Epilog

42.2K 1.3K 216
                                    

Sudah tujuh bulan berlalu sejak peristiwa aku dan dia bergaduh besar sehingga hampir menyebabkan penceraian berlaku. Sekarang semuanya kembali seperti biasa dan mungkin lebih luar biasa? Kini aku sedang mengandungkan anaknya, yang bakal keluar tak lama lagi.

Alah cliche pulak ayat dekat atas ni. Sumpah do sampai sekarang aku still tak percaya do yang aku dah pun bahagia dengan dia yang dulunya si crush jahanam (sila rahsiakan hal ini pada dia kalau tak mampus aku). Aku tak sangka aku dapat jadi wife dia.

Ya lah, cerita cliche pasal crush jatuh cinta dekat kita balik tu selalunya banyak dalam Wattpad je. Biasalah cliche, klise dan aku rasa dalam dunia nyata tak pernah jadi kot ataupun jarang-jarang benda ni terjadi, kan?

Tapi langsung tak expect jadi dekat aku, kira bertuah jugak kan aku ni kehkeh.

Meh aku ceritakan sedikit apa yang jadi selama tujuh bulan ni, Ya Allah macam-macam jadi weh. Dari kes dia muntah-muntah dan mengidam macam-macam sampailah kes dia berkeras, merajuk dengan aku sebab tak kasi dia design sendiri bilik baby.

Razif Amirul makin mengada, tuan-tuan tahu tak?

Penat kepala den nak melayan nasib sayang je kalau tak nak je aku lempor keluar tingkap mamat ni (sila rahsiakan lagi)

Kisah hidup aku tak seindah kisah heroin novel yang lain. Ffuh ayat aku, mengeling habis, mesti mamak keling jual roti yang selalu datang petang-petang tu bangga dengar ayat keling aku fuh.

Yelah, heroin lain hidup mewah , lahir-lahir je nama dah ada pangkat tengku, keturunan diraja la apalah. Aku? dahla takde pangkat tengku ke raja ke, keturunan raja kapur ke takde. Tambah pula family selalu sisih aku, adik-beradik pulak macam hanat. Sedih en aku?

Aku tahu tu, seya sedar diri ;)

Bertemu dengan Razif Amirul kembali adalah sesuatu yang tidak aku jangka. Berikan tepukan, sekali lagi Arisya mengeling ya gais. Tambah lagi, Razif Amirul jadi suami. Ya Allah aku bermimpi ke ni?

Susah senang, liku-liku kehidupan yang aku lalui cukup mengajar aku untuk redha dengan ujian Allah. Bermula dengan kes ditikam belakang oleh kawan baik sendiri, tambah pula dengan kematian maktok. Sungguh aku benar-benar nanar dan lemah saat itu.

Dirasakan dunia ini tiada penghujungnya dan aturanNya terlalu kejam buat ku. Aku lupa tentang setiap ujian ada hikmahnya. Aku lupa akan aturan indah yang ditakdirkan tak dapat aku sangkal. Sungguh aku benar-benar berdosa.

Kes aku cuba bunuh diri, Ya Allah syaitan apa yang merasuk aku tatkala itu? Serupa hilang kewarasan sahaja diriku diwaktu itu, aku benar-benar buat kerja gila.

Tekanan hidup yang dihadapi membuatkan aku kehilangan akal waras. Siapa suka lumpuh? Siapa suka dirinya dianggap cacat dan menyusahkan? Aku rasakan saat itu aku sangat menyusahkan. Buat apa si hina seperti ku hidup lagi? Tak berguna, lumpuh, cacat.

Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini sudah terpesong imannya. Kembalikan aku ke jalan yang lurus, tunjukkan aku dan maafkan khilafku Ya Allah.

Perginya seorang insan bernama maktok waktu itu buat aku benar-benar ingin rebah. Aku hilang tempat mengadu, aku hilang semuanya.

Tapi aku silap, Allah ambil seseorang yang penting dalam hidup aku dan kemudian dia gantikan seseorang yang aku tak pernah sangka akan bersama ku.

Allah ambil tapi Allah ganti dengan sesuatu yang tak pernah aku expect.

Sudahlah, aku sudah redha dan terima dengan semua yang terjadi. Aku takmau emo-emo, dah tahun baru ni eh?

Sekeping Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now