Bab 52 (penentuan hidup)

78 7 0
                                    

Flashback 3 month ago...

Iiiiiiiikkkkkkkkk!!

Pon!pon!pon!

Booooommmmm!!

Tit..tit..tit..

"Hah..hah...hah...", pernafasannya menjadi tercungap-cungap dengan mata yang terbuka luas melihat ke sekeliling tempat. Mulutnya ditutupkan dengan alat pernafasan, mukanya dipenuhi alat penyambung wayar air, kepalanya dibalut. Park Jimin, lelaki yang kemalangan di jalan raya lalu koma selama tiga bulan untuk kembali hidup.

"Jimin?", dengan suara yang halus didekatkan ke arah Jimin. Suara yang sangat dia rindui, suara yang sangat di sayangi, lelaki itu dengan keadaan masih dalam bangun dari koma mula memandang ke arah suara itu. Air matanya mengalir melihat tempat itu dan orang yang ada di sekelilingnya.

"Jimin? Anak mama dah bangun!", ujar seorang wanita yang berumur di antara 40-an itu. Lelaki yang masih lagi terlantar di katil hospital itu hanya melihat mereka dengan muka yang masin lagi tidak tahu apa-apa.

"Awak, hik awak dah bangun..", rambutnya di usap dan jatuh dengan titisan air mata daripada seorang perempuan yang sangat dia rindui. Wanita itu hanya tersenyum kecil dengan linangan air mata melihat Jimin. Adakah ini benar?

Jimin yang kini kembali sedar akibat koma untuk beberapa bulan di sebuah hospital disebabkan kemalangan jalan raya yang mencabut nyawa beberapa orang dari kes itu telah pun sedar. Peristiwa yang selama ini terjadi di dalam hidupnya adalah sekadar mimpi bagi komanya yang begitu lama. Minji, isteri kepada lelaki itu telah pun meninggalkan Jimin di dalam mimpi itu tetapi itu hanyalah sekadar mimpi hidup Jimin. Tidak dia sangka, semua yang terjadi selepas pulang dari JEJU ISLAND itu adalah permainan tidurnya sewaktu kemalangan jalan raya yang membabitkan sebuah lori kontena dan kereta hitam kepunyaannya berlanggar antara satu sama lain apabila sewaktu hujan yang lebat.

"Awak, saya rindukan awak. Hiks", badan lelaki itu dipeluk dengan erat oleh Kim Minji, isteri yang sangat lama menunggu lelaki itu untuk sedar.

"Saya ing-ingat hiks, awa-awak akan pergi t-tinggalkan saya d-dah hikss", ujar Minji dengan tangannya yang tidak melepaskan badan suami kesayangannya itu. Jimin yang terkejut dengan keadaan sekelilin itu mula menangis dengan esakan. Lelaki itu bersyukur kerana peristiwa yang dia lalui di dalam mimpi itu tidak benar dan dia masih lagi mempunyai isteri yang bernama Kim Minji.

"M-minji..", panggil Jimin dengan perlahan-lahan. Wanita itu terus melepaskan pelukannya dari Jimin kemudian memandang lelaki itu dengan air mata yang masih lagi membasahi pipinya. Jimin tersenyum melihat isterinya itu lalu tangannya perlahan-lahan mengelap air mata yang mengalir di pipi Minji. Wanita itu hanya tersenyum kecil dengan bebola matanya yang masih lagi basah.

"Awak... kenapa awak koma lama s-sangat. Hik, saya ingat saya d-dah tak dapat jumpa dengan a-awak hikss..", ujar Minji dengan muka yang masih lagi basah itu. Jimin tersenyum kecil dengan hati yang tenang. Wanita yang dinamakan Minji itu tidak tahu mimpi yang sungguh perit di lalui oleh suaminya sewaktu dia tidak menyedarkan diri.

"Saya b-bersyukur dapat jumpa awak...", kata Jimin sebaik sahaja topeng oksigennya di tanggalkan. Ibu kepada lelaki itu hanya melihat Jimin yang sedang terlantar di katil hospital itu dengan muka yang penuh kesian.

"Jimin...", panggil wanita itu. Jimin terus memandang ke sebelah kirinya dengan kepala yang berbalut. Ibunya tersenyum melihat Jimin.

"Mama.. ma-ma nak minta maaf atas apa yang mama suruh kamu lakukan. Mama rasa bersalah sangat, maafkan mama Jimin.", merayu-rayu wanita itu di sebelah Jimin. Lelaki itu hanya tersenyum kemudian cuba untuk menghalang ibunya untuk membuat sedemikian.

