Arisya duduk di kerusi meja makan bersama Shahirah di sebelah kiri manakala Razif di sebelah kanan sementara di hadapan mereka, Naim dan Aisya dan tak lupa Maktok di hujung meja. Arisya sengih-sengih melihat lauk kegemarannya. Ini yang dinamakan nikmat dunia!
Sambal sotong!
Fuh harapnya dia tak jilat siku, buat malu kaum je puih!
Namun senyuman Arisya mati melihat ikan puyu tumis darat dan sup ikan haruan serta paprik belut. Ya Allah, siapa yang bijak bestari masak benda-benda pelik ni?
" Huih, siapa yang buat paprik belut ni? Sedap ni! " kata Naim tiba-tiba, maktok senyum pada menantu cucunya itu.
" Ha Naim, baca doa lekaih. Cepat baca, cepat makan. " kata maktok, Naim senyum lalu tangan ditadah.
Arisya sudah senyum kelat. Dia bukan nak berlagak ke apa ke nak acah orang bandar ke bukan tapi dia memang tak makan ikan puyu, belut, haruan dan segala ikan pelik-pelik tu.
" Weh Razif, hang kena try ni, gulai tumis darat ikan puyu dengan tu masak lemak pucuk ubi dengan ikan bilis. " kata Shahirah sebagai duta.
" Eh hang ni Sherah, toksah dok kalutlah. Razif, kalau tak besa makan, makan hat lain. Ni sambal sotong, tu ha ikan kerisi goreng. " kata maktok, Razif senyum lalu menganggukkan kepalanya.
" Tak payah tok, dia ni kan orang bandar, mana makan makanan lagu ni. " kutuk Arisya, eh macam cakap dengan cermin je wahai Cik Arisya eh Puan Arisya Delina.
Razif jeling Arisya sekilas, geram sebenarnya walaupun apa yang Arisya itu semua benar belaka dan tak dapat disangkal lagikan benar dengan kebenaran! Eh sejak bila Papazola ada dalam cerita ni? Eh?
" Hek eleh, hang ka dia yang orang bandar? Ikan pun tak makan. " kata Aisya memerli.
" Entahnya, paku dulang paku serpih, mengata orang, tak sedar diri dia yang lebih. " tambah Shahirah dan satu sengihan seperti kerang busuk Arisya ukir.
" Aku bukan tak makan, aku trauma tercekik tulang. Ok apa aku makan jugak ikan kembung ha hang mana tau. " balas Arisya, maktok menggelengkan kepalanya." Trauma kepala kotak Adudu hang! " bidas Aisya, Arisya sengih.
Semua yang berada di meja makan ketawa dan tanpa sedar, Razif membisikkan sesuatu pada telinga Arisya.
" Mengata orang dia yang lebih.. " sinis suara itu berbisik.
" Diamlah orang bandar, cakap siang pandang-pandang hokeh. " Arisya terus berlalu mengangkat pinggan, punggung dia yang terasa sengal dia endahkan. Lantak hengko la pinggul!
" Eh, baru usik sikit dan sentap? Amenda la cousin ekau tu. " kata Aisya menggelengkan kepala
" Cousin aku, cousin kau jugak. Jangan lupa laut sangat. " balas Shahirah lalu menjelirkan lidahnya pada Aisya.
" Lupa daratan la bengap! "
" Hoi, bising apa? Makan! "
" Baik maktok ku yang muda tapi tak lawa kehkeh. " Shahirah bangun, bye semua!
" Katok dengan batang penyapu baru hang tau! "
***
" Assalamualaikum! "
" Eh Abang Naz! " Arisya terus berlari keluar menuju ke arah kereta milik Nazrin, abang sepupunya. Abang kepada Shahirah.
" Ei budak kecik! Bila balik? " tanya Nazrin senyum menampakkan garis pipinya yang agak unik.
" Dua hari lepas, abang datang sini buat apa? " tanya Arisya mengikut langkah Nazrin menuju ke but kereta.
YOU ARE READING
Sekeping Hati Yang Terluka
Romance" It hurts when you try to make things right, and all that they can see in you is wrong. " - Arisya Delina Hidupnya hanya dihambakan pada kerja. Diabaikan oleh keluarga yang terlalu sibuk mengejar duniawi. Dia ibarat anak angkat kerana umi dan abah...