Hari demi hari telah pun berlalu. Mereka berdua sampai di rumah tepat pukul 9.30 malam.
"Fuhh penat", ujar Jimin kemudian menyangkut kunci keretanya di tempat penyangkut yang ada di tepi pintu. Minji pula sedang baring di atas sofa yang panjang itu dengan bajunya yang masih belum ditukarkan.
"Awak... bangun tidur dalam bilik...", Jimin menggerak Minji dengan perlahan-lahan. Minji tidak menjawab dan hanya menolehkan mukanya ke arah lain sahaja.
"Bangunlah.. nanti awak sakit belakang.", pujuk Jimin agar Minji bangun tidur di dalam bilik.
"Hmmm nanti saya bangun lah...", dengan mamai Minji berkata. Jimin terus mengeluh lalu menggeleng kepalanya.
"Awak tidur dalam bilik tau nanti, kalau tak siap awak", kata Jimin sambil mencekak pinggangnya. Isterinya itu hanya mendiamkan diri dengan rambutnya yang berserabai di atas sofa hitam.
"Dengar tak", tutur Jimin. Minji hanya mengangguk tetapi di dalam anggukan itu tiada satu pun ayat yang dia faham.
"Bagus. Saya masuk tidur dulu, jangan lupa esok kerja", Jimin terus mengaturkan kakinya ke arah bilik dan menolak rambutnya ke belakang. Minji pula sedang lena tidur di atas sofa tanpa menghiraukan sesiapa pun.
*****
Keesokan paginya, tibalah masa untuk mereka berdua pergi ke tempat kerja yang hampir seminggu mereka tidak pergi disebabkan Minji.
Jimin bersiap-siap lalu keluar dari biliknya dengan baju lengan panjang yang berwarna putih berserta tali leher yang berwarna merah. Dia berjalan hingga ke ruang tamu untuk menunggu isterinya iaitu Kim Minji.
"Awak! Dah siap ke be-"
"Ya tuhan, Kim Minji!", jerit Jimin dengan muka yang berkerut lalu datang ke arah Minji yang masih lagi terbaring di atas sofa yang ditidurnya semalam.
"Minji! Bangun!", bahu Minji digoncangkan untuk beberapa kali. Wanita itu terus memandang Jimin dengan geram.
"Awak nak apa...", tanyanya dengan keadaan mamai. Jimin terus mengeluh.
"Awak bangun dah pukul 8 pagi ni!", tangannya tidak lepas menggoncang bahu wanita itu. Mata Minji terus terbuka perlahan-lahan dengan rambut yang berserabai memandang Jimin.
"Saya ngatuklah...", rungut Minji dan memalingkan badannya ke sebelah kiri. Jimin yang tadi memegang beg hitam kini beg hitam itu dicampak ke atas sofa yang lain.
"Bangun!!", Dengan kekuatan kedua-dua belah tangan lelaki itu, Minji terus bangun dengan muka yang terpaksa.
"Iye kejap lah...orang nak bangun lah ni...", ujar Minji dengan matanya yang masih tersepet lagi. Tangannya terus ditarik oleh Jimin agar berdiri.
"Sakitlah...", Minji menarik tangannya semula dari Jimin. Lelaki itu terus mencekakkan pinggangnya dan memandangnya tajam.
"Cepat pergi sebelum saya PECAT awak", perkataan pecat ditekan oleh Jimin dan sekaligus membuatkan Minji berlari ke tandas yang ada di dalamnya.
"Macam-macam, orang dah kata tidur dalam bilik dia tak nak. Sekarang tengok, dua-dua lambat datang kerja. Selamat aku ni bos kalau tak memang dah lama aku kena marah dengan bos yang bukan diri aku", bebel Jimin kepada Minji yang ada di dalam tandas itu.
30 minit berlalu...
Jimin melihat di jam tangannya sambil menyilangkan tangan di depan pintu. Minji yang tadi ada di dalam bilik sampai sekarang tidak keluar.
"Haish lamanya dia ni mandi, kalah artis.", Rungut Jimin dari ruang tamu. Tanpa menunggu lagi, lelaki itu terus berjalan masuk ke dalam bilik Minji. Selamat bilik wanita itu tidak berkunci.
YOU ARE READING
TIKET CINTA WITH MAMAT MaChO P•J•M
Fanfiction"Kau ingat aku kesah?", Seorang lelaki yang berkaca mata hitam. "Bayar lah balik Mamat Berlagak Macho!" "Never" Start - 2/3/2018 End - 11/5/2018 1st Fanfictions by me!