Bab 29 (kisah Minji)

101 12 3
                                    

Minji POV

Aku sebenarnya bukan apa tapi aku sikit terasa akan apa yang Jihun katakan dekat aku. Isteri mana tak jealous bila dapat tahu suami sendiri ada scandal dengan orang lain kan. Tapi nak buat macam mana, tu semua kisah silam dia. Bak kata pepatah ambil yang jernih tinggal yang keruh.

"Hah", aku terus duduk di atas kerusi lalu mengeluh. Aku mengeluh sebab kesian kan Jimin tapi nak buat macam mana, terpaksa.

Aku terus menyambung kerjaku tanpa memikir panjang. Aku nampak akan Jimin yang sedang berjalan menyeberangi bilik aku. Walaupun aku ada dekat dalam tapi aku tetap boleh nampak dia sebab bilik aku tu ada cermin je.

"Sorry...", aku hanya menundukkan kepalaku ke bawah walaun aku tahu benda tu sangat menyakitkan hati.

Kring!kring!

Telefon retak seribu ku berbunyi. Aku terus mengangkat panggilan itu sebaik sahaja berbunyi.

"Hello? Ye ni Minji"

"Ouh abang Tae nak jumpa kenapa?"

"Ermm nanti Min pergi, abang Tae tunggu dekat mana?"

"Hobbies restaurant? Okey, nanti Min sampai"

"Bye.."

Terus panggilan itu dimatikan. Aku melihat di luar bilik takut-takut Jimin sedang menghendap. Tanpa membuang masa aku terus mencapai beg tanganku yang berwarna hitam di tepi meja lalu keluar pergi. Aku dapat rasa yang Jimin sedang perhatikan aku tapi aku hanya membiarkannya saja.

- Hobbies Restaurant -

Aku berjalan menuju ke restoran itu. Aku melihat ke sekeliling tempat sehingga ternampak akan seorang lelaki yang sedang melambaikan tangan ke arah ku. Aku tersengih lalu pergi hampir dengannya.

"Hye abang!", terus tangan lelaki itu ku capai erat. Lelaki itu tersenyum lalu tangannya menggosok kepalaku. Aku hanya tersengih manja.

"Adik abang ni macam mana? Sihat?", lelaki yang bernama Kim Taehyung itu terus melayan ku dengan baik. Waktu tu aku dapat rasa yang semua keletihan aku, semua masalah aku hilang bila bertemu dengan abang aku seorang ni.

"Sihat... abang? Lama tak jumpa", mulutku dimuncungkan lalu aku membuat muka manja. Iyelah, adik abang katakan.

"Haha abang sihat. Dah lama abang tak jumpa Min", kerusi ku ditarik dan lelaki itu menyilakan tangannya kepada ku. Aku membalasnya senyuman yang sangat bermakna.

"Itulah, siapa suruh duduk jauh-jauh? Sampai pergi UK pula tu..", aku meletakkan tanganku di atas meja makan itu. Lelaki itu terus mencuit hidungku sambil tertawa kecil. Aku mencebik.

"Abang pergi sana bukannya saja-saja tapi sebab kerja. Nak tak nak kena juga stay dekat sana tiga tahun.", lelaki itu mendekatkan wajahnya ke hadapan. Aku tertawa lalu menolak dahinya.

"Dari kecil sampai besar tak pernah ubah abang Tae ni..", aku menongkatkan daguku. Tiba-tiba seorang pelayan datang menghampiri kami berdua.

"Makan?", tanya pelayan itu. Aku menggeleng manakala abang Taehyung memandangku pelik.

"Kenapa tak nak makan?", menu di selak olehnya.

"Kenyang", sepatah aku menjawab. Lelaki itu terus memandangku tajam.

"Kalau iye pun, minta lah air. Takkan abang nak makan, Min tengok je?", mataku dipandang tajam. Aku hanya mengangguk. Takut aku nak membantahnya sebab dulu pernah jadi satu kes, aku dengan abang Taehyung gaduh sebab aku tak bagi selipar dia semula then, tak pasal-pasal aku kena urut bahu dia sebagai denda. Ish3.

TIKET CINTA WITH MAMAT MaChO  P•J•MWhere stories live. Discover now