Arisya tiba dengan wajah ceria yang cuba berpura-pura selamba. Entah kenapa dia rasa seronok pula bila Razif cakap dia akan memasak. Yelah, kalau bubur yang biasa-biasa tu pun Razif buat sedap, makanan lain tak mustahil sedap gila kan?
Arisya terus keluar dari perut kereta meninggalkan beg di dalam Nissan Almera sebelum mendekati pintu rumah Razif, baru sahaja ingin mengetuk pintu itu namanya di pamit oleh seseorang. Arisya menoleh. Kelihatan Razif sedang duduk di laman rumah.
Arisya mendekati lelaki berhoodie hijau Army itu.
" Hai. " sapa Razif, dikoyak sedikit sahaja senyuman buat Arisya.
" Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. " balas Arisya panjang sebelum tertawa kecil. Razif menjeling.
Ingat deep ke?
" Jom ah masuk dalam, nak hujan ni . Nampak tu langit dah gelap. " ajak Razif bangun dengan tangan didalam saku hoodie dia bergerak masuk ke dalam rumah. Wajah Arisya berkerut.
Memanglah langit gelap. Kan malam?
Razif kena sampuk ke?
" Mengumpat akulah tu." kata Razif, Arisya tayang wajah pelik.
" Wow! Beef steak? Serius ah? " Arisya terus berlari anak ke ruang dapur. Dia dapat bau aroma daging yang dipanggang. Razif ketawa.
Ingat comel ke lari macam tu?
Sudahlah Arisya lari terkepit-kepit.
Nampak macam penguin.
" Makanlah. " pelawa Razif tertawa kecil melihat karenah Arisya. Arisya menganggukkan kepalanya.
" Saya makan dulu! " Arisya menadahkan tangannya membaca doa makan.
Razif diam, mata masih galak merenung setiap inci wajah Arisya yang sedang makan. Sesekali bibirnya mengoyak senyuman nipis.
" Apa pandang-pandang? Nampak ni?! " Arisya menunjukkan garfu di tangan dengan mata yang sengaja dikecilkan.
Razif diam sahaja sambil menongkat dagu memandang Arisya masih kusyuk dengan beef steak yang terhidang. Razif bangun, menuju ke peti sejuk lalu mengeluarkan bekas puding karamel. Piring kecil diambil lalu puding itu dipotong kemudian diletakkan dihadapan Arisya.
" Makanlah, aku tahu kau lapar. Makan slow-slow, takut aku tengok kau makan macam membela. " usik Razif dengan tawa bersisa namun seketika kemudian dia terdiam apabila mata Arisya menjelingnya tajam.
" Uish sedap gila! " Arisya menyudu lagi puding yang dipotong. Sedang enak menjamu selera tiba-tiba hidungnya dicalit karamel. Arisya angkat muka sebelum terdengar bunyi ketawa nakal yang terhambur dari bibir Razif.
" Berlengas lah! Ei dia ni. Nah ambik! " Arisya membalas pula, hujung jari yang bersisa karamel dicalit pada pipi Razif lalu dia ketawa.
" Eish makan comot macam budak kecil. " Razif bangun, dicalit karamel pada Arisya lalu mendekati gadis itu. Dagu Arisya dipegang oleh Razif. Arisya terkebil-kebil memandang Razif yang mendekatkan wajahnya pada Arisya sehingga dapat terasa hembusan nafas Razif menampar-nampar pipinya.
Arisya sekali lagi terkejut apabila bibirnya tiba-tiba dipagut lembut oleh Razif. Arisya kaku, tak menolak dan tak juga membalas. Apa yang dia tahu, Razif seakan menjilat bibirnya.
" Okey, dah tak ada karamel dah dekat hujung bibir kau. " Razif bangun menjauhi Arisya yang terkaku. Tawa besar yang terhambur dari Razif membawa kembali Arisya ke dunia nyata.
Terus dia mencebikkan bibirnya, Arisya bangun. Benci!
Kaki menapak menuju ke pintu keluar. Arisya menekup wajah, dia malu dan marah sebenarnya. Belum sempat pintu dikuak tiba-tiba pintu terkuak sendiri dari luar menampakkan seseorang yang sedang tersenyum manis. Wajah Arisya berubah begitu juga Razif.
" Hai Kak Risya. Welcome back! Akak buat apa dekat rumah suami saya malam-malam ni? " Sofiyah tersenyum sambil memegang hujung blaus yang dipakai. Jelas terukir senyuman senget di bibir merah jambu itu.
Arisya menunduk.
" Ya, maaf mengganggu. Saya minta diri dulu. " terus gadis itu berlalu. Arisya diam sahaja masuk ke dalam perut kereta.
Tiada riak sedih atau kecewa, hanya secebis renungan kosong sebelum dia meninggalkan kawasan rumah itu.
" Aku tak kisah asalkan dia bahagia walaupun bukan dengan aku. "
Terus Nissan Almera memecut laju kembali ke kediamannya. Dia tak peduli, biarlah apa nak jadi sekalipun lagipun dia dengan Razif selepas ini akan bercerai juga.
Biarkan segalanya berjalan menempuh waktu..
***
Maggi yang panas berasap-asap siap terhidang di atas meja kopi ruang tamu. DVD player ditekan, cerita The Meg dipasang. Arisya ikat tinggi rambutnya yang tak terurus. Seluar pendek paras pangkal paha ditarik sedikit. Dress malam yang jarang dikenakan. Biarlah lagipun dia tinggal seorang diri, dia nak tak pakai baju pun suka hati dialah!
Kuah maggi dihirup, fuh terangkat! Ini yang dikatakan nikmat dunia! Maggi yang kenyal, ditambah pula dengan hirisan cili potong berserta telur sebiji fuh sedap gila!
Aku lapar doh.
Arisya tiba-tiba menghentak sudu membuatkan air sirap yang berada di dalam gelas berkocak sedikit. Mukanya tegang sebelum tiba-tiba mangkuk maggi dijulang.
" Bapak sedap sia aku masak! Fuh boleh masuk masterchef ni! " Arisya ketawa sendiri.
Sebelum tiba-tiba wajahnya bertukar sugul dan suram.
" Razif anggap aku macam maggi hm.. bila susah baru cari. Dasar Raziful Kuddus Wassalam! "
Sekian..
Percayalah, ada hikmah yang sentiasa menanti disebalik ujian Yang Maha Esa. Tawakal, usaha dan sabar.
***
boleh aku tahu, pembaca buku ni dalam lingkungan umur berapa ya?
YOU ARE READING
Sekeping Hati Yang Terluka
Romansa" It hurts when you try to make things right, and all that they can see in you is wrong. " - Arisya Delina Hidupnya hanya dihambakan pada kerja. Diabaikan oleh keluarga yang terlalu sibuk mengejar duniawi. Dia ibarat anak angkat kerana umi dan abah...