"Mama.. jangan cakap macam tu. Jimin dah maafkan mama", ujar Jimin kemudian terus memegang tangan ibunya dengan erat. Wanita tua itu serta merta memeluk anaknya dengan tangisan. Minji yang ada di sebelah itu kian menangis apabila dapat melihat semula perapatan antara seorang ibu kepada seorang anak yang sangat dia sayangi.

****

"Saya ingat saya dah tak dapat jumpa dengan awak hikss", kata Minji sambil menggenggam tapak tangan Jimin. Lelaki itu baring di atas katil dengan kepalanya ditolehkan ke sebelah kanan melihat isterinya itu.

"Saya tak sangka semua ni hanya mimpi koma. Saya takut awak tinggalkan saya, Minji", raih Jimin dengan sekelip mata air matanya mengalir. Minji yang tidak faham akan pernyataan lelaki itu terus mengangkat keningnya tanda hairan.

"K-kenapa? Awak mimpi apa Jimin?", tanya Minji ingin tahu. Jimin mula tersenyum kecil dan mengesat air matanya yang mengalir.

"Saya mimpi yang awak ada kanser hati, awak mengandung and kita ada anak lelaki", tutur Jimin dengan lancarnya. Wanita itu yang masih lagi tidak faham hanya mengerutkan dahinya.

"Hah?"

"Dan waktu akhir-akhir tu... saya mimpi awak tinggalkan saya untuk selamanya", kata Jimin dan setitis air yang jernih jatuh ke atas tangan wanita itu. Minji tersenyum kemudian mengelap air mata Jimin yang tidak henti-henti mengalir itu.

"Tak, saya takkan tinggalkan awak. Itu hanya mimpi bukan perjalanan hidup awak. Saya tak nak tengok awak keseorangan. Saya nak tengok awak bahagia.", kata-kata semangat dari Minji dilontarkan kepada Jimin. Lelaki itu terus mengangguk kemudian tertawa kecil.

Sanggup lelaki itu ingin menempuhi hidupnya atas kehilangan wanita yang sangat kuat memberi semangat kepadanya?
Jawapannya tidak.

"Jadi saya bersyukur sangat yang awak masih ada dengan saya.", wajah Minji diraih. Wanita itu tersenyum kecil kemudian mengusap rambut Jimin yang ada di atas bantal itu.

"Dah, jangan fikirkan pasal Mimpi tu. Nanti awak stress, saya tak nak awak stress sebab Mimpi tu.", ujar Minji dengan senyuman yang manis. Jimin mengangguk kemudia menelan air liurnya.

"Saya nak pergi tandas kejap, awak tunggu eh?", tutur Minji sebelum berdiri. Lelaki itu tersenyum kemudian melihat ke arah pintu luar. Minji bangun dari kerusinya kemudian memusingkan badannya ke belakang untuk berjalan keluar. Sebaik sahaja kakinya di aturkan keluar, tangan wanita itu ditarik.

"Ye?", tanya Minji dengan kening yang terangkat. Jimin tersenyum kemudian membuatkan mini love kepada wanita itu. Minji hanya tertawa kecil lalu membalas mini love itu semula.

"Awak, nanti kita letak nama anak kita Park Eunji nak?", tanya Jimin secara tiba-tiba. Mungkin teringat akan wajah si kecil itu sewaktu berada di dalam mimpinya. Minji yang tadi mendengar itu terus terkedu lalu membalas senyuman kepada Jimin.

"Okey", jawab Minji kemudian mengaturkan langkahnya keluar dari bilik itu. Jimin yang ada di atas katil itu kembali tersenyum lalu melihat ke arah siling dan mengeluh kecil.

"Hah... betul ke ni bukan mimpi?", tanyanya keseorangan apabila lelaki itu telah melihat perkara-perkara yang buruk telah pun berlaku selepas dia dengan isterinya pulang dari bulan madu tiga bulan dahulu. Perjalanan yang pelik dilaluinya untuk kembali sedar dan kembali melihat dunia bersama isterinya.

Minji yang selama ini kita ingatkan pergi meninggalkan Jimin rupanya itu hanyalah mimpi ngeri. Park Eunji anak lelakinya yang telah selamat melihat dunia itu hanyalah perwatakan di dalam mimpi komanya. Tidak dinafikan apabila perkara itu boleh berlaku kepada Jimin sedangkan kita sebagai manusia yang biasa ini boleh berasa sedemikian.

"Terima kasih tuhan..", tutur Jimin kemudian kembali tersenyum lebar. Sungguh erat jalinan hidupnya bersama Kim Minji sehingga kini dia tidak sanggup melepaskan wanita itu dari sisinya.

-bersambung-

TIKET CINTA WITH MAMAT MaChO  P•J•MWhere stories live. Discover now