Arisya mengesat air mata yang berlinangan usai membaca surah Yasin. Razif mengusap kepala si isteri sebelum bangun menyerahkan jag air pada Arisya. Gadis itu menyambut huluran Razif sebelum perlahan-lahan menjirus air mawar ke atas pusara arwah maktok. Tangan naik menyeka titisan jernih yang membasahi pipi.
" Maktok.. Risya rin-du.. " Arisya memeluk lutut memandang pusara yang masih merah tanahnya. Razif mengusap lembut bahu si isteri tanda memujuk.
" Semoga maktok tenang disana, Risy min-ta maaf. " terketar-ketar suara Arisya menahan sebak di dada. Razif bangun melipat tikar yang dibawa. Jag kaca dipegang serta surah Yasin.
Tangan Arisya ditarik untuk beredar dari perkarangan kubur menuju ke kereta Audi yang terparkir di tepi jalan. Bahu Arisya dipeluk erat sebelum menolak gadis itu masuk ke dalam perut kereta. Usai meletakkan Arisya di tempat bersebelahan pemandu.
Razif melucutkan songkok yang dipakai, rambut diraup kasar. Baju melayu kelabu yang dipakai bersama jeans biru denim, ditepuk sedikit menghilangkan debu duduk di kubur tadi lalu masuk ke dalam perut Audi.
Suasana sepi saat kereta mula bergerak laju di atas jalan raya. Razif koyak segaris senyuman semasa mengerling Arisya di sebelah. Jelas gadis itu masih termenung di dalam dunianya sendiri tanpa sedar mereka sudah sampai di depan sebuah padang sekolah.
" Kita dah sampai." Razif keluar dari kereta meninggalkan Arisya yang terpinga-pinga.
" Dekat mana ni? "
" Cuba tengok betul-betul dekat mana. " Razif melirik mata nakal pada Arisya yang baru keluar dari perut kereta. Kain baju kurung berwarna kelabu yang senget itu dibetulkan sedikit.
" Sekolah kita." ucap Arisya hairan melihat wajah Razif.
" Jom! " Razif menarik lengan Arisya sebelum menuju ke pondok pengawal meminta kebenaran untuk melawat sekolah menengah mereka. Disinilah segalanya bermula.
Usai melepasi pondok pengawal, mereka melangkah masuk ke bawah bumbung alur menuju ke bangunan utama. Razif berdiri di tengah laluan alur itu sebelum berkata.
" Dekat sinilah Risy selalu lalu dulu, Zif perhati je budak yang lalu dekat sini masa balik. Herh dahlah muka sombong gila, tak toleh dah kiri kanan. " kata Razif, Arisya ketawa. Benar kata Razif, dia kalau lalu masa pagi-pagi datang sekolah muka mesti serius habis haha.
" Jerh dahlah stalk orang, tak malu! " Arisya jelir lidah, Razif mencebik. Mereka melintasi surau al-Bukhari.
Kemudian mereka masuk ke foyer pejabat. Mereka melintasi kawasan pejabat, bilik kaunseling dan bilik disiplin di situ lalu Razif berdiri pula di hadapan kerusi batu di tengah foyer pejabat itu.
" Dekat sinilah Zif selalu nampak Risy datang tengok cikgu relief lepas tu asal nampak nama Cikgu Rogayah Ronggeng je dekat sini muka mesti happy habis . " kata Razif sebelum jari naik menunjuk pada papan kenyataan di sebelah pintu pejabat. Arisya ketawa lagi, ye benar belaka.
Rindu pula pada Cikgu Rogayah atau lebih terkenal dengan nama Rogayah Ronggeng, dia ingat lagi Salsabella yang beri nama glamor buat bekas guru disiplin itu.
Mereka bergerak lagi ke tengah tapak transformasi iaitu tempat semua murid berkumpul untuk perhimpunan pagi.
" Dekat sinilah Risy selalu jalan, satu nak tengok budak junior yang comel satu lagi nak tengok Zif datang ke tak. " beritahu Arisya jujur. Razif pula ketawa. Comel!
YOU ARE READING
Sekeping Hati Yang Terluka
Romance" It hurts when you try to make things right, and all that they can see in you is wrong. " - Arisya Delina Hidupnya hanya dihambakan pada kerja. Diabaikan oleh keluarga yang terlalu sibuk mengejar duniawi. Dia ibarat anak angkat kerana umi dan abah...