Bab 49

26.5K 919 26
                                    

Dua tahun lalu,

Razif tersenyum lebar dengan perasaan berbunga-bunga di hati. Sejambak bunga mawar merah di dalam pegangan ditilik seketika. Bunga itu dihidu, erm wangi wangi. Razif perlahan-lahan mengatur langkah ke kawasan lif di apartment mewah itu. Sesekali dia menjeling tingkat 10 apartment mewah itu sejurus tersenyum simpul.

Razif menapak masuk ke dalam lif, menuju ke tingkat 10. Razif tersenyum lagi, rumah bernombor B11 itu dituju.

Ting tong!

Loceng rumah dibunyikan oleh Razif, tersenyum dia menunggu seseorang yang begitu bermakna dalam hidupnya. Perkenalan yang diatur hampir tiga tahun diserikan lagi dengan hubungan cinta yang disemai hampir tujuh tahun cukup memberi makna dalam hidupnya.

Dua kali loceng rumah itu ditekan sebelum Razif terkejut melihat seorang lelaki berkaca mata mendukung seorang budak kecil berumur lingkungan setahun, muncul di balik pintu. Razif mengerutkan dahi memandang lelaki yang turut berkerut melihat dirinya.

" Err maaf, salah rumah ra- "

" Abang, who's coming? " Sofiyah terus merangkul lengan lelaki berkaca mata itu membuatkan Razif terkejut begitu juga Sofiyah.

" Ra-razif, you buat apa dekat sini? " soal Sofiyah tergagap-gagap terus melepaskan rangkulan pada lengan lelaki berkaca mata.

" I cari you, siapa ni? " soal Razif tersenyum tenang walhal dalam hati mahu sahaja dia tumbuk lelaki berkaca mata yang sesedap rasa memeluk bahu si kekasih hati.

" Aku husband dia, kau siapa? " soal lelaki berkaca mata, alangkah terkejutnya Razif mendengar kenyataan yang keluar dari mulut lelaki itu.

" Sofiyah, I'm off. " jambakan bunga itu dilempar pada kaki Sofiyah yang masih tergamam. Razif senyum sebelum berlalu pergi.

" Siapa dia, sayang? " soal Danish pada si isteri. Sofiyah diam, tergamam.

Lalu selipar disarung, mengejar langkah Razif.

" Razif! I tak cintakan dia pun! Kitorang kahwin atas sebab keluarga! " kata Sofiyah cuba mengapai tangan Razif yang tersenyum sinis.

" Family arrangement? Pergi mampos dengan aturan keluarga kau tu! 10 tahun aku tunggu kau, ini yang aku dapat? Kau memang dasar perempuan tak tahu malu! " bidas Razif kasar menolak tangan Sofiyah.

" Habis tu you pun sama! You cakap you sayang I, you cinta I but ended up you kahwin dengan Arisya tak guna tu so sekarang you tell me girlfriend mana tak marah bila boyfriend dia kahwin dengan perempuan lain? Tell me! " bidas Sofiyah pula. Razif terdiam seketika sebelum tergelak kecil.

" Jadi kau nak balas dendam? Aku dah cakap kan, aku kahwin dengan dia hanya untuk dua bulan dan kontrak aku dengan dia dah nak habis tapi aku tak sangka kau buat aku macam ni. Good job Sofiyah, kau dah balas dendam dekat aku. Jadi sekarang kita dah tak ada apa-apa. Kau dah pun ada husband dan aku ada wife. Kau boleh pergi mampos dengan husband kau! " Razif berlalu masuk ke dalam pintu lif. Sofiyah mengejar namun terlambat saat pintu lif sudah terkatup rapat.

Razif meloloskan diri masuk ke dalam BMW, dia menekup wajah pada stereng. Menahan rasa yang membara di dada. Stereng ditumbuk kasar, sakit hati ditipu hidup-hidup.

Sekali lagi stereng dihentak kasar sebelum melurut anak rambut yang jatuh di dahi. Sudahlah Arisya menghilangkan diri tanpa khabar berita, apa dia hendak jawab pada keluarga gadis itu? Soal penceraian yang belum selesai. Razif buntu.

Razif terus menghidupkan enjin kereta kemudian BMW 5 Series itu terus membelah jalan raya.

