Bab 34

24.9K 1.1K 44
                                    

Terima kasih atas jasa anda, thanks sebab sudi baca sekeping hati yang terluka. And thank you untuk votes dan comments korang serius boleh buat aku gelak dari bilik sampai dapur.

and lastly thanks sebab percaya penipuan tu BAHAHAHAHA leklek lu bru chapter 33 takkanlah dah ending. complicated part belum muncul pun lagi.

yg percaya tu hehehe. krismas ni aku minta maaf lagi eh ahhahah, 😂

ok stay tuned.

***

2 tahun berlalu,

Arisya tersenyum memandang kamera yang berkelipan di setiap ruang. Sesekali dia menunduk menandatangani setiap muka surat depan buku yang dihulurkan peminat. Senyuman demi senyuman dikoyak menghiasi bibir merah itu. Arisya anggun sahaja dengan slek bergaris biru berbelang putih bersama kemeja putih kosong tanpa corak dan kot corak sama dengan seluar sebagai pelengkap gaya. Tudung bawal berwarna biru pula dipadankan bersama.

" Hai Kak Risya, saya peminat akak. Akak ni omputih cakap beauty with brain. Semua pasal akak semua saya tahu, saya kipas susah mati akak hehe. " seorang remaja lingkungan belasan tahun tersenyum menatap wajah Arisya. Arisya membalas senyuman gadis remaja itu.

" Terima kasih, akak masih baru dalam bidang ni. Harap sentiasa support akak. " ujar Arisya, gadis itu mengangguk sambil tersenyum. Bertambah pula gembira di hati gadis remaja itu saat Arisya menghulurkan koleksi pen edisi terhad milik Delrisya

" Terima kasih akak. I like you! " gadis remaja itu berlalu, Arisya ketawa kecil.
Sudah hampir dua jam dia berada di sini sejak pukul satu petang tadi. Sekarang sudah hampir pukul tiga petang. Boleh terkehel tulang pipi dia asyik senyum sahaja. Meet and Greet with Delrisya hari ini di Sunway Carnival Mall amatlah memenatkan.

Sungguh sejak subuh tadi dia tak berhenti-henti bekerja. Bermula dari singgah di kafe pagi tadi untuk pelancaran R NoteBook limited edition design by Delrisya , kemudian dia pergi cuci gambar dan kemudian hadiri Meet and Greet ini. Nak buat macam mana, sekarang dia harus sara diri sendiri ok klise padahal memang dia sudah belajar berdikari sejak umur 21 tahun lagi.

" Okey, yang barisan last ni semua peminat you yang dari golongan VIP. " beritahu Khayla, personal assistant Arisya.

" Oh okey. So after this row, habislah kan? " soal Arisya, dia tersenyum melihat anggukan dari Khayla. Oh Alhamdulillah akhirnya berakhir juga seksaan dunia ini. Ikutkan dia tak mahu Meet and Greet ini diadakan tapi atas permintaan ramai yang ingin kenal dengan dirinya jadi dia turutkan juga idea dari syarikat publisher itu memandangkan mereka akan launching beberapa buku dari author terkenal.

Arisya senyum sahaja menemui peminat-peminatnya yang dari golongan bangsawan perh bangsawan sangat ingat ini zaman Sultan Mahmud ke?

Habis sahaja barisan VIP, Arisya terus bangun dari duduknya. Mencari botol air untuk diminum. Dia memberitahu Khayla yang dia nak berjalan mengambil angin sekejap, terasa sesak pula beramai-ramai di tengah-tengah Sunway Carnival Mall itu.

Arisya menuju ke Coolblog, satu cup Vanilla Oreo Smoothies with Choc Chip menjadi pilihan. Usai membuat bayaran, Arisya pusing pula ke kedai buku Popular. Melihat-lihat sahaja kemudian dia turun balik ke tingkat bawah di mana acaranya berlangsung di situ.

