Bab 7

23.7K 1.2K 65
                                    

Arisya membancuh air di dapur jam dua setengah pagi. Rutinnya setiap hari, saat semua orang sedang nyenyak tidur. Dia akan bangun untuk minum dan termenung sendiri. Rutin yang dilakukan sejak sekolah lagi.

Kalau dulu, dia akan bangun dan menangis seorang diri apabila mengingatkan dirinya selalu disisih oleh keluarga. Namun sejak di bangku sekolah menengah pula, dia akan bangun dan fikir akan masa hadapannya.

Usai siap membancuh air Milo, Arisya duduk sendirian di meja makan. Sunyi dan tenang sahaja suasana pada waktu ini. Yalah, dah semua orang tengah tidur, dia je macam orang gila bangun minum malam-malam!

Kalau diikutkan berani, Arisya tak adalah berani mana. Kadang-kadang terfikir juga, macam mana kalau ada sesuatu dekat tingkap dapur tu tengah tengok dia? Ataupun tiba-tiba ada alien ketuk pintu rumah minta GPS nak balik ke angkasa?

Ah jangan mengarut!

Arisya pandang jarinya yang tersarung cincin permata. Arisya terfikirkan tentang kata-kata Razif petang tadi saat mereka sedang duduk di laman belakang.

" Maaf Arisya, aku nak berterus terang siap-siap dengan kau. Perkahwinan kita hanya untuk dua bulan, selepas tu aku akan ceraikan kau. Aku kahwin dengan kau sebab saham syarikat atuk dan kalau aku tak kahwin dengan kau, saham tu akan jatuh dekat tangan orang lain. Dua bulan je Arisya, lepas tu aku akan lepaskan kau bebas. Dan aku akan kahwin dengan kekasih aku, Sofiyah. Jadi aku harap kau tak jatuh cinta dengan aku. " kata Razif

Arisya pandang cincin itu.

" Maaf juga Razif sebab saya dah lama jatuh cinta dan sukakan awak tapi jangan risau saya akan tolong awak dapatkan saham syarikat atuk. " tutur Arisya perlahan, sangat perlahan.

Tanpa Arisya sedar, Razif sedang bersandar di muka dapur sebelum lelaki itu berlalu ke ruang tamu. Betul kata Harraz, Arisya memang suka berjaga lewat malam untuk melepak di dapur. Teringatkan kata-kata Harraz semasa mereka berborak selepas menunaikan solat Maghrib tadi, Razif tersenyum.

" Weh abang, aku nak pesan dengan kau ni. " kata Harraz dengan riak serius.

" Apa benda kau nak cakap? " tanya Razif, fokus pada percakapan adik iparnya.

" Ada tujuh benda pelik yang abang kena tahu pasal akak. " Razif berkerut mendengar kata-kata Harraz. Apa Arisya tu pontianak ke?

" Dengar betul-betul eh. Satu! Akak seorang manusia yang akan bangun pagi-pagi untuk minum dan melepak dekat dapur. Pagi-pagi tu bukan pukul tujuh, lapan pagi tapi pukul dua, tiga pagi so abang jangan terkejut kalau tengah-tengah malam masa abang syok tidur bunyi cawan dengan sudu berlaga ataupun lampu dapur menyala. " kata Harraz. Razif mengerutkan dahinya lagi. Pelik!

" Dua, akak seorang makhluk Allah yang sangat seksi jadi Raz harap abang pandai-pandailah kawal nafsu. Wahahaha! " gelak Harraz walhal Razif sudah pelik tidak percaya. Arisya yang ganas dan garang tu seksi? Biar benar?

" Tiga, kakak ni dia kalau dah mengantuk sangat dia akan landing dekat mana-mana sahaja. Macam hari tu masa kenduri Kak Wina, biasalah orang nak kahwin esok mestilah sibuk nak-nak pula semua buat dekat rumah jadi malam tu memang kena tidur lambat sampai pukul 4 pagi, masa maktok nak tutup pintu nak masuk tidur, maktok nampak akak tidur tepi rak kasut sambil kepala letak atas kotak goodies bag. Jadi kesimpulannya pastikan akak tidur di tempat yang sepatutnya! " kata Harraz, okey ni munasabah sebab Arisya memang senang lelapkan mata.

Letak je dekat mana-mana perempuan tu mesti boleh tidur punya. Razif tahu sebab masa sekolah menengah, dia nampak Arisya tertidur dekat taman sains belakang blok kosong tu seorang diri. Berani betul sudahla blok tu jarang orang lalu.

Sekeping Hati Yang TerlukaWhere stories live. Discover now