2 bulan selepas itu...Minji POV
Aku keluar dari kereta yang dimiliki oleh Mamat itu dan mengaturkan kakiku ke arah pintu masuk shopping mall. Biasalah, aku jalan seorang je buat apa nak tunggu si perasan tu. Dah lah lambat, nak control macho dia lagi memang malas aku.
"Minji!", jerit Jimin dan membuatkan aku menolehkan kepala kebelakang. Haish, apa lagi dia ni?
"Kejap lah!", lelaki itu terus memakai cermin mata hitam kesayangannya manakala aku tercegat di depan pintu mall itu keseorangan. Bermasalah suami aku ni, sana sini mesti cermin mata tu kena bawa, aku yang sehelai sepinggang ni okey je.
"Cepatlah!", jerit aku dari jauh. Jimin terus melihat ke kiri dan kanan untuk melintas menyeberangi jalan itu. Aku hanya menunggunya sambil melihat di sekeliling tempat. Agak-agaknya lah kan, apa yang best dalam shopping mall? Aku ni bukan apa, jarang pergi sebab malas. Biasalah kaki tidur punya manusia kan.
"Dah jom", terus tangan aku di pegang olehnya. Aku memandang lelaki itu dengan kening yang terangkat. Kau dah kenapa pegang tangan aku tiba-tiba ni? Demam ke?
"Lepaslah, kenapa pegang? Saya bukannya nak lari pun", jujur aku berkata kepadanya. Biar dia tahu langit tu rendah ke tinggi. Itu kalau fail dalam exam aku tak tahu lah Jimin oi.
"Saja, tak boleh ke pegang isteri sendiri?", ujarnya dan membuatkan aku tersentap. Aku terus mengemam mulutku dah memandang tepat matanya.
Eheh, tak sangka dia tahu.. huhu, deep deep. Padan muka kau Minji, kan dah kena sekali. Lain kali jangan melawan cakap suami kan sekarang kau sendiri yang kena.
"Dah jomlah", lelaki itu berjalan disebelah ku dengan tangannya memegang tanganku. Aku hanya mengikut ke mana sahaja dia pergi. Tiba-tiba langkah lelaki itu berhenti di tengah-tengah pasaraya besar itu.
"Kenapa?", tanyaku ingin tahu. Dia hanya melihat sekeliling dan meletekkan jari telunjuknya di dagu.
"Kita.. pergi situ?", jarinya ditunjukkan ke arah satu kedai yang penuh dengan patung.
"Buat apa? Awak nak beli patung ke? Dah macam budak-budak", aku tersenyum sinis lalu menggelengkan kepalaku. Lelaki itu terus menyilangkan tangannya dan memandangku tajam.
Asal? Nak cari gaduh ke cik abang?
"Apa?", tanyaku dan memandangnya dengan muka yang ingin memerli. Jimin terus mengeluh lalu tertawa kecil.
"Wahai Kim Minji, ni saya nak tanya. Buat apa saya nak beli teddy bear tu untuk saya? Saya nak belikan untuk someone special dia tu lagi special dari awak. Tak ada siapa boleh lawan dia.", Jimin terus bercakap dengan lancarnya sekaligus membuat hati aku membara.
Siapakah yang dia maksudkan? Takkan SEULGI! Ahhh benci aku dengan perempuan tu!
"Siapa? Awak jangan kata awak nak bagi dekat Seulgi?", tanyaku dengan muka yang berapi. Lelaki itu terus tersenyum jahat dan mendekatkan mukanya dengan ku.
"So? Kalau saya nak bagi dekat dia apa yang salahnya? Awak pergilah bagi dekat JIMIN BTS tu", kutuknya kepadaku. Eh jap, apa masalah dia hah? Tak habis-habis nak cakap pasal Jimin BTS tu. Kesian dia tak bersalah pun kena sekali.
"Tak habis-habis Jimin. Dah lah, saya nak balik. Kalau awak nak beli teddy bear tu pergilah biar saya call grab ambilkan saya.", badan lelaki itu aku tolak ke belakang dan kemudian aku berjalan pergi. Sebaik sahaja langkah ku diatur, tangan kiriku terus ditarik.
"Tak payah lah merajuk. Awak ni sejak pregnant asyik merajuk je. Itu saya nak beli untuk Eunji. Saya cadang saya nak buat bilik dia siap-siap.", katanya sambil tersenyum dalam. Aku yang tadi salah sangka itu terus terkedu dan berasa malu.
YOU ARE READING
TIKET CINTA WITH MAMAT MaChO P•J•M
Fanfiction"Kau ingat aku kesah?", Seorang lelaki yang berkaca mata hitam. "Bayar lah balik Mamat Berlagak Macho!" "Never" Start - 2/3/2018 End - 11/5/2018 1st Fanfictions by me!