Bab 46

26.8K 952 88
                                    

Bunyi mesin denyutan nadi kedengaran tenang. Razif terpisat-pisat bangun dari tidurnya di sisi katil Arisya. Tubuh itu masih kaku tidak bergerak sejak tiga hari yang lalu. Selepas kejadian kemalangan ngeri tersebut, Arisya masih tak sedarkan diri. Razif memandang sekeliling sebelum bangun mencuci muka di dalam tandas.

Usai keluar dari tandas tiba-tiba mata Razif tertumpu pada jari Arisya yang kelihatan bergerak-gerak. Dan ketika itu juga pintu dikuak dari luar, pudar senyuman Razif melihat kelibat Shamim bersama sejambak bunga carnation.

" Assalamualaikum. " ucap Shamim terus menukar bunga carnation yang sudah layu di dalam pasu.

Razif sekadar menggumam salam yang dijawab.

" Masih tak sedar? " soal Shamim namun dibalas sinis oleh Razif.

" Kau nampak dia dah sedar ke belum? " sinis sahaja balasan Razif dengan senyuman yang terukir mengejek.

" Lek la bro. " Shamim tersenyum sinis, aura baiknya hilang bila berdepan dengan lelaki bernama Razif Amirul ini.

" Untuk pengetahuan kau, aku akan fight untuk apa yang aku nak jadi kau jagalah dia elok-elok sebelum aku dapat dia. " Shamim tersenyum sinis kemudian melanggar kasar bahu Razif yang sudah menyinga.

" Bye bye Abang Razif. " Shamim sengaja menekan perkataan abang itu untuk menyakitkan hati Razif yang semakin terbakar.

Buk!

Ditampar kasar permukaan meja yang berada di situ. Baru sahaja ingin menampar sekali lagi permukaan meja pintu dikuak dari luar dan muncul pula wajah Nazrin Hakim dengan sejambak bunga lily. Sekali lagi Razif merengus.

" Kalau dia dah sedar, kirimkan salam abang dekat dia. Abang tak boleh lama. Jaga dia elok-elok ya Razif. " Nazrin senyum pada Razif yang tak memberi sebarang respons.

Nazrin terus beredar.

Dan dengan itu pintu dikuak lagi selepas Nazrin beredar. Razif menoleh sebelum tersenyum hambar pada Dani yang tersenyum.

" Sorry bro, aku baru tahu. Arisya tak sedar lagi? " soal Dani melabuhkan duduk usai menghulurkan buah tangan yang sempat dibeli sebelum datang ke sini tadi.

" Ha'ah, dah tiga hari dia tak sedarkan diri. Kau dari mana? " tanya Razif meraup anak rambut yang jatuh.

" Dari Dia aku datang dan kepada Dia aku pergi. Ha deep tak? " tersengih-sengih Dani sebelum menerima tumbukan percuma pada bahu kiri.

" Bodohnya sampai ke tulang. "

" Wei sebelum kau kutuk aku lebih jauh siapa lelaki-lelaki yang masuk dan keluar tadi? " soal Dani melabuhkan duduk di sisi Razif yang masih termenung, dah macam orang mental koyak.

" Yang mana satu? "

" Yang keluar sebelum aku masuk tu. " Dani merujuk pada Nazrin.

" Yang tu abang sepupu Arisya. "

" Fuyooo abang sepupu! Entah-entah kekasih gelap dia pfft BAHAHAHAH. " Dani sakai sekali lagi diberikan tumbukan percuma pada bahu kanan pula sebelum membuat muka toya.

" Abang sepupu jelah. " Razif mencebik, menyampah dengan kenyataan yang keluar dari mulut Dani.

" Yang lagi seorang tu bukan Shamim Chuan? " Dani menyoal dan Razif hanya mengangguk namun melihat wajah Dani melopong, Razif menyoal kembali.

" Kau apa hal? "

" Kau tak kenal Shamim Chuan? " Dani kembali menyoal dan Razif pantas menggelengkan kepalanya.

