Arisya menyalami tangan ibu bapa mertuanya. Dia bercadang mahu masuk kerja selepas makan tengah hari begitu juga dengan Razif sebab ingin makan bersama ahli keluarga yang lain. Tapi sayangnya Abang Harris terpaksa balik awal atas urusan kerja, Harraz pula tiba-tiba profesor universiti mengadakan kelas yang ditangguh tempoh hari.
Kak Syuhaila dan Abang Hanif pula terpaksa juga balik awal kerana ingin ke Pahang menjenguk nenek Abang Hanif yang sedang uzur. Makanya hanya mereka berdua, mama, papa dan Kak Nadilah. Abah dengan umi juga meminta diri pulang awal sebab hari ini umi perlu menghadiri mesyuarat jawatankuasa taman.
Siapalah yang bijak bestari buat mesyuarat pagi-pagi begini?
Manakala Abang Razin memang sudah maklum awal-awal yang dia akan terus bergerak ke Brunei dari rumah Razif dan Arisya atas urusan kerja. Yelah masing-masing pun datang masa hari tidak cuti kemudian kelam-kabut lah susun balik perancangan harian.
" Mama dengan papa balik dulu. Ada masa kami datang lagi, seronok tengok kamu berdua bahagia padahal kahwin baru tiga minggu. " seloroh Puan Durani. Arisya hanya mampu tarik segaris senyuman manis.
Razif senyum tipis usai menyalami tangan mama dan papa sebelum terus berlalu masuk ke dalam rumah. Dia seolah-olah tidak ambil kisah.
" Okey adik akak, akak balik dulu! Nak tips malam pertama roger roger ya! See yaa. Bubye! " kata Nadilah ceria menggosok kepala adik iparnya. Arisya ketawa, Nadilah memang sporting habis!
Keluar sahaja kereta Toyota Vios dari pekarangan rumah, Arisya terus menapak masuk. Dia lihat Razif masih selamba menonton movie. Entah apa yang menarik sangat dia tak tahulah, Arisya jeling sekilas Razif yang bermain pula telefon bimbitnya.
" Tak pergi kerja lagi ke? " tanya Arisya memecah kesunyian.
" Awal lagi, lagipun aku tak ada apa-apa urgent meeting hari ini. " balas Razif leka dengan telefon bimbit. Siapa lagi! Mesej teman wanita dialah tu!
" Ikut suka hati andalah. " Arisya julingkan mata ke atas.
Arisya terus mengatur langkah je tingkat atas, dia juga tak ada benda urgent nak buat hari ini tapi dia tak mahu tinggal dalam rumah ni lama-lama dengan Razif takut dia terkam Razif pulak heh gatal kau Arisya!
Terus sahaja dicapai sehelai seluar slek hitam bersama blaus biru berkotak jalur putih lengan panjang. Usai memakai tudung, Arisya terus capai beg tangan miliknya lalu kaki diatur turun ke tingkat bawah.
Tanpa sepatah kata, Arisya menonong sahaja ke pintu keluar namun tindakannya terbantut apabila dia dipanggil oleh Razif. Dengan perasaan sebal Arisya menuju ke arah Razif.
" Kenapa? "
" Minggu depan free tak? " tanya Razif pada Arisya yang sudah duduk di hadapannya.
" Tak sure, kenapa? " soalan berbalas soalan. Arisya pandang Razif hairan, jangan cakap dia nak ajak aku date pfft dalam mimpi lah Arisya. Daripada dia ajak kau baik dia ajak girlfriend dia. Perh kejam statement. Hah sudah! Arisya melalut!
" So make sure, kau kosongkan semua appoinment dengan klien lagipun sekarang ni bukan musim orang kahwin takkanlah ramai sangat nak guna photographer. " kata Razif sambil tersenyum kecil melihat wajah Arisya yang berubah.
" Awak tengah kutuk kerjaya saya ka macam mana? " tanya Arisya tak puas hati. Aku debik jugak dia ni!
" Maybe, make sure eh minggu depan kau free. " kata Razif kembali serius.
" Dia ingat team aku tangkap gambar kahwin je kot. Nak buat apa minggu depan? " soal Arisya ingin tahu. Entah-entah dia nak ajak pergi mahkamah failkan penceraian tak?
YOU ARE READING
Sekeping Hati Yang Terluka
Romance" It hurts when you try to make things right, and all that they can see in you is wrong. " - Arisya Delina Hidupnya hanya dihambakan pada kerja. Diabaikan oleh keluarga yang terlalu sibuk mengejar duniawi. Dia ibarat anak angkat kerana umi dan abah...