***

" Thanks Shamim teman saya buat fisio, menyusahkan awak je. " Arisya tersenyum sendiri. Shamim pula tergelak kecil lalu menolak kerusi roda yang diduduki oleh Arisya menuju ke kawasan parkir kereta.

" No problem lagipun I tak ada benda penting nak buat hari ini melainkan you sekarang. You serius tak jadi publish buku tu? " soal Shamim memohon kepastian dan lantas itu dia tersenyum sumbing melihat gelengan Arisya.

" Saya tak sedia nak keluarkan lagi buku tu dalam keadaan macam ni pulak. " Arisya senyum hambar sebelum perlahan-lahan bangun sebelum meloloskan diri ke dalam kereta BMW.

" Kalau you dah cakap macam tu siapa I nak halang, kan? Nak pergi makan dulu tak? " tanya Shamim usai meletakkan kerusi roda Arisya di tempat duduk belakang.

" Kalau awak nak makan dulu, pergilah. Saya tunggu dalam kereta, saya tak nak awak malu pulak keluar dengan saya. Awak kan orang ternama. " kata Arisya dalam nada bergurau namun Shamim sudah mengerling tajam.

" I tak suka you cakap macam tu, ternama ke tak, kita semua manusia biasa. Tetap berada di bawah sebagai hambaNya. " kata Shamim cukup tegas.

" Okey gurau je lah. Tapi serius saya tak sedia nak keluar err awak faham kan? Hantar saya balik je lah. " tolak Arisya lembut. Dia belum bersedia dengan keadaan dirinya yang begini. Tudung bawal labuh berwarna ungu yang dipakai dibetulkan sedikit.

" Okeylah kalau macam tu. " Shamim mengeluh sebelum memberi kata putus, dia bukan jenis yang memaksa.
Terus enjin BMW dihidupkan sebelum keluar dari petak parkir menuju ke kawasan perumahan Razif.

Ya Arisya kini kembali tinggal bersama Razif itu pun atas paksaan Encik Azri sendiri kalau ikut Arisya dia mahu duduk seorang diri sahaja di kondo miliknya. Senang dan dia bebas melakukan apa saja.

25 minit perjalanan ke rumah Razif akhirnya mereka sampai di hadapan rumah milik lelaki itu. Kelihatan kereta Audi R8 terparkir elok di kawasan luar rumah, Arisya telan liur kelat teras berpasir sahaja. Pasti dia akan dimarahi Razif kerana keluar tidak memberitahu lelaki itu.Dia keluar dari kereta dengan bantuan Shamim. Razif sengih sinis di balik langsir sebelum mengatur langkah mendekati si isteri dan lelaki itu.

" Kau boleh jangan kacau rumah tangga aku tak? " kata Razif tanpa selindung.

" Aku tak kacau pun, aku cuma tolong isteri kau sebab katanya suami dia sibuk sangat dengan kerja sampai tak sempat nak teman isteri dia pergi fisio. " sinis Shamim membalas, tak mahu kalah barangkali.

" Kau tak perlulah nak sibuk hal rumah tangga aku, kau jaga kain kau sudahlah jangan jadi penyibuk. " bidas Razif panas hati.

" Kau tu tak reti nak hargai isteri kau! Masa dia cacat macam ni kau tak nak pulak jaga dia, nanti dia dah sihat dah boleh jalan baru kau terhegeh-hegeh nakkan dia balik. Suami dayus eh kau ni? " sengaja Shamim menambahkan lagi api pada Razif yang sudah terbakar.

" Kau jangan melebih! Kau siapa nak tuduh aku sebagai suami dayus! Diri sendiri pun mualaf, tak cukup agama ada hati nak ceramah orang. Pergi balik buka al-Quran lagi baik dari kacau bini orang. Tak belajar ke meruntuhkan masjid orang tu berdosa? " Razif menyinis.

" SUDAHLAH! " Arisya mencelah.

" Shamim, awak balik! Tak perlu sibuk dalam hal rumah tangga saya! Jaga sikit mulut awak tu! " jerkah Arisya lantang.

" Dan awak Razif! Cepat ceraikan saya! Saya dah tak mahu ada kaitan apa-apa lagi dengan awak. Dah tepi! " Arisya menolak sendiri kerusi rodanya masuk ke dalam rumah.

Razif mengekor namun sempat dihadiahkan jelingan tajam buat Shamim.

Padanlah muka dua-dua!



Not heartless just using my heart less.

Sekeping Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now