" Dia tu CEO syarikat publisher terkenal kau tau tak, dah banyak syarikat publisher dia dekat Malaysia ni. Dia pernah kena gosip dengan Neldaiya Samrose dulu. Bukan setakat tu je sebelum jadi CEO, dia seorang photographer terkenal. Sekarang dia buka restoran pulak. Tambah lagi dia dapat title talented and handsome , memang ramai perempuan minat dia. Dahlah hensem, kaya, talented semualah. Kau dengan dia memang kalah bro. " cerita Dani bersungguh-sungguh.

" Huh, dia tak cukup famous untuk aku kenal. " Razif memalingkan wajah.

" Memang pakej lengkap ah dia tu, kau dengan dia, kau tahap pelakon extra je, dia main cast . " Dani menambah sengaja mahu mengapi-apikan Razif.

" So, aku nak tanya apa hubungan dia dengan Arisya. " soal Dani lagi.

" Not sure tapi Shamim tu ada warning aku dia nak rampas Arisya balik. " balas Razif dengan muka keliru.

" Bapak ah? Serius ah kau? So maknanya dia tu ex boyfriend Arisya? Biar betul kau? " terbuntang mata Dani, laku jugak bini Razif ni nampak selebet je. Ni kalau Razif dengar mampus aku kena bambu. Getus hati Dani.

" Impossible. "

" Ewah, kau fikir bini kau tak laku? " Dani tertawa kecil. Razif melepaskan keluhan berat.

" Bukan bosku. "

" Masak kau bro kalau betul Shamim tu nak rampas Arisya. " Dani mula serius.

" Asal pulak? "

" Wei Shamim Chuan tu sepuluh kali ganda berbanding kau kot. "

" Wah kau hina aku? " Razif menjegilkan matanya memandang Dani yang tersengih macam kerang busuk.

" Bukan bodoh, maksud aku. Kau dengan dia memang tak setanding. Dia stok-stok hero, kau tu extra cast je. " jelas Dani, Razif mencebik geram.

" Pandailah kau, suka hati bodokan-"

" Wei Razif! " Dani berkata lantang merujuk kepada mesin denyutan nadi yang berombak.

" Nurse! Nurse! " terus Dani keluar memanggil jururawat yang bertugas.

" Encik berdua boleh keluar sekejap, kami nak buat pemeriksa ke atas Puan Arisya. " arah doktor, Dani menarik Razif keluar.

20 minit berdiri diluar akhirnya doktor dan para jururawat keluar.

" Saya ada good news dan bad news untuk encik Razif. " wajah doktor yang memakai tag nama Anisa memandang Razif serius.

" Apa dia, doc? "

" Good news nya, Puan Arisya dah sedar. " beritahu Doktor Anisa

" Alhamdulillah syukur, jadi bad news nya? " Razif meraup wajah.

" Puan Arisya disahkan lumpuh separuh badan dari pinggang ke bawah dan patah tulang rusuk kanan disebabkan tersepit di dalam kereta. " Razif tergamam mendengar kenyataan dari doktor itu. Dani mengucap panjang.

" Encik boleh masuk lawat dia. " Razif terus menerpa, usai masuk dia terpana melihat Arisya yang teresak-esak menangis.

" Kenapa dengan kaki aku!? Kenapa tak boleh bergerak!? " tengking Arisya kuat memenuhi ruang wad. Razif terkejut. Arisya teresak-esak.

" Jawablah bodoh! Kenapa kaki aku tak boleh gerak!? Kenapa aku tak rasa kaki aku!? Kenapa!? " Arisya menangis melihat kakinya yang kaku. Razif terdiam, terasa dengan layanan Arisya ke atas dirinya.

" Kalau tak disebabkan kau semua ni takkan jadilah!? Berambus!? Aku benci kau!? Berambus!? " Arisya melempar bantal-bantal yang ada dengan tangisan masih bersisa.

" Keluarlah bodoh! Keluar!? Aku benci tengok muka kau!? Benci!? " Arisya hilang kawalan, dia terus meracau.

" Kita keluar dulu Raz! Bagi dia masa Raz untuk telan kenyataan pahit ni." Dani menarik tangan Razif untuk keluar dari ruang wad.

Razif diam, masih tak mampu menelan kenyataan berat ini.


I never gave up on us.


***

Sekeping Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now