Tangisan kecil teresak-esak kuat kedengaran memenuhi ruang kamar berlatarbelakangkan biru itu. Kelihatan seorang kanak-kanak kira-kira berusia 10 tahun sedang memeluk lutut di penjuru kamar.
" Umi dah tak sayang orang.. Asyik-asyik orang je kena padahal bukan salah orang pun.. " rintihan kecil itu kedengaran amat sayu sekali.
Lengannya digosok perlahan, masih terasa bisa bekas cubitan dari ibunya. Dia bangun berdiri, air mata masih membasahi pipi mulus miliknya. Dengan pandangan tajam, dia mencampak bingkai gambar keluarganya ke lantai dengan kasar.
" Orang bencilah! " dengusan kasar dilepaskan sebelum pintu bilik dihempas kasar.
" Arisya Delina, jangan biadap! " dengar suara abah memarahi dirinya kerana pintu bilik yang dihempas. Dia menumbuk pula pintu almari kuat sehingga pintu almari kayu itu terperosok ke dalam.
Dan kali ini Encik Azri muncul dari balik daun pintu dengan wajah bengis.
" Abah cakap jangan melawan kan?! Pandai dah kamu melawan sekarang ni! Aku tak ajar kau biadap kan!? " penyangkut baju merah jambu itu hinggap beberapa kali di belakang badan Arisya Delina yang hanya dilapisi t-shirt biru nipis.
" Abah, sakit abah! Sakit! Abah, sakit! " gadis kecil itu meraung kuat namun penyangkut baju masih hinggap di belakang badannya.
" Sekali lagi kau melawan, siap aku kerjakan! Kecik-kecik dah biadap! " Encik Azri terus berlalu selepas melontarkan amaran keras pada gadis kecil itu.
Gadis kecil itu menangis, laju sahaja mutiara jernih membasahi pipinya. Bahu dipegang, terasa bisa akibat hadiah istimewa dari abahnya. Pedih! Dia memeluk lutut.
" Kenapa asyik aku je yang kena? Bukan salah aku hiks.. Daniel yang tumpahkan air atas buku sekolah aku.. aku just geram aku tamparlah dia lepas tu umi cubit aku balik.. hiks.. Aku benci ah hidup macam ni! Kalau tak sayang aku asal ambik aku dari opah!? Orang nak opah.. opah rindu opah.. Sakit opah.. " lebat tangisan turun dari tubir mata gadis kecil itu dan akhirnya dia terlelap dengan air mata yang masih bersisa.
***
Arisya Delina menangkap lagi gambar pemandangan. Cantik! Cantik sangat keadaan di Kundasang ini. Orang cakap Kundasang ni ibarat New Zealand Malaysia. Dia setuju! Cantik sangat pemandangan dekat sini!
Selesai menangkap gambar, Arisya berjalan ke tempat lain dengan DSLR tergantung di leher. Tudung yang senget dibetulkan, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering menyanyikan lagu Killing Me.
Kelihatan nama si pemanggil " Umi is calling " memenuhi skrin. Arisya reject call itu tanpa perasaan bersalah.
Dan sekali lagi lagu Killing Me bernyanyi nyaring. Arisya mengeluh lalu talian bersambung.
" Assalamualaikum, umi call sebab apa tak angkat? Tak rindu umi ke? " kedengaran suara umi memarahi dirinya.
" Orang busy la. " hanya itu sahaja ayat yang dibalas Arisya.
" Busy? Risy pergi tangkap gambar je bukan pergi meeting dengan klien. Ni, sebab apa pergi tak bagitahu abah? Dia bising tahu tak Risy pergi tak bagi tahu dia. Dia cakap Risy saja tak nak bagitahu dia. " umi membebel di hujung talian. Arisya mengeluh.
" Orang tak sempatlah nak jumpa abah lagipun orang dah bagitahu umi. " balas Arisya malas.
" Risy ni, tak pernah nak jaga hati abah. Abah terasa dengan Risy sebab tak bagitahu dia, Risy bukannya anak yatim yang tak ada ayah. Risy ni suka ikut kepala Risy je. Balik ni terus balik rumah sini. " umi masih marah dan membebel di hujung talian. Sekali lagi Arisya mengeluh berat. Abah pernah ke jaga hati dia?
" Tengoklah macam mana nanti, kalau orang tak busy orang balik rumah umi kalau busy orang terus balik rumah orang lah. " balas Arisya selepas lama mendiamkan diri.
" Umi tak kira, Risy balik juga lepas balik Kundasang kalau tak anggap je la Risy tak ada umi. " ugut umi. Arisya malas mahu bertekak lalu kata setuju diputuskan.
" Hmm, insya Allah. Bye, Assalamualaikum. " talian terus dimatikan tanpa menunggu balasan dari umi.
Arisya mendengus. Dia memang tak pernah sebulu dengan ayahnya sejak kecil lagi. Begitu juga umi. Malaslah dia nak bagitahu sebab apa. Baik dia balik chalet lagi bagus. Mood nak ambil gambar sudah hilang.
Arisya mengatur langkah ke chaletnya. Tanpa sedar tali kasutnya terbuka lalu dia terpijak kasut itu dan jatuh tersungkur macam strawberi busuk.
Buk!
" Aduh! " Arisya duduk memeriksa keadaan lututnya.
" Alamak, dah terkoyak! " Arisya memandang skinny jeansnya yang sudah terkoyak di bahagian lutut.
Arisya memegang kameranya pula. Nasib baik cuma calar sedikit dan DSLR itu masih berfungsi.
" Nah. " satu tangan menghulurkan tisu betul-betul di hadapan wajahnya lalu tangan itu mengikat tali kasut yang terbuka, Arisya ternganga.
" Be careful. " suara garau itu memenuhi gegendang telinganya. Lelaki itu tersenyum sebelum bangun berdiri dan berlalu pergi.
Arisya menjongketkan keningnya.
Knight in the shining armor ?
he's so tall and handsome as hell
he's so bad but he does it so well***
aku harap korang dapat terima cerita ni. enjoy reading ;')
YOU ARE READING
Sekeping Hati Yang Terluka
Romance" It hurts when you try to make things right, and all that they can see in you is wrong. " - Arisya Delina Hidupnya hanya dihambakan pada kerja. Diabaikan oleh keluarga yang terlalu sibuk mengejar duniawi. Dia ibarat anak angkat kerana umi dan abah...