Arisya menjeling pada Razif yang sedang meneguk air mineral. Usai meneguk air, Razif ketawa kecil.
" Tahulah aku hensem tapi tak payah jeling macam tu karang juling baru tahu. " kata Razif sambil ketawa melihat Arisya mengulum lolipop. Sudahlah pipi Arisya macam kuih pau hisap lolipop pula aduhai!
" Suka hati ayamlah nak juling ke nak buta ke apa ke, kacau life girlfriend awak ke? " sindir Arisya sinis. Dia baru teringat dia masih marahkan Razif terus sahaja dipetik nama Sofiyah.
" Kau tu tak ada life ke ungkit-ungkit pasal girlfriend aku? " Razif jongket kening, sengaja menyakitkan hati Arisya yang sudah sedia sakit.
" Apa awak fikir girlfriend awak Neelofa ke saya nak ungkit? " Arisya menyinis, senyuman senget dan sinis dia hadiahkan. Apa ingat tak reti?
" Tak cakap pun girlfriend aku Neelofa. " balas Razif tak mahu kalah memandang wajah selamba dan tenang Arisya.
" Tak suruh cakap pun. " balas Arisya mengangkat kening ala Elfira Loy.
" Tak payah suruh memang tak cakap pun. " balas Razif masih lagi tak mahu kalah.
" Oh ye ke? Tak tanya pun. " ujar Arisya sambil memandang kukunya. Wah gaya diva!
" Aku buat statement bukan pertanyaan. " Razif memasukkan tangan ke dalam poket.
" Oh ye eh? Tak tahu pun. " kata Arisya memprovok Razif. Razif terdiam, geram betul dia dengan Arisya. Memang takkan menang kalau lawan cakap dengan budak ni!
" Eh dah kalah? " sengaja Arisya tayang muka jengkel saja menaikkan amarah Razif.
" Kau balik sendiri. " kata Razif terus berlalu. Arisya sengih jahat, eleh memang dia datang sorang-sorang dan mestilah balik sorang-sorang lagipun dia bawak Nissan apa. Arisya pandang sahaja kelibat Razif sambil ketawa kecil.
Terus diloloskan diri ke dalam Nissan Almera usai membuang plastik 7 Eleven yang sudah kosong isinya. Kereta dihidupkan sebelum Nissan putih mutiara itu bergerak menyusuri lorong-lorong perumahan.
Razif terus berjalan kaki menuju ke lorong rumah mereka dengan perasaan sebal dan geram. Tanpa dia sedar dia sudah lalu lorong belakang iaitu tempat kebanyakan terdapat banyak pemabuk. Razif terus berjalan sambil mengomel, masih lagi tak puas hati dengan hal tadi.
Dan tanpa sedar, Razif sedang menuju ke kawasan sarang kaum India meneguk arak. Razif terkejut saat melihat seorang India mabuk memegang sebatang kayu. Razif buka ilmu pertahanan diri yang dia pernah belajar.
" Ai abang, lu mari tempat orang lu mau buat taik ka sini tempat? " tanya seorang lelaki India yang mabuk. Razif ketap bibir, satu yang dia risau ialah kayu itu buatnya kayu itu menghentak kepala dia memang kirim salam pada malaikat maut lah jawabnya.
" Aku tak kacau korang, tak payah kacau aku. " kata Razif keras, wajah dia merah menandakan dia marah apabila dikepung oleh lelaki India lingkungan pertengahan dua puluhan.
" Lu datang buat taik kata takdak kacau kami? Lu bodoh punya oranglah abang! " kaki Razif diselit, sempat Razif tumbuk seorang dua lelaki India di situ namun nasibnya agak malang apabila kepalanya dihentak oleh kayu.
Terus tumbukan Razif mula lemah sebelum dia dibelasah teruk oleh sekumpulan lelaki India itu. Arisya yang baru sahaja melalui lorong itu terkejut, terus sahaja dia keluar dari kereta dengan telefon bimbit di tangan.
" Hoi! " Arisya bersuara sedikit kasar.
" Lu akak manis, mau backup lu punya husband ka? Wa banyak sweet ah kamu! " kata seorang lelaki India bertepuk tangan.
Arisya mendekat lalu dipegang tangan Razif supaya lelaki itu bangun.
" Baik korang lepaskan dia kalau tak.. " belum sempat kata-kata Arisya habis ditutur, satu tangan hinggap pada pipi gadis itu.
