Bab 31

24.1K 1.1K 63
                                    

Dua hari berlalu, Arisya duduk di atas kerusi batu di Taman Botani. Memandang keadaan sekeliling yang mula penuh dengan orang ramai. Sesekali matanya meliar mencari batang tubuh Razif yang masih ligat berjoging. Arisya memandang pula skrin telefon bimbit Oppo miliknya. Reminder yang keluar dipandang sepi.

|| Two days before divorce registration. ||

Arisya pandang sepi sahaja reminder yang keluar. Senyuman nipis diukir, ya nak tak nak kau kena hadap benda ni Arisya. Perkahwinan tetap akan berakhir sekalipun benda ni akan memalukan keluarga dia sendiri.

Tanpa sedar, mata Arisya berkaca-kaca namun nampak sahaja kelibat Razif terus air mata dikesat kasar dan laju. Senyuman manis paksa diukir pada bibir.

" Dah pancit? Tu la kau bela lemak banyak, joging dua round pancit. " kata Razif termengah-mengah sambil meneguk air mineral yang baru dirampas dari Arisya. Arisya menjeling.

" Air saya kot, nak bawaklah sendiri. " bentak Arisya sengaja menaikkan mood menyakat.

" Hurm, tinggal kau dekat sini kang. " ugut Razif dengan senyuman senget menghiasi muka.

" Buatlah, babap kang haa.. " Arisya sengih mengusik dan dibalas pandangan pelik dari Razif.

" Jom, kau tinggal sini. " kata Razif terus berjalan, Arisya terkejut lantas mengejar langkah Razif.

" Awak.. " pamit Arisya berlari-lari anak.

" Razif! " tiada sahutan.

" Razif Amirul boxer kaler-kaler! " terus Razif menoleh dengan jelingan tajam dihadiahkan kepada Arisya yang ketawa kecil.

" Merajuk ke? " Arisya berjalan seiring dengan Razif.

" Elelele merajuk la pulak. " Arisya sengih-sengih memandang wajah cemberut Razif. Ee masam! Macam cuka nipah!

Arisya ligat menyakat dan memujuk Razif yang sudah masam mencuka dan mereka sedang menuju ke sebuah curam bukit kecil. Razif terus berjalan turun ke bawah tanpa menghiraukan Arisya yang cuba memujuknya. Namun tiba-tiba terasa ada tangan melingkar melilit pinggangnya dari tepi.

Dan Razif nampak wajah Arisya betul-betul dekat dengannya. Arisya memejamkan mata sambil memeluk erat batang tubuh Razif turun ke curam itu. Walhal curam itu tak adalah bahaya sangat.

Razif terpegun, hati berdetak laju dari biasa. Terkejut dipeluk secara tiba-tiba sebegitu. Sampai sahaja di bawah, Arisya terus melepaskan pelukan dengan wajah yang berbahang .

" Asal peluk aku? " tanya Razif tanpa berselindung. Dia pelik juga kenapa tiba-tiba sahaja Arisya memeluk dirinya dari tepi.

" Takutlah, curam kot. Karang saya jatuh tergolek golek, siapa susah? Awak juga hehe. " Arisya senyum janggal sebelum memandang hujung kasut sukan yang dipakai. Dalam diam, Razif ukir senyuman segaris.

" Razif! " pamitan dari seseorang menyentak hati Arisya, dia kenal benar dengan suara itu.

" You buat apa dekat sini? " tanya Razif dengan segaris senyuman manis. Sofiyah tersenyum manis memandang Razif dan Arisya. Arisya pula sudah tersenyum janggal.

" I datang jumpa klien dekat sini, you pulak? Joging dengan Kak Risya? " tanya Sofiyah, matanya melirik sekilas wajah Arisya.

Sekeping Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now