" Bye maktok, kami balik dulu. Assalamualaikum! " kata Arisya dan Razif serentak sebelum BMW 5 Series itu bergerak meninggalkan perkarangan rumah maktok. Arisya diam sahaja, langsung tak endahkan dirinya sedang diperhati oleh Razif.
" Nak ikut aku tak? " tanya Razif lalu menyarung cermin mata hitam pada batang hidung.
" Pergi mana pulak? Saya banyak kerjalah. " balas Arisya dengan nada kurang senang. Razif ni tak faham ke saja-saja buat tak faham yang dia masih malu dengan kes semalam?
" Adalah. " kata Razif, Arisya mendengus. Baik tak payah tanya kalau tahu nak paksa pergi jugak.
" Dah tak ada kerja ke? Mana girlfriend awak? Nanti dia kata awak abaikan dia pulak. Tak payahlah, saya nak balik. Saya ada banyak kerja, nak edit gambar, nak settlekan wedding photo book lagi. " kata Arisya memberi alasan.
" Aku janji tak lama, lagipun kawan-kawan kau kan ada jaga studio. Lek ah " kata Razif lagi, Arisya mendengus kasar.
" Ikut suka hati awaklah. " Arisya menggulingkan biji mata. Malas nak cakap banyak, kena pergi jugak.
" Bawa Yasin tak? " tanya Razif lagi.
" Hah? Buat apa? "
" Bawak ke tak? "
" Ada je dalam handbag ni. " jawab Arisya.
" Baju bersih ada lagi tak? " tanya Razif lagi selamba dengan mata masih fokus pada jalan.
" Ada hish nak buat apa? " soal Arisya tak puas hati.
" Ok good, tak ada apa. Saja tanya. " balas Razif masih selamba.
" Ya ke saja tanya? Elok-elok la nak buat apa? " tanya Arisya mendesak. Geram dia dengan sikap Razif yang tersengih-sengih macam kerang busuk.
" Nak jual kau dekat Satun. " balas Razif selamba membuatkan Arisya terbuntang.
" Awak jangan macam-macam, saya lompat dari kereta ni. Jangan macam-macam. " Arisya memandang tajam wajah Razif. Terus meletus tawa Razif.
" Baik kau diam, kalau tak aku jual kau betul-betul dekat Satun. " ugut Razif sambil ketawa kecil.
Arisya mencebik lalu memandang keluar tingkap. Malas nak layan makhluk sebelah ni. Tanpa sedar, Arisya terlena.
Dua jam berlalu, Arisya terpisat-pisat bangun. Dia mengeliat kecil sebelum memandang sekeliling, Arisya terpandang pula riak tenang wajah Razif yang sedang terlena di kerusi pemandu. Wajah tenang lelaki yang sedang bersandar sambil memeluk tubuh itu dipandang penuh minat.
Arisya senyum kecil.
Comel jugak eh dia ni hehehe.
" Kiyoo.. " kata Arisya perlahan dengan tawa kecil di hujung.
Arisya perhati Razif yang sedang lena. Dengan kemeja merah di luar dan tshirt hitam di dalam, Razif nampak macam pelajar universiti. Sudahlah muda lagi, haih muda-muda dah jadi engineer berjaya. Kerja pulak dekat syarikat atuk sendiri. Muda-muda pun dah kaya walaupun tak adalah sekaya atuk dia tapi Razif pakai BMW kot.
" Patutlah ramai peminat, muka macam Nam Joo Hyuk sikit. " kata Arisya lagi.
Wajah Razif pula jadi tatapan mata, mata kecil, kecil ya bukan sepet, tak adalah besar sangat. Kalau senyum lebar sikit sure tak nampak mata ni. Kening terletak cantik, senyum senget Razif tu yang mahal. Senyum senget dia nampak macam Nam Joo Hyuk.
" Apa dia? Macam Nam Joi Huk? " Razif celik mata tiba-tiba.
" Oh mak Nam Joo Hyuk kahwin! " Arisya tekup mulut, Ya Allah dia melatah? Ya Allah malunya! Kantoi wooo!
YOU ARE READING
Sekeping Hati Yang Terluka
Romance" It hurts when you try to make things right, and all that they can see in you is wrong. " - Arisya Delina Hidupnya hanya dihambakan pada kerja. Diabaikan oleh keluarga yang terlalu sibuk mengejar duniawi. Dia ibarat anak angkat kerana umi dan abah...