Pecah hujung bibir Arisya ditampar kuat oleh seorang lelaki India yang mabuk.
" Kalau tak aku telefon polis. Baik blah sekarang sebelum aku telefon polis. " ugut Arisya. Sempat sebuah tendangan dia beri pada lelaki yang menampar dia tadi.
" Okey akak okey, kami blah. " sekumpulan lelaki India itu terus berlari lintang-pukang apabila Arisya mengangkat telefon bimbit miliknya.
" Awak okey tak ni? " tanya Arisya memapah Razif ke kereta.
" Kau nampak aku okey ke? " tanya Razif sedikit bengang.
" Eleh marah, marah. Tinggal sini padan muka! Tu lah, tinggalkan saya lagi ni Allah bayar cash! " kutuk Arisya sebelum membantu Razif masuk ke tempat sebelah pemandu.
Razif diam sehinggalah masuk ke dalam rumah, Arisya dudukkan Razif di atas sofa sebelum dia berlari ke dapur dengan bungkusan ais dan sapu tangan yang dibasahkan juga dicapai kotak ubat. Arisya terus menghampiri Razif yang memegang pipi terasa sengal.
" Meh sini nak buat, duduk diam-diam kalau tak saya tekan tempat luka tu biar padan muka awak! " ugut Arisya. Razif mencebik, nasiblah dia sakit kalau tak memang dia dah geletek Arisya sampai bergolek bawah singki. Tengoklah nanti!
Arisya memandang pipi Razif yang bengkak, terus sahaja dia tuamkan bungkusan ais berbalut kain itu pada tempat lebam itu. Mengaduh Razif sejuk dan sakit. Tanpa bicara, Arisya terus pula mengelap kesan darah di hujung bibir Razif.
Dan tanpa disedari, Razif sibuk merenung wajah Arisya yang tekun membuat kerja membersihkan lukanya. Ubat berangin yang Arisya selalu guna untuk letak pada bekas pecah bibir, dia sapukan perlahan-lahan di hujung bibir Razif.
Alah, Arisya kan selalu makan pelempang. Kadang-kadang tangan abah, kadang tangan umi. Yelah pipi dia kan dah tertulis ' Sila lempang ' jadi bagi tak mahu pipi dia herot ataupun luka, dia belilah ubat berangin jenama apa entah bagi menghilangkan rasa sakit di dalam pipi.
Usai menyapu ubat berangin tu, terus Arisya lap lembut wajah Razif yang kotor dengan kesan luka dan tanah itu. Sapu tangan basah itu dilap ke atas wajah Razif yang terkesan sedikit cela itu. Arisya terus mengubati kesan luka di wajah Razif dan langsung tak hiraukan mukanya juga terdapat luka.
Bagaikan dipukau, Razif angkat tangannya perlahan lalu menyentuh pipi Arisya. Terkesima gadis itu seketika, Razif memandang kesan luka di hujung bibir Arisya, dia baru teringat tadi Arisya juga dilempang kuat.
Kesan luka itu diusap dengan perlahan oleh tangan kasar Razif. Arisya diam tidak berkutik, hanya membenarkan tangan itu menyentuh luka hujung bibirnya. Razif pandang tangan Arisya yang sedang memegang sapu tangan lalu kain sapu tangan itu di ambil.
Kain sapu tangan itu, Razif lapkan perlahan luka di hujung bibir Arisya. Lembut sahaja pergerakannya. Ubat berangin yang Arisya letak padanya itu dibuka sebelum disapu sedikit pada kesan luka di bibir Arisya.
" Ssst, pedih.. " kata Arisya berdesit pedih. Berangin dan pedih!
" Sorry, sebab aku kau kena sekali. Sorry eh. " kata Razif senyum tipis.
" Memang salah awak pun, nasib baik mengaku. Saya baru fikir nak tumbuk awak. " kata Arisya loyar buruk.
" Sempat lagi. Dah pergilah buka tv, aku nak apply ice ni. Dahlah sejuk nak mampus. " kata Razif Arisya senyum.
if it doesn't burn a little then what's the point of playing with fire
***
YOU ARE READING
Sekeping Hati Yang Terluka
Storie d'amore" It hurts when you try to make things right, and all that they can see in you is wrong. " - Arisya Delina Hidupnya hanya dihambakan pada kerja. Diabaikan oleh keluarga yang terlalu sibuk mengejar duniawi. Dia ibarat anak angkat kerana umi dan abah...