Arisya mula bergerak ke Ombak Kitchen yang kira-kira setengah jam dari syarikat penerbitan milik Shamim itu. Dia hanya mengekori ke mana sahaja BMW 5 Series milik Shamim bergerak. Arisya diam sesekali kepala di terangguk-angguk mengikut rentak lagu yang didendangkan oleh deejay radio.
Setengah jam berada di dalam kereta, akhirnya mereka sampai. Shamim tersenyum di sebalik tingkap kereta Nissan Almera milik Arisya. Arisya senyum kekok sebelum melangkah keluar dari perut kereta.
Shamim bergerak dahulu mendahului Arisya yang masih terkial-kial. Mereka masuk ke dalam restoran elegan itu. Sedang mereka berbual mesra sambil menunggu makanan yang dipesan sampai, dari hujung restoran kelihatan seseorang sedang memandang tanpa reaksi ke arah mereka berdua.
Razif duduk menyedut baki air minuman dalam gelas panjang miliknya sambil sesekali tertoleh-toleh memandang Arisya yang ketawa kecil bersama seorang lelaki. Rahangnya bergerak-gerak menahan rasa yang ingin meletup.
Kejap, apa kena dengan kau?
Kenapa kau rasa panas hati?
Usai menghabiskan baki air, Razif terus bangun menuju ke arah meja Arisya dan lelaki tadi. Sengaja dia pura-pura terlanggar kerusi Arisya sehingga gadis itu jelas terkejut dengan kehadirannya di situ. Razif sengih sinis.
" Jangan jadi orang munafik mungkir janji. Maaf ya encik, terlanggar kerusi cik ni. " Razif lempar senyuman sinis buat lelaki yang berhadapan dengan Arisya masih lagi terkejut. Razif terus berlalu dengan tangan dimasukkan ke dalam poket jaket hitam yang tersarung elok ditubuh.
" Awak okey Arisya? " tanya Shamim dengan wajah risau, Arisya mengangguk mengiyakan sahaja.
" Shamim.. "
" Yes, anything? "
" I really need to go. Kita lunch lain kali boleh tak? Postpone ke hari lain? " soal Arisya dengan lagak suci dan teragak-agak bangun dari duduknya.
" What?! Why? "
" Saya nak jumpa suami saya. "
" Hah?! "
" Maaf Encik Shamim, we'll talk about it later. Got to go. Bye. " terus Arisya menapak menjauhi meja Shamim yang terpinga-pinga.
Shamim memandang sahaja pemergian Arisya dengan pandangan pelik melihat kelakuan gadis itu. Namun seketika kemudian bibirnya mengoyak senyuman manis. Cik Arisy, Cik Arisya.. apalah yang awak dah buat dekat saya ni? Dah bertahun saya cari awak, bila jumpa awak lari pulak..
Shamim bingkas bangun dari duduknya sebelum memberitahu pada kaunter supaya membatalkan sahaja makanan yang di pesannya tadi. Terus kaki panjang Shamim mengorak langkah menuju ke BMW 5 Series dengan senyuman di bibir masih lebar terukir.
***
" Razif! " Arisya mengejar langkah Razif yang laju ke hadapan.
" Razif, tunggulah! " pamit Arisya namun Razif hanya diam dan terus berjalan masuk ke dalam rumahnya.
" Razif Amirul! " masih lagi dirinya dipulau oleh Razif. Arisya gigih berlari anak naik ke tingkat atas.
Belum sempat Razif ingin membuka pintu bilik, Arisya sudah menghalang dengan nafas yang masih termengah-mengah mengejar lelaki itu. Dia ingatkan kaki dia sudah cukup panjang tapi rupanya kaki Razif lagi panjang.
Kecik-kecik dulu suka makan kaki ayam kot?
" Nak apa? " soal Razif dingin sambil memandang ke arah lain, tak ingin bertemu mata dengan Arisya.
YOU ARE READING
Sekeping Hati Yang Terluka
Romantik" It hurts when you try to make things right, and all that they can see in you is wrong. " - Arisya Delina Hidupnya hanya dihambakan pada kerja. Diabaikan oleh keluarga yang terlalu sibuk mengejar duniawi. Dia ibarat anak angkat kerana umi dan abah...