Bab 53

25.2K 924 19
                                    

Arisya menyarung dress hoodie kuning cair pada tubuhnya. Disertakan juga dengan jog pants longgar berwarna hitam. Tudung labuh segera berwarna hitam disarung. Pagi-pagi ini dia mahu berjoging sebentar, Arisya terus sarung roshe run putih di kaki sebelum mula melangkah.

Larian kecil di depan rumah menjadi warm up Arisya hari ini. Sesekali mata menjeling langsir bilik sebelum tersenyum. Arisya melangkah meninggalkan Razif yang masih lena dibuai mimpi di tingkat atas. Arisya mula berjoging perlahan-lahan menuju ke kawasan track joging di dalam taman perumahan itu.

Arisya tersenyum sebelum menyumbat earphone ke dalam telinga. Langkah larian ditingkatkan sedikit. Sesekali mulut bersiul-siul mengikut rentak lagu Kepuraanmu.

Apa yang jadi semalam?

Ya, kemesraan mereka berlanjutan semalam dan dia tak mahu ulas dengan lebih lanjut. Cukuplah hanya dia dan Razif yang tahu apa jadi semalam. Semuanya terasa bagaikan mimpi, indah saat yang berlalu semalam. Ucapan lembut dan ayat manis bergula bagaikan duit bertaburan semalam. Sentiasa meniti di bibir Razif.

Sesungguhnya dia bersyukur atas segalanya. Fikirnya jodoh dia dan lelaki itu bakal tamat begitu sahaja namun sangkaannya meleset sama sekali. Rupanya dia si jodoh yang dicari sekian lama. Sejujurnya sewaktu tingkatan lima memang susah Arisya mahu lupakan Razif.

Tambahan pula seringkali wajah lelaki itu muncul di dalam mimpinya. Dia mimpi Razif menjadi suaminya, memujuknya tatkala dia sedang merajuk dan macam-macam lagi mimpi yang dia dapat. Kalau dengar dek orang mesti orang cakap dia tak malu.

Terhegeh-hegeh, gedik dan desperate kan jantan tapi apa boleh buat sememangnya Razif selalu muncul di dalam mimpinya. Entah mandrem apa yang Razif guna sampai Arisya tergilakan lelaki itu dalam diam. Bila difikirkan balik zaman sekolah, terasa malu pula.

Gediknya dia!

Buk!

Lamunan Arisya terhenti saat dia tiba-tiba terlanggar seseorang dengan tak sengaja. Arisya terus cabut earphone yang dipakai sebelum mencangkung di sebelah lelaki yang terduduk akibat pelanggaran yang berlaku sebentar tadi.

" Encik, saya minta maaf sangat-sangat. Sumpah saya tak perasan en-cik. " Arisya terpaku statik melihat lelaki separuh abad di hadapannya.

Encik Azri!

" Err saya minta diri dulu. " Arisya menunduk mahu berlalu dari situ namun satu suara menghalangnya.

" Dah tak sudi tengok abah? " soal Encik Azri menepuk belakang seluar yang kotor sebelum menatap wajah anak daranya yang sering mengelak berjumpa dengannya.

" Kenapa? Dah tak sudi nak bercakap dengan abah? Hah Risya? " soal Encik Azri pada si anak yang terkulat-kulat menekur memandang track joging.

" Tak. "

" Habis tu? " soalan perangkap membuatkan Arisya diam tidak berkutik, tak tahu apa patut dia balas.

" A-abah apa khabar? " tanya Arisya mendatar. Keadaan mula kekok.

" Alhamdulillah, sihat. Umi je tak berapa sihat sejak dua menjak ni. Kamu dengan Razif sihat? " soal Encik Azri mula masih cuba memandang wajah anaknya namun gagal apabila Arisya hanya menundukkan kepala. Tak mampu bertentangan dengan si ayah yang sekian lama tidak berjumpa.

" Sampai bila keluarga kita nak macam ni? " tanya Encik Azri tiba-tiba. Arisya hanya diam, lebih selesa menjadi pendengar.

" Sampai bila Risya nak merajuk dengan abah? " soalan Encik Azri mengundang rasa sebak jauh di sudut hati Arisya. Dia masih menundukkan kepala.

" Sampai bila Risya nak mengelak dari kami? " sekali lagi soalan itu meniti di bibir Encik Azri yang masih memandang si anak yanh statik berdiri memandang bawah.

" Abah minta maaf at- " butir bicara Encik Azri dipotong oleh sebaris ayat dingin dari Arisya.

