Seminggu berlalu, semalam dengan rasminya Razif menjadi pemegang saham tertinggi dalam Premier Holdings. Arisya termenung memandang keluar tingkap kereta BMW milik Razif yang sedang memandu. Saham dah pun menjadi milik Razif, dia yakin lepas ni dia akan diceraikan. Arisya tarik segaris senyuman palsu. Dia sudah rancang sesuatu buat lelaki itu sebelum mereka berdua berpisah.
" Nak singgah makan dulu ke? " soal Razif tanpa memandang wajah Arisya. Dia mengetuk-ngetuk stereng kereta mengikut irama lagu yang dimainkan.
" Tak payahlah, kita terus balik rumah maktok je. " putus Arisya mendatar. Razif pelik dari mereka bertolak tadi sampailah sekarang dah sampai Tapah, wajah gadis itu mendung sahaja.
" Kau kenapa? " tanya Razif sambil melirik sekilas gadis di sebelahnya.
" Tak ada apa. " balas Arisya masih mendatar, jelas sekali wajahnya mendung, hambar dan lesu.
" Kau sakit ke? " soal Razif lagi.
" Tak, tak ada apalah. Bawaklah kereta tu jangan kisah pasal saya. " ujar Arisya tanpa nada.
" Suka hati kaulah. "
Razif diam kemudiannya, teringatkan kejadian semalam semasa di pejabat. Dia disoal macam-macam oleh Dani, atuk dan Razin. Pasal kisah perkahwinannya dengan Arisya. Sudahlah bermacam-macam soalan ditanya sampai hal atas katil pun nak tahu walhal hal atas katil memang tak ada apa-apa pun berlaku.
Dia tahan sahaja diri diusik, disakat dan tabur oleh bermacam-macam spekulasi. Ada ke patut Dani tanya dia ni kuat ke tak sebab Arisya tak pregnant lagi? Nak pregnant macam mana kalau bilik pun asing-asing lagipun dia takkan buat benda tu pada Arisya.
Memang tercabar betul dia apabila diutarakan soalan begitu oleh Dani, sedap jugaklah semalam Dani makan penumbuk dekat bahu. Sayang kawan macam ni lah. Apa benda lah yang tak kena dengan Razin, Dani dan Dato' Azian. Suka sangat nak korek cerita rumah tangganya. Nak juga usik dia dan Arisya tu. Tapi..
Isy, kau pergi senyum buat apa? gerutu Razif kepada diri sendiri saat tersedar bibirnya mengukir senyuman manis. Kenapa kau tersenyum bila sebut pasal dia ni, Encik Razif Amirul?
" Dah kenapa sengih sorang-sorang? Kena sampuk? " perli Arisya walhal dalam hati sudah membentak geram, tahu sangat lelaki itu senyum sebab teringatkan kekasih hatinya yang satu tu lah.
" Suka hatilah, bibir aku. " balas Razif terus muka di buat riak bersahaja.
" K. " dia malas nak bertekak, dia dah janji pada dirinya akan menjadi lebih baik lepas ni. Takkan melawan suami dah! Ceh!
Razif pula sudah tayang muka hairan gila bila Arisya tak langsung melawan atau menjawab cakapnya. Dah kenapa dia ni? Aku ke dia kena sampuk sekarang ni? Selalu mulut menceceh macam punggung ayam je.
" Kau ni kenapa sebenarnya cuba cakap? " tanya Razif pada Arisya saat kereta mereka berhenti di sebuah traffic light.
" Kan dah cakap tadi, tak ada apa-apa. " balas Arisya lalu mengeluh.
" Period ek? " tanya Razif senyum nakal, sengaja sahaja dia pamer senyum nakal nak naikkan mood mengusik pada Arisya.
" Tak. " balas Arisya tanpa nada, sekali lagi Razif tercengang. Dah usik macam ni pun, dia boleh buat bodoh je? Selalunya kalau dia usik macam ni memang selamatlah pinggang atau bahunya akan dicubit takpun kena hempuk pakai beg tangan gadis itu tapi hari ini mendatar dan tak ada reaksi langsung.
Razif juga ikut diam, hanya kedengaran suara deejay radio berceloteh sahaja tatkala itu.
" Kau fikir pasal penceraian kita ke? " tembak Razif, Arisya terkedu.
YOU ARE READING
Sekeping Hati Yang Terluka
Romance" It hurts when you try to make things right, and all that they can see in you is wrong. " - Arisya Delina Hidupnya hanya dihambakan pada kerja. Diabaikan oleh keluarga yang terlalu sibuk mengejar duniawi. Dia ibarat anak angkat kerana umi dan abah...