Bab 79 (Sayang)

85 8 5
                                    

Pagi Khamis telah pun tiba. Kim Minji bangun dengan wajah yang mula pucat. Bibirnya semakin merekah dan kukunya mula bertukar menjadi kebiru-biruan. Tiba-tiba, hatinya mula terasa pedih.

"Auuu..." adu Minji perlahan-lahan. Matanya memandang ke sebelah kiri, ternampak akan suaminya yang masih lagi nyenyak dengan tidur.

"Aku kena kuat. Jangan tunjuk dekat Jimin yang aku sakit"

Minji hanya tersenyum. Kakinya diaturkan ke tandas untuk membasuh wajahnya yang kian pucat itu.

***

"Ughhh! Good morning, awak..." sapa Jimin sebelum menggeliatkan badannya. Minji yang sedang menyiapakan sarapan pagi mereka hanya tersenyum melihat Jimin.

"Good morning! Dah, meh makan." Ajak wanita itu. Tanpa ada rasa malu, Park Jimin terus datang ke arah meja makan.

"Gosok gigi belum?" Soal Minji sebelum meletakkan nasi goreng ke atas pinggan suaminya. Park Jimin mengangguk dengan wajah yang tersenyum.

"Nak banyak ke sikit?" Tanya Minji lagi.

"Banyak. Saya lapar." Perut Jimin diusap berulang kali. Wanita itu mula tertawa kemudian meletakkan nasi goreng itu ke atas pinggan suaminya.

"Makanlah." Arah Minji kemudian duduk di hadapan Jimin. Park Jimin mengangguk faham kemudian memulakan sarapannya.

"Awak tak nak makan?" Soal Jimin kembali. Kim Minji menggeleng dan menongkatkan dagunya ke arah Jimin.

"Saya nak tengok muka awak puas-puas."

"Dah kenapa? Tak cukup ke hari-hari awak tengok muka saya? Tak jemu?"

"Saya tak pernah jemu tengok awak. Suka lagi adalah." Jawab Minji kembali. Park Jimin yang mendengar akan kata-kata itu mula tersengih keseorangan.

"Kalau iye pun janganlah sampai macam tu. Saya nak makan pun tak senang." Kata suaminya itu sebelum meneguk air yang ada di dalam gelas. Minji mengangguk kemudian menjelirkan lidahnya sedikit ke arah Jimin.

"Saya tak kesah, saya nak juga tengok awak. Bleekk!" Tanpa diendahkan Park Jimin dapat memerhati sesuatu di wajah isterinya dan membuat lelaki itu mula risau.

"Awak sakit ke? Bibir awak merekah tu." Kata Jimin sambil dahinya dikerutkan. Terus Minji menggeleng dan kembali selerti biasa. Takut Jimin perasan akan perkara yang sedang berlaku.

"Saya kurang minum air kot. Tak apa nanti saya minum banyak-banyak." Ujar wanita itu agar Jimin tidak mengesyaki tentang dirinya.

"Itulah saya kata, awak tu kurang minum air. Nanti minum air masak banyak-banyak. Nanti awak sakit saya juga yang susah." Tutur Jimin lalu santapannya disambungkan semula. Minji hanya tersenyum dan secara tiba-tiba dirinya mula terasa sebak.

"Tiga hari lagi... dan saya akan pergi..."

***

Minji dan Jimin mengambil masa yang ada untuk bersama-sama di rumah. Televisyen dijadikan tumpuan utama mereka sewaktu itu.

"Cerita apa ni?" Tanya Minji sebelum duduk di sebelah suaminya itu. Jimin yang sedang menyilangkan kakinya sambil memeluk bantal itu hanya memandang ke arah kaca tv.

"Mr. Dracula." Jawab Jimin lalu kakinya digoyangkan.

"Oooo..." hanya itu yang dijawab oleh Minji.

"Sandar lah kalau nak tengok." Kata Jimin apabila penglihatannya di halang oleh Minji. Wanita itu hanya mengangguk dan ingin menyandar tetapi hatinya mula terasa pedih.

"Auuuu..." adu Minji perlahan-lahan sambil memegang di bahagian hatinya. Selamat sewaktu itu Park Jimin tidak perasan.

"T-tak apalah. Awak tengoklah, saya nak masuk bilik." Cuba untuk melarikan diri dari kesakitan itu terpaksa dia berundur pergi.

TIKET CINTA WITH MAMAT MaChO  P•J•MWhere stories live. Discover now