Tiga hari dia memerapkan diri di dalam rumahnya, dia tidak ke studio. Hanya duduk di rumah dan menghabiskan manuskrip bukunya yang masih dalam proses.
Ting ting!
Notifikasi masuk kedengaran dari telefon bimbit milik Arisya yang sedang memakai tudung. Dia hanya mengenakan t-shirt hitam dan kemeja petak merah di luar. Hari ini, dia akan ke rumah umi. Tiga hari ini, dia memohon pertolongan kepada Allah.
Solat istikharah sudah dilakukan dan ternyata jawapannya sama. Muncul sebentuk cincin bertatahkan sebutir permata di dalam mimpinya dan seorang lelaki membelakanginya. Arisya tahu, mungkin pilihan umi dan abah yang terbaik untuk dirinya.
Sekarang ni, dia malas mahu bertekak. Menambahkan dosanya yang sedia ada sahaja, dia mahu pulang dan memeluk umi serta minta maaf. Dia tahu salah dia juga meninggi suara pada umi.
Arisya menekan skrin telefon miliknya. Notifikasi dibuka, mesej dari umi dibaca.
Umi : balik cepat sikit Risy.. harini keluarga bakal mentua kamu nak datang dengan bakal tunang kamu. Umi harap Risy happy, umi minta maaf sebab buat keputusan melulu. Risy terima eh sayang? Umi sayang Risy ❤❤❤❤
Arisya sengih, amboi banyak benar love nya! Umi nak bodek lah ni. Arisya ketawa kecil.
Arisya : ok umi, Risy dah redha dah. mungkin ini yang terbaik untuk Risy. Risy sayang umi jugak! kali sejuta! xoxo.
Telefon bimbit hitam itu dimasukkan ke dalam beg sling berwarna hitam bersama dompet, Arisya mencalit sedikit Vaseline pada bibir yang agak kering.
Arisya turun ke tingkat bawah rumah teres dua tingkat itu. Kelihatan rakan serumahnya, Nadira Sufiah sedang leka menonton cerita Hantu Kak Limah sambil terkekeh-kekeh ketawa. Senang nampak.
" Nad, aku balik rumah umi kejap. Jaga rumah. Assalamualaikum. " beritahu Arisya ringkas sambil menyarung sandal Fila miliknya.
" Yela, kirim salam umi. " balas Nadira, mata masih fokus memandang televisyen.
Arisya meloloskan diri ke dalam Nissan Almera, kereta berwarna putih itu mula bergerak laju keluar dari garaj rumah teres. Sebelum ke rumah umi, Arisya bercadang ingin membeli sedikit barang keperluan untuk peti sejuk rumah umi.
Arisya singgah di Pasaraya Tesco, membeli apa yang patut. Troli diambil, dia menuju ke barangan basah. Arisya membeli ikan, udang dan sedikit sotong. Dicapai juga beberapa jenis sayur campur.
Kini Arisya bergerak ke bahagian sejuk beku, diambil sepaket nuget dan ayam goreng jenama Ayamas lalu dimasukkan ke dalam troli.
Sampai sahaja di rak makanan ringan, Arisya meletakkan troli miliknya di bahagian hujung rak sebelum dia mengambil beberapa jenis makanan ringan untuk dia dan adiknya, Harraz.
Bungkusan keropok kentang, Cadbury, Kitkat dan Choco Roll dicapai terus sahaja dia memasukkan ke dalam troli di sebelahnya lalu menolak ke bahagian minuman. Arisya terlupa bahawa itu bukan troli miliknya.
Razif dari rak sebelah mencapai bungkusan mi segera lalu dibawa ke tempat dia meletak troli. Razif hairan, eh mana pergi troli aku? Meliar mata Razif memandang sekeliling mencari troli miliknya namun hanya ada satu troli sahaja yang dia nampak dan bukan miliknya.
Ditolak troli yang berada di hujung rak itu dengan perasaan geram. Razif menolak troli itu dari satu rak ke satu rak mencari troli miliknya. Mampuslah kalau yang tersilap ambil troli miliknya itu perempuan!
Manakala Arisya masih lagi tidak perasan keadaan troli miliknya. Terus sahaja dia mencapai satu demi satu barang sehinggalah Arisya berasa pelik melihat sebuah kotak asing di dalam troli.
YOU ARE READING
Sekeping Hati Yang Terluka
Romance" It hurts when you try to make things right, and all that they can see in you is wrong. " - Arisya Delina Hidupnya hanya dihambakan pada kerja. Diabaikan oleh keluarga yang terlalu sibuk mengejar duniawi. Dia ibarat anak angkat kerana umi dan abah...