Penuh susah payah Arisya jalan sekeliling Cold Storage. Dengan kaki sakit, tapi nasib baik Razif ada. Kadang-kadang lelaki itu akan datang dan pegang pinggangnya untuk menampung dirinya. Usai sahaja memborang di dalam pasaraya itu, Razif terus membantu Arisya masuk ke kereta.
" Ayam tiga ekor, sosej tiga pek, udang sekilo, sotong sekilo dengan ingredients untuk sos blackpepper. " beritahu Razif.
" Banyaknya. " kata Arisya sambil menghisap lolipop Chupa Chup berperisa strawberi susu.
" Dekat rumah pun bukannya sikit orang, abang Razin tu makan macam bela saka kau tahu tak. " kutuk Razif selamba meloloskan diri ke dalam perut kereta Nissan.
" Baguslah, satu geng dengan Abang Ris dengan Raz. " kata Arisya, masak sangat dah dia dengan perangai adik dan abangnya itu. Seorang akauntan, seorang lagi student mechanical engineering tapi perangai macam tiga suku!
" Ada nak pergi mana lagi ke? " tanya Razif apabila mereka berhenti di kawasan lampu isyarat.
" Pemanggang ada ke tak dekat rumah? " tanya Arisya masih lagi obses dengan lolipop.
" Ada rasanya, dalam stor belakang. " balas Razif.
" Okey. " suasana canggung walaupun radio dipasang.
Nissan Almera Arisya bergerak di atas jalan raya saat lampu isyarat bertukar warna. Arisya pula sudah sibuk beralih pada aiskrim sandwish yang dia beli tadi. Razif hanya menjeling di sebalik Ray Ban yang dipakainya.
Akibat terlalu leka memandang Arisya, Razif tak sedar ada lampu merah lagi di hadapan sehinggalah Arisya terjerit kecil sebab kereta di brek mengejut. Sempat Razif tahan tangannya di hadapan Arisya kalau tak memang dahi gadis itu akan selamat mencium dashboard.
" Kau okey tak? Sorry sorry, sumpah aku tak perasan. " kata Razif agak kalut.
" Awak kalau nak sibuk teringatkan girlfriend awak baik tak payah drive. Bahaya tahu tak! " tempelak Arisya melulu dengan perasaan geram. Sudahlah aiskrim sandwish miliknya sudah jatuh ke bawah. Habis kotor dan tak boleh dimakan.
" Kalau aku teringatkan girlfriend aku pun, ada masalah ke dengan kau? " balas Razif bengang. Sesuka hati ayam sahaja Arisya tuduh dia.
" Adalah, kalau dahi saya terhantuk dekat dashboard awak boleh ke ganti dengan dahi girlfriend awak? Takkan? So fokus lah masa drive. " balas Arisya agak datar. Aiskrim sandwish dia! Huwaaaa!
Razif diam, dia malas mahu berbalah sebabnya gadis ini memang takkan mengalah. Suasana kembali canggung. Arisya masih terkenangkan aiskrim sandwish nya yang jatuh. Sudahlah dia berhajat beli satu je tadi. Nampak sangat tak ada rezeki.
Sampai sahaja di rumah, Arisya keluar dengan menjinjing beg berisi peket sosej. Terkial-kial dia memasuki rumah namun beg itu dirampas Razif yang selamba menonong masuk ke dalam. Arisya ketap bibir, nasib kaki aku sakit tau! Kalau tak dah lama bagi flying kick!
Puan Durani yang berada di dapur pandang pelik, begitu juga dengan Puan Asyikin. Arisya terus menuju ke tingkat atas selepas meminta diri. Arisya masuk ke dalam biliknya. Dia duduk di atas katil.
" Huwaa, nak aiskrim sandwish!! " rungut Arisya sambil menanggalkan tudung bawal yang dipakainya.
Arisya menukar pakaian yang lebih sopan dan santai, sehelai t-shirt hitam berjalur putih dan seluar track Adidas berwarna hitam. Tak lupa juga tudung kembali disarung memandangkan abang iparnya berada di bawah.
Usai menukar pakaian, Arisya perlahan-lahan turun ke tingkat bawah. Dapat dia lihat papa dan abahnya sedang menonton televisyen. Langkah diatur berhati-hati namun Arisya tetap Arisya. Clumsy dan cuai tetap sebati dalam diri Arisya, dia hampir sahaja tergolek ke bawah selepas tergelincir di anak tangga kedua paling atas.
YOU ARE READING
Sekeping Hati Yang Terluka
Roman d'amour" It hurts when you try to make things right, and all that they can see in you is wrong. " - Arisya Delina Hidupnya hanya dihambakan pada kerja. Diabaikan oleh keluarga yang terlalu sibuk mengejar duniawi. Dia ibarat anak angkat kerana umi dan abah...