Bab 9

22.4K 1.1K 24
                                    

Majlis resepsi mereka berjalan dengan lancar. Dua hari sudah berlalu kini Arisya sedang duduk di sebelah Razif di dalam BMW milik lelaki itu. Hari ini mereka akan bertolak ke Taiping, Perak, kampung halaman sebelah Encik Azri.

Sebabnya masa hari resepsi mereka hari itu, maktok tak datang sebab maktok ada hal nak diuruskan di kampung. Jadi hari ini mereka akan ke kampung maktok. Maktok cuma datang masa malam sebelum nikah dan masa hari nikah lepas tu maktok terus balik.

Arisya diam sahaja sambil makan aiskrim sandwish yang sudah masuk dua keping. Lepas tu, Arisya keluarkan pula lolipop dari poket beg tangannya. Razif di sebalik kaca mata hitam hanya memerhati, sesekali dia mengerling sekilas Arisya di sebelah.

Dan sesekali juga bibirnya merekah senyuman. Gelagat Arisya dirasakan sangat kebudak-budakan. Dua jam berlalu, Arisya sudah terlena. Razif berhentikan kereta di hadapan sebuah restoran nasi campur. Arisya dikejutkan, terpisat-pisat gadis itu bangun.

" Dah sampai ke? " tanya Arisya.

" Belum, nak sampai dah tapi kita singgah makan dululah nanti tak payah susahkan maktok dah. " balas Razif keluar dari kereta.

Arisya akur dengan kata-kata Razif lalu dia keluar dari kereta Razif sebelum mengekori belakang lelaki itu. Mereka duduk di meja paling hujung dan terlindung sedikit. Razif duduk di meja manakala Arisya bangun mengambil makanan.

Nasi, sedikit sayur campur dan sambal sotong diletak ke dalam pinggannya lalu berlalu ke meja yang diduduki Razif, lelaki itu bangun pula mengambil makanan. Mereka makan sehinggalah Arisya tiba-tiba tersedak.

Perit rasa tekak dengan kepedasan sambal sotong yang di makan. Terbatuk-batuk Arisya sebelum Razif menghulurkan gelas air dan bangun menepuk belakang gadis itu. Arisya pandang Razif yang beriak selamba.

" Terima kasih. "


***

Arisya keluar dari perut BMW Razif dengan tergesa-gesa sebelum berlari ke arah Puan Rokiyah yang tengah menyapu halaman.

" Maktok!! " Arisya peluk maktoknya yang sudah masuk 73 tahun itu namun masih kuat.

" Ya Allah Risya oi! Awatnya hang balik tak habaq mai kat mak? " tanya Puan Rokiyah. Ditepuk-tepuk belakang cucu sulungnya.

" Lah mak ni, dah orang nak balik mai habaq mai buat apa lagi? " balas Arisya loyar buruk.

" Ahhh! " memang hinggaplah ketip ketam dekat lengan tu. Padan muka!

" Assalamualaikum maktok. Maktok sihat? " tanya Razif sambil membawa dua buah beg, sempat dia jeling Arisya.

" Ya Allah sihat orang tua lah Razif oi! Bertuahlah hang ni Risya oi! Pi tolong laki hang angkut beg naik ataih lepaih tu mai turun tok bakaq sampah! Kaih kaih! " kata Puan Rokiyah, dihambatnya cucunya itu dengan batang penyapu. Arisya pula tersengih-sengih menuju pada Razif.

" Macam budak-budak. " perli Razif.

" Suka hatilah, jeles ah tu. " balas Arisya lalu menjelirkan lidah. Dia berlari naik ke atas rumah separa kayu itu. Razif menggelengkan kepala.

" Hang sabaq lah dengan perangai Risya tu. Otak dia tak berapa betoi sikit. " kutuk maktok, Razif hanya sengih walhal memang setuju dengan kata-kata Puan Rokiyah.

Sekeping Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now