Semasa menaiki tangga eskalator, Arisya ternampak kelibat seseorang yang dikenali. Betul-betul di hadapan GSC bersama seorang lelaki. Arisya terus turun tanpa menghiraukan kelibat yang dikenalinya. Namun bibir mengungkap perlahan sebaris nama.

Razif Amirul..

***

" Weh tu bukan Meet and Greet with Delrisya, novelis baru yang menempa nama dengan buku Hilangnya Sebelah Sayap ke? " soal Qaiyim pada Razif yang memandang keadaan sekeliling tanpa minat. Boring af.

" Weh betullah, dia ni ikon muslimah baru tau. Dia jenis yang macam pendiam tapi bila bercakap fuh semua dia cakap semua tu duit. Generasi Neelofa ni. Buku Hilangnya Sebuah Sayap tu sumpah best gila. Aku dah baca, kisah pasal kehidupan gadis yang terlalu hanyut dengan dunia, selalu bersangka buruk dengan parents dia and pasal dunia Islam. Seorang gadis bertudung Islam hanya pada atas kertas. Langsung tak pernah praktik nak jadi muslimah terbaik. " terang Qaiyim lagi.

" Dia baru lagi dalam dunia penulisan, tak silap aku around two years. Dia ni susah nak publish buku. Setiap tahun, satu je buku dia publish. Patahnya Sebelah Sayap tu buku debut dia, second book dia tak silap aku Bangkit Dari Seksaan Dunia. Yang tu pun not bad, cerita pasal seorang pelacur. Memang banyak isi kandungan dan pengajaran. Dia terapkan pengajaran dalam novel, novel dia baru dua, buku series dia banyaklah. Tak silap aku dalam empat buah. #BicaraDelrisya tajuk dia, tapi kupasan isu setiap buku lain-lainlah. " terang Qaiyim panjang lebar namun hanya dibuat tak endah sahaja oleh Razif.

" Delrisya ni tak pernah tunjuk muka selama 2 tahun ni, ni pertama kali. Terhad untuk 50 orang peminat je. "

" Kau bercerita bagai nak rak pun aku tak minat dan tak nak tahu pun, dah jom balik hotel. Esok last meeting kita lepas tu balik KL. " ujar Razif pantas berlalu meninggalkan Qaiyim yang terpinga-pinga.

" Chet, buat habis air liur aku je. " Qaiyim mencebik.

Qaiyim mengikut jejak langkah Razif yang maju di hadapan. Seketika kemudian mereka sampai di tempat parking.

" Eh, aku dengar cerita kau sebenarnya ada wife kan? " soal Qaiyim saat meloloskan diri di tempat penumpang.

" Mana kau dengar cerita ni? " soalan berbalas soalan.

" Dani lah, dia tu kan kaki gosip. " balas Qaiyim sambil mengerling sekilas wajah Razif yang beriak selamba.

" Dulu, sekarang dah berpisah. " beritahu Razif ringkas terus menghidupkan enjin Audi R8 miliknya.

" Lah kenapa? Kau curang eh? " tembak Qaiyim, Razif terdiam.

Betul ke dia yang curang? Entahlah malas fikir.

" Woi Razif. " Qaiyim tolak kasar bahu Razif.

" Bisinglah kau, aku nak pergi makan nasi kandar. Kau cakap banyak, aku tinggal kau dekat sini. Seberang Jaya ni besar tau. " bidas Razif terus menggerakkan Audi R8 miliknya.

Qaiyim diam, dah kenapa? Tanya pasal bekas isteri pun marah ke?

Lagipun Razif ni marketing tinggi, pergi seorang datang sekandang. Untunglah ada rupa, dia ni? Masih lagi menunggu cik tunang yang tengah sibuk berlajar dekat Sydney sana tu. Haih #foreveralone betullah.

Razif pula terdiam, memikirkan sesuatu..

Isteri yang terpisah sebabkan sebuah alasan...

Tiba-tiba wajah Sofiyah terbayang di layar minda terus sahaja wajah Razif kembali beriak kosong.

missing you is a pain that never goes away

***

Sekeping Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now