Selepas beberapa jam majlis kebumian Minji, Jimin pulang ke rumah bersama anak lelakinya iaitu Eunji. Lelaki itu hanya mempunyai Eunji sahaja yang boleh menguatkan semangatnya semula.
Jimin masuk ke dalam rumahnya kemudian masuk ke dalam bilik tidurnya untuk menidurkan anak kecilnya itu. Selepas menidurkan Park Eunji, lelaki itu terus keluar dan duduk di atas sofa sambil termenung. Kenapa? Masih tidak percaya akan pemergian Minji?
"Kenapa? Kenapa awak perlu buat saya macam ni?", bercakap Jimin keseorangan di ruang tamu itu. Tangannya menggosok antara satu sama lain dan matanya melihat ke hadapan seperti Minji memandangnya.
"Saya d-dah tak ada orang lain s-selain awak, awak tahu tak? Hik", tangisan lelaki itu bermula semula. Tertunduk Jimin sehingga titisan air matanya jatuh beberapa kali di atas seluarnya.
"Jimin..."
"Awak..."
"Jimin...", panggil seseorang lalu membuatkan Jimin yang menangis kini terkejut. Lelaki itu terus melihat ke hadapannya dengan tangisan yang mengalir di pipi. Tiba-tiba sahaja, air mata dipipinya di kesat dengan ibu jari yang sangat dia kenali.
"Awak... kenapa awak pergi...hiks", soal Jimin kepada wanita itu. Minji yang ada di hadapannya hanya tersenyum kecil dan meraih wajah Jimin dan mencuit hidung lelaki itu. Jimin yang ada terus tersenyum kecil.
"Saya terpaksa... maafkan saya Jimin. Saya sayangkan awak.", air mata wanita itu jatuh berderai di depan Jimin. Lelaki itu yang melihat akan tangisan Minji, semakin banyak lagi esakan yang berbunyi daripadanya.
"M-minji... s-saya saya"
"Ye awak, saya ada ni...", kata wanita itu sambil duduk di hadapan Jimin dengan muka yang manis.
"Saya t-ta--", kata-kata Jimin terputus apabila mendengar tangisan Eunji yang ada di dalam bilik tidurnya. Jimin yang tadi termenung keseorangan kini terjaga. Lelaki itu melihat ke setiap tempat tetapi hanya dia seorang sahaja yang ada di situ.
"Minji?", katanya tidak percaya. Jimin terus bergegas bangun lalu masuk ke dalam bilik tidurnya untuk mendapatkan Eunji yang sedang menangis itu.
****
"Shhh, tak nak menangis...", pujuk Jimin lalu menepuk badan Eunji perlahan-lahan. Lelaki itu cuba untuk menenangkan anak lelakinya yang tidak henti-henti menangis itu.
"Eunji... janganlah buat papa macam ni, hikss...papa dah tak kuat hikss, papa tak boleh hidup tanpa mama hik", rayu Jimin kemudian memeluk Eunji yang sedang baring di atas katil itu. Terus tangisannya diserapkan pada baju kecil anak lelakinya.
"Hiks, P-papa tak boleh... papa tak boleh jalankan hidup ini tanpa mama hikss", esakan lelaki itu berbunyi. Roh Minji yang masih ada di dalam rumah itu hanya berdiri di tepi katil tanpa pengetahuan Jimin.
"Jimin, maafkan saya", kata Minji tanpa sesiapa yang mendengarkan suaranya. Minji hanya menlihat Jimin yang dari tadi menangis tanpa henti itu. Air mata wanita itu kerap kali jatuh apabila melihat Jimin.
"Eunji... papa nak tengok mama hik, papa tak nak d-dia pergi hiks", badan anak kecilnya dilepaskan kemudian jari jemarinya meungusap setiap satu helai rambut Eunji. Dengan titisan air mata yang masih lagi berbaki, air matanya jatuh di pipi Eunji. Anaknya itu terus berhenti menangis kemudian tertawa kecil melihat Jimin. Lelaki itu tersenyum kecil dengan air mata yang masih lagi mengalir. Hidung Eunji dicuit sebagaimana wanita kesayangannya sering lakukan kepada dirinya.
"Hiks..comel..", puji Jimin kepada Eunji. Anaknya itu terus tertawa lalu mendapatkan jari papanya itu kemudian bermain dengan jari lelaki itu. Jimin yang tadi menangis kini tersenyum dengan gelagat anak kecilnya itu.
YOU ARE READING
TIKET CINTA WITH MAMAT MaChO P•J•M
Fanfiction"Kau ingat aku kesah?", Seorang lelaki yang berkaca mata hitam. "Bayar lah balik Mamat Berlagak Macho!" "Never" Start - 2/3/2018 End - 11/5/2018 1st Fanfictions by me!