Jimin terus pulang ke ward Minji sebaik sahaja dia telah membeli makanan yang diminta oleh Minji.
"Hai awak, saya dah belikan awak punya maka-"
"Ehh mana pula dia ni pergi?", kata-katanya terus terputus apabila Minji yang tadi ada di atas katil kini sudah hilang.
Eikk!
Pintu bilik Minji dibuka. Jimin terus pusing ke belakang dengan muka yang berkerut dan tangannya yang mencekak pinggang.
"Awak pergi mana?", tanya Jimin dengan dahi yang berkerut.
"S...saya pergi tandas. Salah ke?", Minji yang baru masuk ke dalam bilik itu sambil menarik batang besi yang beroda dan digantung dengan beg air itu terus memandang Jimin dengan terkejut. Tertunduk dibuatnya kerana takut akan dimarahi oleh Jimin.
"Kenapa tak tunggu saya? Kalau jadi apa-apa macam mana? Siapa nak tolong awak?", bertubi-tubi soalan dipertanyakan kepada Minji. Wanita itu tertunduk lalu menelan air liurnya.
"Saya tak tahanlah... bukannya saja-saja.", Minji memberanikan dirinya untuk bersemuka dengan suaminya itu.
"Iye saya tahu tapi tal boleh ke tunggu saya balik dulu? Risau tahu tak?", lelaki itu terus menyilangkan tangannya. Minji mengangguk faham.
"Saya janji tak buat dah.", tangan kanannya diangkat dan ditunjukkan kepada Jimin. Muka Jimin yang tadi berkerut kini telah tersenyum kecil.
"Dah, mari sini makan.", Jimin terus kembali ke posisinya lalu membuka beg plastik yang berwarna putih dan di dalamnya mempunyai satu kotak yang berwarna merah. Minji yang ternampak akan kotak itu terus berjalan dengan laju laly naik ke atas katil itu dengan muka yang tersenyum gembira.
"Wow! Awak beli dekat mana ni!", Minji terus duduk dengan tegak dan menyandarkan dirinya pada bantal yang berwarna putih itu. Jimin terus memberikan kotak itu kepadanya.
"Dekat depan simpang tu je.", Lelaki itu terus duduk di kerusi biru disebelah Minji. Kepalanya ditongkatkan.
"Ouh, ermmm abang Tae mana?", tanya Minji lalu mengambil sepotong PIZZA HUT itu dan dimasukkan ke dalam mulutnya. Jimin yang tadi menongkatkan kepala kini matanya terlelap.
"Abang Tae dah balik lepas saya ambil kereta dekat rumah dia. Dia cakap ada hal, nanti kalau dia free dia akan datang lawat awak. Dah, awak makanlah.", Jimin bercakap dengan matanya tertutup. Minji mengangguk dan terus makan dengan kegembiraan. Seronok agaknya bila dapat Pizza.
"Awal tak nak makan ke?", tanya Minji lagi tetapi tiada jawapan dari Jimin.
"Awak..", sekali lagi nama Jimin dipanggil. Minji terus meletakkan pizzanya itu ke dalam kotak semula dan memandang Jimin yang sedang menongkatkan kepala do sebelahnya itu.
"Tidur ke, patutlah senyap. Ini mesti salah aku selalu sangat mengada-ngada nak itu nak ini last-last dia juga yang letih. Rasa bersalah pun ada.", Minji memandang Jimin yang sedang tidur itu. Terus selera makannya hilang. Matanya beralih ke tingkap apabila ternampak akan kicauan burung-burung yang sedang berterbangan di awan itu.
"Eunji, mama ni banyak songeh kan? Tak pasal-pasal papa Eunji yang penat. Kalau lah mama tahu papa penat layan mama, mama dah la-"
"Saya tak pernah penat layan awak", Jimin yang tadi menongkatkan kepalanya kini duduk dengan tegak memandang Minji. Wanita itu terus terkejut lalu memandang Jimin dengan matanya yang berkedip-kedip. Terkedu dibuatnya.
"Awak dengar ke apa saya cakap?", tanya Minji dengan terkejut. Lelaki itu terus tersenyum dan terus memegang perut Minji. Wanita itu terkejut secara tiba-tiba.
YOU ARE READING
TIKET CINTA WITH MAMAT MaChO P•J•M
Fanfiction"Kau ingat aku kesah?", Seorang lelaki yang berkaca mata hitam. "Bayar lah balik Mamat Berlagak Macho!" "Never" Start - 2/3/2018 End - 11/5/2018 1st Fanfictions by me!