Bab 6

23.7K 1.1K 46
                                    

Arisya memandang cermin solek biliknya, memandang dirinya disolek dengan indah oleh Kak Wina, kakak sepupunya sebelah umi. Arisya pandang lagi cermin solek besar itu. Tak sampai setengah jam lagi dia akan bergelar seorang isteri kepada lelaki itu? Mampukah dia?

" Dah Risy, jom gerak. Rombongan pengantin lelaki dah nak sampai. " kata Kak Wina. Nadira tunjuk ibu jari tanda bersedia.

" Okey. " Tawakal, istighfar, minta doa pada Allah. Bisik kata hati Arisya.

Betul ke apa yang dia buat ni? Patutkah dia teruskan perkahwinan? Betulkah Razif jodohnya?

Bermacam persoalan bermain di kepala Arisya. Sabarlah duhai hati. Ya Allah, berilah petunjuk kepada hambamu ini.

Mereka semua masuk ke masjid.

Arisya bersimpuh di atas kusyen nipis berona putih itu.
Kelihatan rombongan pengantin lelaki masuk ke dalam masjid berdekatan kawasan perumahan Puan Asyikin dan Encik Azri. Arisya memandang satu persatu manusia yang masuk ke dalam masjid.

Mencari mana bakal suaminya.

Dan mata Arisya tertancap pada satu batang tubuh ketak masuk ke dalam masjid dengan persalinan baju melayu rona putih gading lengkap bersongkok. Razif melabuhkan punggung di hadapan kadi dan saksi serta bakal bapa mertuanya.

Sesekali dia berbalas pandangan dengan Dato' Azian yang tersenyum penuh berharap. Puan Durani di sisi Arisya dan Puan Asyikin bersama Nadira.

Razif dan para tetamu kusyuk mendengar mukadimah dari tok kadi. Arisya hanya memandang kosong pemandangan di hadapannya. Sebak juga dia melihat lafaz akur ikrar serta bacaan tanggungjawab yang bakal dia dan Razif galas sebagai suami isteri.

Dia memandang Razif yang sedang menulis sesuatu pada borang nikah. Sebelum sesi akad dimulakan, Razif meminta diri menunaikan solat hajat dan solat sunat seketika. Arisya pandang batang tubuh Razif sebelum lelaki itu kembali duduk di hadapan tok kadi.

" Hah, dah sedia ke belum ni? Nampak gemuruh sangat ni? " tanya tok kadi ketawa melihat wajah serius Razif yang sengih sedikit apabila diusik begitu.

" Insya Allah, sedia. " jawab Razif yakin.

Encik Azri berbicara sesuatu bersama tok kadi sebelum Encik Azri duduk betul-betul di hadapan Razif. Razif tarik nafas seketika. Satu perasaan gemuruh hadir juga satu perasaan aneh. Perasaan seakan ingin bertanggungjawab ke atas sesuatu.

" Abah harap Razif dapat jaga anak abah dengan baik, bimbing dia, betulkan apa yang tak betul dekat anak abah tu. Abah serah tanggungjawab ni pada Razif. " tutur Encik Azri, cukup sekadar dia dan Razif sahaja dengar.

" Insya Allah abah, Razif cuba jadi imam dan suami yang terbaik buat Arisya. " entah kenapa itu yang Razif lafazkan walhal perkahwinan mereka hanya untuk dua bulan.

Tangan Razif dan Encik Azri berjabat.

" Razif Amirul Bin Ahmad Amirullah. " tutur Encik Azri.

" Eh dah mula, dah mula! " kata Nadira teruja terus Arisya memandang ke arah Razif dan abahnya. Terkejut dia melihat abah sendiri akan menikahkan dirinya.

" Saya. " jawab Razif, tenang.

" Aku nikahkan dikau Razif Amirul dengan puteri tunggalku, Arisya Delina Binti Mohd Azri dengan mas kahwinnya RM 5000 ringgit tunai. " suara itu bergema memenuhi ruang masjid. Arisya terasa sebak. Abah sendiri nikahkan dirinya!

" Aku terima nikahnya Arisya Delina Binti Mohd Azri dengan mas kahwinnya RM 5000 ringgit tunai. " akad dilafaz penuh yakin jelas.

" Sah? "

Sekeping Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now