Bab 47

26.1K 984 29
                                    

" Aku benci kau, disebabkan kau aku jadi macam ni. Kau sukalah kan aku cacat!? Senang kau nak sakitkan hati aku! Aku bencikan kaulah!? Ceraikan aku!? " Arisya Delina menyinga, memandang sinis pada Razif yang berdiri tanpa reaksi.

" Mengucap Arisya mengucap! Aku tak pernah ajaq hang cakap lagu tu dengan laki hang! " celah Maktok, Arisya mendengus.

" Macam ni maktok kata suami?! Persetankan suami tu!? Dia dah ada perempuan lain, suami apa macam ni!? " Arisya hilang pertimbangan, wajah Razif dipandang geram.

" Arisya Delina!? " suara Encik Azri naik satu oktaf.

" Apa!? Abah nak cakap semua ni salah orang!? Abah, orang benci dialah!? Suruh dia ceraikan orang abah, orang dah tak mampu hadap wajah dia!? Pergi mampus!? " Arisya mendengus geram sebelum kembali berselubung di dalam selimut.

" Abah, maafkan Raz. Umi maafkan Raz. Maktok Raz minta maaf. Baiklah, kalau itu yang kau nak Arisya Delina. Aku akan buat, cukuplah kau hina aku . Cukup Arisya cukup. " Razif mengeluh kesal.

" Pilihlah kau nak talak berapa? " soal Razif mendatar. Arisya tersenyum sinis di balik kain selimut.

" Talak tiga! Baguslah, ni yang kau pun nak kan! Aku ada sekarang bersaksikan semua orang dalam wad ni, lafazlah cepat! " cabar Arisya sinis. Puan Asyikin sudah menangis, sedih melihat rumah tangga si anak yang bakal hancur bila-bila masa. Bukan ini yang dia harapkan.

Dia harapkan perjalanan kisah cinta yang sama macam kisah novel, yang pasti ada pengakhiran yang manis. Tapi kenapa lain yang jadi? Dalam novel selalunya kahwin tanpa cinta boleh bahagia tapi kenapa begini pengakhirannya. Dia tak sanggup. Salahkah percaturan yang dia aturkan buat Arisya dahulu?

Ya Allah, aku mohon petunjukMu.

Razif beristighfar dalam hati, masih berbelah bahagi dengan keputusan yang bakal dikecapi ini. Ya Allah, betulkan pilihanku ini Ya Allah?

" Arisya Delina Mohd Azri. " Razif melafaz dengan terketar-ketar. Tangannya mengenggam kuat kedua belah tangan. Ya Allah aku mohon petunjuk dariMu. Jika benar ini pilihan yang tepat, aku mohon kau redakan hati ini Ya Allah.

Aku masih keliru dengan perasaan ku Ya Allah, betulkah langsung tiada perasaan ku buatnya Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Kau bukakanlah hatinya untuk redha dengan segalanya Ya Allah.

" Aku cer- "

" Ya Allah hangpa berdua ni dah tak ada otak ka? Astaghfirullahalazim! Mengucap Razif mengucap. Cerai bukan boleh dibuat main Razif oi! Hang Arisya, dia suami hang. Berdosa hang tinggikan suara hang dekat dia. Ya Allah apa nak jadi dengan budak-budak ni, Allahuakbar! " maktok mencelahnamun seketika kemudian tubuh maktok longlai melorot jatuh ke bawah.

" Allahuakbar ! Mak bangun mak! Bangun mak! " Encik Azri memangku kepala maktok manakala Puan Asyikin bangun memanggil doktor bertugas.

" Maktok jangan tinggal Risya maktok! Jangan tinggal Risya maktok! " Arisya meraung saat tubuh maktok diangkat ke atas strecher menuju ke kecemasan.

" Maktok!!" Arisya meraung, Razif memeluk erat tubuh itu. Arisya memukul kuat belakang tubuh Razif. Meronta-ronta dia di dalam pelukan Razif.

" Maktok Razif maktok! " Arisya meraung kuat langsung tak pedulikan tulang rusuk kanannya yang masih belum pulih. Dia terus duduk meraung dan menangis memanggil maktok. Puan Asyikin dan Encik Azri sudah keluar ke kecemasan bersama Harris dan Harraz.

" Dah Arisya, ingat kau pun belum pulih. Kau tenangkan diri dulu nanti aku bawak kau jumpa maktok. " kata Razif memujuk.

" Aku tak perlukan simpati kaulah bodoh! Blah! " Arisya menolak tubuh Razif sebelum berbaring dan berselubung di dalam selimut.

Razif meraup wajah.

Kenapa berat sangat ujian kau tabur buat isteriku Ya Allah?

***

Sebulan berlalu, suasana rumah dua tingkat itu sunyi sepi tanpa sebarang bunyi. Sepi membisu bagaikan tiada seorang manusia di dalamnya. Sebulan sudah berlalu namun Arisya masih sama. Hilang tawa manjanya, hilang wajah ceria itu bagaikan mengikut pergi bersemadi bersama arwah maktok.

Puas Razif berusaha memujuk hati Arisya namun masih sama, Arisya bagaikan bisu. Tiada suara yang keluar, hanya esak tangis kadang-kadang menemani gadis itu. Dia bagaikan hilang rasa gembira dalam dirinya.

Arisya menjadi pendiam, cepat marah sejak peristiwa sebulan lalu. Dipujuk oleh Shamim dan Nazrin pun masih sama keadaannya. Pemergian maktok bagaikan memberi impak besar kepada diri Arisya. Sebulan dia langsung tak mahu keluar rumah menunjukkan wajah.

Hanya keluar sekadar membuat fisioterapi dan pemeriksaan di hospital. Arisya bagaikan hidup dalam kemurungan. Hidupnya yang dulunya ceria namun sekarang hidupnya seperti kanvas hitam putih.

Kosong tanpa corak, sepi tanpa seri. Arisya memandang kosong kawasan laman. Dia menolak sedikit kerusi rodanya. Sudahlah lumpuh, patah tulang rusuk pula. Kau memang tak ada guna dan menyusahkan orang Arisya!

Arisya menolak kerusi rodanya mendekati kolam renang yang tenang tanpa sebarang kocakan air. Dia mengetap bibirnya sebelum menolak kerusi roda dekat dengan tebing kolam.

Kau tak ada guna dah Arisya!

Suara-suara negatif kedengaran lagi. Arisya memejamkan matanya, air mata mengalir setitis demi setitis membasahi pipi bersihnya.

Kau cacat Arisya!

Kau hina!

Tak ada orang sukakan kau!

Bush!

Kerusi rodanya tenggelam masuk ke dalam kolam. Arisya memejamkan matanya, biarlah dia mati. Dia penat.

Allah beri dugaan begitu berat buatnya.

Cacat dan hilang orang yang dia sayang dalam masa yang sama.

Tenggelam timbul tubuh Arisya. Terbatuk-batuk dia apabila air menyerbu ke muka. Dia cuba mengerakkan kaki namun malangnya tiada apa yang berubah. Kau memang tak ada guna Arisya! Cacat! Bodoh!

Arisya pejamkan mata. Biarlah semuanya berjalan merempuh waktu. Biarkan.

Dan akhirnya dunianya kelam dan kosong. Terasa dirinya makin tenggelam ke bawah.

Aku redha dengan segalanya.

" Sungguh aku benar-benar mengadu akan susah dan sedihku kepada Allah. "

Surah Yusuf : 86

***

Sekeping Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now