" Kita bercakap di tempat lain, tempat ini terlalu terbuka bagi saya. " kata Arisya beku sahaja pantas mengatur langkah ke bawah pokok yang agak terpencil di hujung kawasan taman rekreasi itu. Kerusi batu di situ dia labuhkan duduknya.

Baru sahaja Encik Azri mahu menyambung bicara yang tergendala, Arisya bangun pula ke mesin air. Satu tin air 100plus dan satu botol air mineral ditekan sebelum botol-botol itu jatuh kasar ke lubang bawah mesin.

Arisya menghulurkan tin 100plus pada si abah, Encik Azri menyambut dengan senyuman.

" Cakaplah apa encik nak cakap tadi, saya tak boleh lama. Ada urusan yang perlu saya uruskan selepas ini. " bohong Arisya padahal kejap lagi dia nak balik tengok Razif je bukan ada kerja pun tambah pula sekarang ni hujung minggu. Nak menipu tak teragak!

"Sampai bila Arisya? "

" Sampai encik ingat yang encik dah tak ada anak perempuan atau encik lupa yang encik dah buang saya? " dingin sahaja Arisya menuturkan kata-kata. Dia masih terasa dengan kejadian lepas. Cukup-cukuplah!

" Abah tak berniat. Abah terlalu ikutkan nafsu marah. " kata Encik Azri kesal.

" Hahaha, sudahlah encik. Baliklah, saya bukan siapa-siapa dalam hidup encik. " ujar Arisya.

" Sebenarnya.. abah dah lama tahu pasal kontrak dua bulan perkahwinan kamu tu sejak kamu belum kahwin lagi. " Arisya terkejut mendengar berita yang baru sampai itu. Dia cuba mencerna balik kata-kata yang dia dengar.

" Razif seorang lelaki yang baik, dia dah ceritakan dulu kontrak yang dia ikat dengan atuk dia sejak hari pertama kamu berdua bertemu. " kata Encik Azri teringatkan perbualannya dengan menantu.

Sehari sebelum keluarga Razif bertemu keluarga Arisya.

" Uncle, saya nak berterus-terang yang saya kahwin dengan Arisya atas kontrak yang saya dah ikat dengan atuk saya. Saya nak minta maaf siap-siap sebab mainkan hati anak uncle. " kata Razif sopan, pada mulanya abah nak marah tapi melihat keikhlasan Razif. Abah jadi kelu.

" Kenapa Razif buat anak uncle macam tu? " abah tanya Razif kenapa dia buat semua ni. Razif mula cerita tentang pertengkaran antara dia dan atuknya, Dato' Azizan.

Razif cerita pasal macam mana dia kenal Arisya dekat sekolah dan Razif mula cerita pasal hubungan dia dan teman wanita dia yang tak direstui oleh atuknya. Pasal harta yang atuk dia bakal wariskan pada dia dan pasal kontrak dua bulan tu. Abah dapat lihat bertapa dia tak nak sebenarnya libatkan kamu dalam hal ni dan keikhlasan dia abah dapat rasa.

Dia lelaki yang baik.

Abah cuma pesan pada dia.

" Razif, kalau betul lepas dua bulan tu kamu langsung tak ada perasaan pada Arisya bagitahu abah. Jangan bagitahu Arisya, bagitahu abah. Lepaskan dia dan serahkan dia serta pulangkan dia dengan cara baik pada abah. Abah tak minta banyak, kalau betul Razif tak mampu mencintai Arisya seikhlas hati, abah harap Razif boleh jaga dia macam Razif jaga diri Razif sendiri. Abah cuma minta tu je ." dan masa tu Razif janji dia akan jaga Arisya walaupun dia tak cintakan Arisya.

" Abah minta maaf sebab tak mampu jadi ayah yang baik untuk Risya. Abah selalu marah Risya dan hukum Risya tanpa memikirkan perasaan anak abah. Abah minta maaf. " lelaki separuh abad itu menundukkan kepala. Arisya sebak sebelum tubuh tua itu dipeluk.

" Risya yang salah abah, Risya anak derhaka. Risya minta maaf. "

" Tak, Risya anak yang baik walaupun kekadang nakal. Abah yang terlalu bertegas. Abah minta maaf. "

Dan ya , bersaksikan pokok yang rendang itu hubungan abah dan Arisya pulih selepas sekian lama.

kasih ibu dibawa ke syurga. kasih ayah selamanya.

Sekeping Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now