

"Awak boleh. Saya tahu awak kuat. Saya kenal sangat dengan awak, Minji.", Jimin memegang tangan kanan Minji. Minji hanya membalas senyuman.

"Saya nak jumpa doktor kejap. Awak jangan nangis tau, saya ada.", Jimin melepaskan tangan Minji. Minji mengangguk dan memandang ke arah lain semula.

TIKET CINTA WITH MAMAT MaChO  P•J•MWhere stories live. Discover now