" Meh aku belikan makanan untuk Arisya. " kata Nazrin menawar diri, Razif senyum senget dan agak.. sinis?
" Sila sila tak adalah semak sangat dekat sini. " balas Razif dingin sahaja, Nazrin diam sebelum menganggukkan kepala dan keluar dari ruang wad.
Arisya masih terlena dengan salur pernafasan dipasang pada hidungnya. Dada gadis itu berombak tenang tak seperti tujuh jam yang lalu di mana Arisya sesak nafas dan tercungap-cungap dengan muka pucat. Memang dia ,maktok risau sangat tadi.
Maktok sudah dihantar pulang oleh Nazrin dua jam yang lepas selepas memastikan keadaan Arisya sedikit reda.
" Hoi. " Razif cuit lengan Arisya.
" Tak payah buat-buat tidur. " kata Razif lagi dengan muka beku.
" Kau nak bangun atau kau nak tidur terus sampai Rahmatullah? Boleh pilih.. " ujar Razif kekwat.
" Hek eleh, tampar dahi baru tau. " kata Arisya dengan mata terbuka. Razif menjeling.
" Hidup menyusahkan orang, baik mati je. " kata Razif tiba-tiba ,Arisya tergamam. Fuh makan dalam woo! Tapi ini Arisya, kita bidas balik.
" Awak yang susahkan diri sendiri ambik berat pasal saya. Kenapa tak biarkan je tadi? Saya mati kan senang fuh cerah hidup awak saya mati! " kata Arisya dengan senyuman palsu, bohonglah kalau dia tak terasa. Rasa seperti hatinya dilenyek dengan jentolak sahaja. Penyek wo!
" Aku tak cakap dengan kau pun. " bidas Razif tanpa nada.
" Saya pun tak cakap dengan awak? Tak nampak ke saya tengah cakap dengan pintu depan tu? " balas Arisya senyum sinis. Ape ha ingat kau je pandai senyum sinis ni? Aku pun mampu! Huh!
" Tak sangka asma boleh effect otak jadi mereng. " sinis juga Razif membalas.
" Tak, awak ni kenapa nak cari gaduh? Tak sabar dah nak ceraikan saya? " soal Arisya lalu mendengus kasar.
" Haah, memang. " kata Razif sengaja menambahkan amarah.
" Ha boleh dah lafaz sekarang, tak ada siapa dekat sini. Boleh saya kahwin dengan Abang Naz tu, kesian dia single lagi. " balas Arisya mencabar, macam mana aku boleh suka setan ni?
" Kau jangan cabar aku. " Razif ketap bibir bawahnya dengan pandangan tajam dihadiahkan pada Arisya.
" Nampak macam saya kisah ke? " bidas Arisya lalu terus membelakangi Razif.
" Huh! " Razif mendengus lalu keluar dari ruangan wad. Semasa berselisih dengan Nazrin, dia hanya memberi sebuah jelingan tajam dan dengusan kasar.
Nazrin terpinga-pinga.
" Weh budak, apa hal dengan suami Risya tu? " tanya Nazrin setelah masuk ke dalam wad.
" Entahnya, datang bintang kot. " balas Arisya sambil menggulingkan bola mata.
" Haip, tak baiklah. Ni, bubur McD je. Abang malas nak singgah so drive thru je. " ujar Nazrin sebelum menghulurkan beg kertas kepada Arisya. Arisya senyum sahaja menerima pemberian Nazrin itu.
" Ni nanti abang nak kena ambil ubat dekat Risya, lepas tu petang nanti kalau tak ada apa-apa dah boleh discharge. " beritahu Nazrin kemudian melabuhkan punggung di kerusi sebelah katil wad.
" Eh kenapa tak makan? " tanya Nazrin saat melihat Arisya hanya meletakkan sahaja beg kertas itu di meja sisi.
" Tak mahulah, tak rasa lapar. " jawab Arisya, atau lebih tepat tak ada selera.
" Oh nak suaplah ni? Ei dari dulu sampai sekarang mengada-ngada. " usik Nazrin dengan senyuman senget menghiasi bibir.
" Tolong sikit! Mana ada Risya mengada-ngada dulu. " balas Arisya, dia mengada-ngada ? Apa abang Naz silap orang ke?
YOU ARE READING
Sekeping Hati Yang Terluka
Romance" It hurts when you try to make things right, and all that they can see in you is wrong. " - Arisya Delina Hidupnya hanya dihambakan pada kerja. Diabaikan oleh keluarga yang terlalu sibuk mengejar duniawi. Dia ibarat anak angkat kerana umi dan abah...